Advert




10 February, 2012

Happy Birthday, Papa!

This year, birthday Papa celebrate kat Sabah. Kemain lagi kan..jauh celebrate birthday. Mama dah plan lama nak pegi Sabah on Papa's birthday. Kebetulan lah kan ada rezeki, panjang umur dapat lah. Walaupun sebenarnya nak gi holiday, sambi nyelam minum air bak kata pepatah..... sebab sambutan birthday kecil-kecilan je. Huhuw..

Cerita kat Sabah nanti dulu eh. 

Pagi Jumaat 3 Februari tu, kami dah kat Sutera Harbour. Masa tengah breakfast, baru aku teringat haritu birthday si suami tercinta. Boleh? Teruknya lahai. Malam tu tido berdengkur terus tak wish pun birthday sebelah telinga. Hahaha..

Masa breakfast tu just wish biasa je. Pastu kami ada agenda lain pegi pulau-pulau.

Petang lepas balik pulau, lepas tido, dah mandi semua... Mama ngan anak-anak senyap-senyap turun bawah. Cakap kat Papa nak pegi bawak budak2 main jap. Sebenarnya nak cari kek. Alhamdulillah ada kedai kek/biskut/muffin yang comel dan sedap kat bawah hotel. Suke suke! Comel sangat kedai ni.  Muffinz Cafe kat Sutera Harbour.




Beli 3 slices lain-lain flavor. Red velvet dia sedap! Yang paling sedap cookies dia..sedap giler! Naik bilik, pegi pasang lilin kat bilik Opah (connecting room bilik sebelah jeww). Yang ni kek special untuk birthday boy.



Ape lagi, tolak lah anak-anak suruh pegi nyanyi pastu bagi kek kat Papa.



Papa tengah baring kat bilik sebelah..terkejut tengok ada 2 angels datang nyanyi lagu birthday sambil bawak kek.


Jadi jugak surprise kami. Tengok lah sape yang berebut nak tiup lilin?


Happy birhtday Papa. Semoga sentiasa dalam keberkatan Allah swt selalu dan dipermudahkan segala urusan.  Kami sayang Papa. Mmmmuahh  ^__^

No comments: