Advert




24 February, 2012

Sabah Trip: 3 - Restoran Sri Melaka, Kota Kinabalu

Lepas check-out dari Nexus Karambunai, sudah kelaparan.  Pusing-pusing town KK tu dekat setengah jam nak cari seafood restoran.  Segala GPS, ipad google lah semua.. semua tak leh harap. Hahha..padahal dari KL dah siap-siap senarai restoran kat KK yang penah masuk JJCM. Planning semua lari lah kat KK ni..cari tak jumpa.

Finally, Papa suggest Restoran Sri Melaka sebab dia baca kat google ramai kata sedap. Maka, mari lah kita menuju ke restoran tersebut. 


Restoran Sri Melaka terletak di Kampung Air. Gamba ini disupport oleh google kerana kami tak amik gamba sebab tadi kan baru lepas bergaduh dalam keta nak lunch kat mane.




Beria betul Mama korang pegang camera. Poyo sangat gamba ni. Restoran ni sama konsep macam restoran Muhibbah kat TTDI yang aku biasa makan. Alah korang mesti tau Muhibbah yang Chinese Muslim tu.  Dia bagi kacang dulu sementara tunggu makanan sampai. Tapi kacang ni tak sedap tak macam kat Muhibbah kacang sedap.


Papa yang order. Tengok menu agak mahal juga harganya. Antara yang kami order - siakap sweet sour, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, daging kicap, lamb kicap. Semua untuk medium size. Pastu nasik untuk 5 orang. Semua sekali = tak tau. Hahhaa... Papa yang bayar.  Tapi Papa kata mahal.


Takpelah, dah lapar bedal aje lah.  Sedap memang sedap, tapi harga boleh tahan lah.  Kalau korang ke KK boleh la singgah sebab sedap dan bersih.




No comments: