Advert




13 April, 2012

April is Oral Health Month!

Pelancaran bulan kesihatan mulut di One Utama baru-baru ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Rosnah Shirlin bt. Haji Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Program ini adalah usahama antara Colgate-Palmolive Sdn. Bhd. dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dengan sokongan Bahagian Kesihatan Mulut, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Yang pasti, tujuan aku ke sini bukan lah semata-mata nak menyertai perasmian ni. Hehe..dah mintak izin Papa sebelum tu "nak bawak anak-anak pegi event Colgate".  Bila Papa kata "ok boleh pegilah..".

 

Ini kerana selebriti pilihan untuk Oral Health Month (OHM) ialah.........*drum roll* .... Faizal Tahir! Tapi tak cakap kat Papa ada FT (lepas event cakap lah ada FT, Papa kata "patut la sibuk nak pegi" tapi tak marah, dia dah paham bini dia). Hihihii...

Yang excited aku nak pegi tu sebab dlm twitter lah dia kata dia bawak anak-anak dia sekali. Tu yang aku pun nak bawak anak-anak aku. Eh? Ade kene mengene?

Short speech by FT. English dia perghh.. superb!

Antaranya, FT kata..OHM bukanlah semata-mata berkenaan gigi. Ini meliputi kesihatan mulut iaitu gigi, gusi dan sebagainya.  Beliau kata, untuk anak pertama dia memang dah silap sebab gigi anak dia dah rosak sebab malas gosok gigi. So untuk anak-anak seterusnya dia akan pastikan mereka jaga kesihatan mulut.


Faizal's wifey and the kids. Ahmad Mikaeel Zidane, Siti Raudhah Nur Iman, Ahmad Rifa'ie Zidane (takde dlm gamba tgh duduk atas riba Daddy dia) dan Siti Rawdha Nur Jannah.

Yang kecik comel Jannah tu tengah belajar berjalan. Tetiba aku tengah berdiri ada budak pegang seluar aku. Rupanya dia. Siap amik tangan aku suruh pimpin. Ko ada main dengan anak FT? Hahaha...


Lepas abis launching, aku bawak lah Syirah n Irfan main permainan yang dia sediakan. Syirah main wheel of fortune ni dapat hadiah mug Spongebob. Kemain bangga lagi menang. 



Pastu main games lain. Adik pun sibuk. Nak asingkan makanan mana yang good , makanan mana yang bad untuk kesihatan gigi. Best game ni.

 



Mama, Syirah nak jadi Barbie. Ok pegi lah nak..



Spongebob saya. Masam muka dia kena paksa. Hahaha... cubit baru tau.



Yang penting, dapat buat FREE dental check-up kat situ. Ada 2 bilik khas yang ada dentist. Sebenarnya 1st time Syirah buat dental check-up.  Dia ok je..

Btw, masa teman Syirah ni. Kami buat bersama-sama FT and kids. I can see, he is sooo fatherly.  Ecewahhh...


Perfect! Doktor kata kat Syirah  ^__^

 


Lepas pada tu yang pegi jumpa FT amik gamba dengan Irfan tu. Malas la nak tepek gamba lagi sekali, scroll je bawah. Kang poyo sgt bape kali nak tepek gamba. 

Sempat la Irfan beramah mesra dengan uncle FT kan Irfan? 

Ok, anda semua cepat pegi dentist, skrg boleh dapat FREE.  Check out http://www.oralhealthmonth.com.my untuk check klinik-klinik berdekatan anda yang participate ok? Masih ada masa lagi ni.




No comments: