Advert




13 April, 2012

Ujian Itu Rahsia Allah

Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Ayat Al-Quran ni memang biasa kita dengar kan kawan-kawan?

Aku sangat-sangat yakin dan suka dengan ayat ni. Kerana dalam hidup aku sehari-hari, aku berpegang pada ayat ini, dan InsyaAllah aku tabah.

Kalau tak, takkan Allah jodohkan aku dengan seorang lelaki yang kerjanya jauh dan terpaksa meninggalkan anak2 isteri demi mencari rezeki yang halal? Kalau aku ni jenis perempuan yang lemah, aku tak rasa aku mampu. Bukan lah aku kata aku hebat, tapi sesetengah perempuan memang bergantung harap sepenuhnya pada suami untuk segala hal. 

Kalau tak, takkan Allah jodohkan suami aku tu dengan aku? Yang ke sana ke sini insyaAllah semua boleh buat sendiri, tapi kalau suami ada tetiba semua tak boleh buat sendiri. Heheh..itu namanya - ambil kesempatan sementara boleh.

Kalau tak, takkan Allah beri kami rezeki untuk ada 2 buah kereta. Senang untuk aku hangkut anak-anak pagi2 pegi umah babysitter dan untuk aku drive ke stesen komuter. Kalau weekend, boleh bawak anak2 ke mana saja.

Kalau tak, takkan Allah bagi aku anak2 yang baik bila di luar rumah. Boleh Mama dia ni manage sorang-sorang kalau Papa takde sama..(yeah skrg dah boleh kuar bertiga, Irfan dah besar alhamdulillah dah 2 kali kuar bertiga, manageable).

Kalau di luar kemampuan aku, Allah tak bagi semua ni kan?

Punyalah Allah sayang lagi. Allah bagi rezeki kami beli rumah dekat ngan umah Opah. Padahal masa tu rumah2 kat kawasan perumahan tu dah abis dijual, tapi ada pulak satu kosong. Kan rezeki tu? Sebab apa-apa hal kalau Papa takde, sekangkang kera je pun nak pegi umah Opah.

Yang paling best, Allah bagi Opah, adik-beradik yang sentiasa sedia menolong. Kalau Papa takde, Mama kerja jauh kat KL. Saat-saat emergency especially bila anak-anak sakit, opah ada, mak ada, ayah ngah ada, ayah cik ada, ucu ada.  Boleh lah tolong-tolong tengokkan anak-anak. Itu belum lagi kalau tren rosak, dah malam baru sampai umah.

Itu semua rahsia Allah. Terima kasih Ya Allah, syukur Alhamdulillah. Saya sayang Allah sangat-sangat.

p/s: cuma bab anak-anak je aku belum mampu untuk bertabah.

2 comments:

AdanyaKauUntukku said...

betul betul...tapi kan..

akak ni.....ada tabiat..suka menengking..huhuhu....mmg feveret....cam ne nak ubah pun tak tahu

mama-syira said...

Itu ujian jugak tu kak.
Ujian kesabaran. hehehe