Advert




22 June, 2012

Ya Allah..


This is worth a thousand words.

Jumaat barakah.



20 June, 2012

Father's day.


Dad - a son's first hero, a daughter's first love.

Setuju tak dengan quote di atas? Sape setuju angkat jari telunjuk je. Sape tak setuju, sudah cukup sudah.. cukup sampai di sini saja.. Hahaha. Bagi saya, saya setuju dengan statement di atas!

Suami saya sebagai Papa:

- tak reti marah anak-anak. Marah tu marah pastu gelak balik. Camne anak2 nak takut? bengang betul mama. dah marah, marah je lah boleh gelak balik ngan budak2 tu.

- lebih rapat dengan Syirah. anak perempuan memang manja dengan bapaknya kan orang kata? now, i know. dah paham sangat pasal ni. Syirah tu geng Papa. Syirah pun kalau dengan Papa, bukan main bergulung lagi duduk atas riba macam takde tulang. Bukan apa, dengan Mama boleh jugak tapi mama kan ada adik pulak yang sama gak bergulung kalau dengan mama. so bahagi sorang satu ok?


- kurang dari segi keje2 menguruskan anak. Tetapi, sejak anak dah 2 ni..semakin pandai. Irfan pun penah duduk rumah dengan Papa masa dia demam baru-baru ni. Papa tak sampai hati hantar dia kat babysitter. So boleh la kan?

- sangat tak pandai jimat duit bila melibatkan anak-anak. kalau mainan, main amik je bayar terus. tak tengok harga, padahal mainan serupa dah ada kat umah. Grrrr....

- pandai amik hati anak-anak. dia kan belajar psikologi. ada je lah cara dia nak pujuk budak2 ni. mama? garang sokmo! hahahhaa..

- tak tau la ape lagi, yg pasti dia seorang Papa yang penyayang kat anak-anak. Bila outstation, selalu call tanya anak2 je sebab rindu sampai demam2. Mama tak kisah kalo tak tanya mama, kalo dia tanya anak2 tu dah cukup melembutkan hati mama. Jangan kata 'eleh padahal kecik ati tak tanya mama'. Serius, jujurnya hati ibu ni, anak2 yang utama. Diri sendiri dah jatuh nombor dua pun takpe. tak caya sudah..

Happy Father's Day, Papa. Takde celebration, but you knew that we love u more and more.



19 June, 2012

Launching - Ulu Yam Homestay

Ulu Yam tu kampung saya tau, belah mak. Dulu selalu balik kampung sini tapi sekarang dah jarang sangat sebab dah takde sape kat sana. Orang2 lama sudah dah takde :(

Tapi Maksu saya bijak, dia beli umah kat sana. Sebab nak bagi adik beradik rasa lagi suasana balik kampung Liyam (kami panggil ulu yam=liyam). Kampung kami banyak sungai. Tu yang paling best.  Maksu saya beli umah teres 2 pintu, yang corner lot cam dalam gamba kat bawah ni dia buat homestay. Yang sebelah dia sewakan. Dulu masa baru-baru banyak perumahan naik kat sini, tak laku sangat rumah. Sekarang, rumah sewa pun orang berebut sebab ramai orang keje dekat Genting. Kan dekat je dari Liyam.

Tak siap renovate lagi kat luar, bahagian dalam dah siap.



Kami pergi Sabtu lewat tengahari sebab tunggu mereka yang bekerja di hari Sabtu balik dulu.  Sampai-sampai kan, bukan nak tolong kemas ke hape. Terus masing-masing pakat tukar baju................ nak mandi sungai!

Ayah Cik ngan Makcik sibuk dok layan Irfan.  Irfan suka mandi sungai, ni kira beberapa kali jugak mandi sungai. First time dulu kat kampung Baling. Kalau dah masuk, takmo keluar dia ni padahal bibir dah biru.



Kakak pulak tak tahan sejuk, air dia memang brrrrrrrrrr sejuk woo! Kakak dok main pasir je kat tepi cicah kaki sikit-sikit.  Mama ngan Papa bercanda berdua sebab anak2 dah orang lain take over. Muahahahaa... tapi gamba takde la, malu dan tak penting pun.

Tengok kemain dorang siap bergayut , terjun tiruk segala. Maklum la sungai ni ana yang punya...biasalah kampung sendiri kan sungai tak commercialize.


Malam tu kami buat BBQ, adik beradik je lah. Kenduri doa selamat untuk rumah baru ni ada tapi esok tengahari. Itu catering so tu yang relaks je tu. Takyah nak masak-masak pun. Lapang je dalam rumah takde perabot lagi. Senang lapang camni, tujuannya pun nak buat homestay kan..balik kampung singgah sini pastu leh baring ramai-ramai kat luar. Bestnyeee. Kami plan hari raya nanti nak buat rumah ni centre untuk jumpa adik beradik. Mesti meriah!



Mangsa-mangsa kebakaran malam itu ialah ikan patin, sotong, udang, frankfuter, ayam dan lain-lain.  Lelaki tukang bakar, pempuan tukang makan. Hahaha..


Sepupu Irfan - nama dia Danial. Sebaya. Handsome Danial ni...tapi takmo kat orang, cabut puting baru tau! Malam tu memasing tido lambat lah dah berborak tak ingat. Ada yang main colek. Korang tau main colek? Main teka daun terup kot pastu sape kalah kena denda. Denda dia selalu pelik-pelik, conteng muka orang dengan arang, suruh orang menari lah. Hahaha mau tak tido sampai pagi keje nak gelak je.


Kenduri doa selamat tengahari esoknya. Tolong apa yang patut. Ayat kaber line. Tak patut, tak patut. Hahhaa...Masalahnye memang dah siap semua caterer buat.  Kan.. alahai..


Kemas2, tapau2 lauk lebih.. petang balik la.. ada yang sambung mandi sungai. Aku tak kuasa lah, kot mandi bawak diri sendiri takpe, ni nak settlekan budak2, nak siapkan semua..huiii penat..

Pada sesapa yang rasa nak gi Liyam tu, boleh lah ye contact aku kalau nak stay kat homestay ni.



18 June, 2012

Mencari hidayah..

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." (Surah ar-Ra'd 13:11)


Di sini, kita mengerti bahawa perubahan itu akan wujud melalui usaha daripada diri kita sendiri. Jikalau kita tidak memulakan langkah untuk berubah, maka kita akan selamanya berada di takuk yang lama.

"Insya-Allah nanti bila sudah dapat hidayah saya akan pakai tudung."
 
Ini hanya contoh jawapan yang 'cliche' bila ditanya mengenai pemakaian tudung. Ada banyak lagi ayat-ayat yang sering diungkapkan kita demi untuk menepis segala soalan masyarakat mengenai diri kita atau sikap kita. Walhal hidayah tidak datang kepada kita, kita yang sepatutnya mencari hidayah Allah!
 
"Dah tua nanti aku berubah lah weh".
 
Ini lagi satu contoh. Kalau hati sendiri telah set kan bahawa anda memang tidak mahu berubah, bagilah seribu tahun pun kehidupan.. anda rasa anda akan berubah? Tidak sama sekali!
 
Untuk berubah, individu tersebut perlukan keinginan, ketetapan dan keteguhan hati.
 
Kenapa kita lihat banyak manusia yang mahu berubah ke arah kebaikan kecundang di tengah jalan transformasi?
 
Ini berkemungkinan besar kerana mereka punyai keinginan untuk berubah tetapi hati mereka tidak cekal dan tidak tetap untuk berubah!
 
Namun, jika hendak seribu daya jika tidak mahu seribu dalih. Hati itu asbab dan punca. Jika ia kuat maka akan kuatlah kita, jika tidak, kalahlah kita.
 
Berubah itu kaitannya hati dan jika hati itu tidak kuat, punya nawaitu yang tidak tetap dan masih ada walau sekelumit keinginan untuk mengulangi sikap lampau kita, maka susahlah manusia itu untuk menetapkan diri pada perubahan.

Hati itu juga berkait dengan anggota. Anggota itulah yang bakal meneguhkan hati. Demikian, apabila bertemu keinginan yang lama, mata tidak boleh memandang, kaki tidak boleh mengekori dan tangan tidak boleh beragak-agak untuk menyentuh atau melakukan.

Sekali lagi saya ingin tegas kan kepada saudari dan saudara marilah kita hayati akan maksud di sebalik Firman Allah ini:
 
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."

Surah ar-Ra'd 13:11

Sekiranya jalan yang kita lalui itu sukar ketika kita ingin berubah, maka sebenarnya itu lebih baik daripada anda kembali bergelumang dengan selut dan lumpur di jalan lama. Ingat, ini hanya dunia. Berubahlah ke arah kebaikan untuk Akhirat yang kekal abadi. Kitalah penentu nasib kita di sana!


Nota: sedang mencari hidayah.. dan semoga istiqomah :'(
 

15 June, 2012

First Experience Naik Train.

Hari-hari hantar mamanya naik train kan, tengok muka Irfan kesian betul. Sikit lagi nak meleleh air liur. Dia tak tau yang Mamanya punya 'bercinta' nak naik train tu. Biasalah, budak-budak kan nampak train/airplane/lori memang excited. Boys la selalunya.

Ni citer dah lama, bulan lepas. Weekend tu Mama plan nak duduk rumah aje melangsaikan keje-keje umah yang mana tergendala.  Lagipun anak-anak baru nak sihat kan, biarlah dok umah.  Tetiba dalam kul 11 pagi tu dengar bunyi orang bagi salam kat pagar. Rupanye Mak (maklong) mereka datang.  "Jom gi naik train".  Irfan ngan Syirah dah lompat2 dengar perkataan train. Mama kata "dah kenapa? sekarang jugak ke ape?" "Ha lah sekarang, kejap je naik gi Subang ke turun, pastu balik la". 

Baju anak-anak nak la tukar jugak ke bawak beg baju ape yang patut (as usual kalau keluar umah gi jenjalan, beg doraemon PENTING sgt). "Pakai je lah baju yang diaorang pakai ni, elok je".  "Buruk lah baju ni" Mama kau yang over menjawab. Sorry lah bukan nak being belagak. Tapi aku kalo nak keluar biarlah proper sikit bajunya. Baju jalan is baju jalan, baju rumah is baju rumah.  Pastu Opah dia kata "cantik je baju tu". Ok la pakai je lah takut kecik ati lak baju tu Opah yang belikan masa dia gi Pulau Redang baru ni. Alamak Opah terdengar ke aku cakap baju tu buruk tadi? huhuhu..

Get ready at station Telok Gadong. Kakak excited walaupun dah penah naik train 2-3 kali. Adik tengah menunggu train sambil lompat. Jerit-jerit bergema satu station suara adik. Hehehe..teruja betul anak aku.



Train yang datang, train lama. Wah..camni la rasanya naik train ye. Bestnye. Agaknya Irfan kata camtu la. Tak berbunyik adik, diam je begitu menghayati momen pertama. Kikikiki..


Telok Gadong - Subang Jaya. Tengok tangan Irfan. Hahaha macam YB melawat kawasan.  Ingatkan nak turun kat Subang pastu tunggu pulak train balik ke Klang. Tapi kesian la pulak..


Masuk Carrefour jap, dekat je kan lintas jalan depan sikit kat komuter station Subang tu. Makan roti kat Auntie Anne, minum2 jap melepaskan lelah katanye.


Alhamdulillah makbul doa Mama sepanjang dalam perjalanan pegi and masa makan tadi. Doa harap2 balik dapat naik train baru. Rezek korang lah wahai anak-anak. 

Kakak buat aksi. Train baru kan panjang, masa naik tu kosong. Boleh pilih-pilih seat.


Try berdiri ok tak?


Wah kemain, tukar seat pulak. Sorang satu plak tu.


Bila nak sampai ni?




Begitulah pengalaman pertama Irfan menaiki komuter.  Sekarang, bila hantar Mama kat station je...dia nangis.  "Nak itottt nak itottttt!"    Ahhh sudah!


13 June, 2012

12 June, 2012

Happy 2nd Birthday Irfan!

Elo!

Hari ni birthday saya, saya dah 2 tahun ^_^


Biasalah, bila dah 2 tahun..orang panggil Terrible Two. Mama kata, tantrum dah datang. Hehehe..

Mulut saya bising suka cakap, maklom la ada taik lalat betul2 kat tengah2 bibir bawah. Kadang-kadang Mama kata "adik, tolong diam sekejap boleh tak". Tapi bila saya diam (demam), Mama risau pulak. Ape lah Mama ni.

Gamba kat atas tu saya tengah mengamuk. Sempat je Mama nak snap gamba kan.  Itu takpe lagi mengamuk kat rumah atas katil. Kadang-kadang saya mengamuk kat shopping complex kalau tak dapat apa saya nak. Baring kat atas shopping complex pun saya penah. Saya saje je nak bersihkan lantai kat situ. Mama kata, dulu selalu tengok anak orang yang baring, sekarang anak sendiri. So kalau ternampak lah ada anak orang baring atas lantai shopping complex, cuba check..entah-entah saya kot.

Saya ni manja, Papa kata. Sikit-sikit suka nangis. Nangis cari Mama, maklom lah anak teruna mesti manja ngan Mama.  Papa jeles lah tu.

Saya penah dengar Mama cakap. "Irfan ni manja-manja pun tapi macam abang". Nape Mama cakap camtu ye? Saya nak dapat adik ke? Oooo taklah. Mama cakap camtu sebab saya ni nampak je manja tapi kalau bab tolong Mama, saya suka. Lepas makan, saya kemas sendiri, Mama tak suruh pun saya angkat pinggan cawan sendiri pegi letak dalam sinki.  Kalau buat susu kakak, saya tunggu tepi Mama. Nanti saya bagi susu kat kakak baru saya ambik susu saya sendiri. Kalau kakak nangis, saya pegi pujuk kakak. Kakak tu luar 'keras' tapi dalam macam baby sikit..hehehe..jangan cakap dengan kakak nanti dia marah.

Kalau Mama sakit, saya suka tanya "mama akit? mama ubat?" Saya konon-konon nak jaga Mama. Kalau air tumpah, saya lap sendiri. InsyaAllah dah besar nak jadi lelaki mithali. Hehehhee...

Saya dah besar ni, dah 2 tahun. Dah tak baby kan? Tapi saya tetap 'baby' di hati semua. Cuma busuk lah dah takde nak bau baby lagi.  Cepatnye saya besar.

Ok lah, doakan saya sihat selalu itu je saya nak sempena birthday saya ni.  Bye, i love u all. Mmmuuuah.

07 June, 2012

Department's Family Day.

Sayang nak burn citer ni sebab banyak gamba. Dah 2 bulan berlangsung. Hahaa. Hamek ko sekali update gamba banyak itupun dah selected.  Gamba2 from phone dan camera member office.   Office Mama buat family day kat Port Dickson dari 21-22 April lepas. Jumaat lepas keje, balik umah..mandi, kemas umah, semayang ke apa yg patut dulu kul 9 baru bertolak ke PD. Dekat je kan. Sampai PD around 11pm. Budak2 dah tido angkut naik bilik.

Pagi Sabtu @ PD. Semangat waja anak-anak aku ngan sports attire. Katanya ada sukaneka kan.


Lepas breakfast, acara tak start lagi. Gi tengok laut jap kat belakang banglo.  Resort ni office yang punya ye kengkawan, for staff only. Kot2 la tanya kat mana. Beria tengok laut sambil pimpin tangan. Alahaiii..



Ok dah nak start acara. Pengarah bagi intro speech diikuti dengan simple senamrobik.



Sukaneka anak-anak pun bermula. Yang kelaka, parents lagi over dari anak-anak. Hehehe. Comel sangat lah budak2 ni. Untuk kami, memang excited. Sebab Syirah mana penah join sukaneka. Baru sekolah this year, sukan tak buat lagi. So ni dikira sukaneka pertama dalam hidup Syirah. Excited ni Mama jadi pompom girl, Papa pulak jadik coach.


Syirah mana pandai tiup belon. Tiup takat tu je lah yang mampu. Tapi nama pun sukaneka, sukahati masing2 je. Belon tu bos aku yang tiup, bos aku gak yang letupkan. Syirah tinggal lari je. Dapat no 2. Hahhahaa...


Semua acara Syirah masuk. Dia yang nak. Nampak dia pun enjoy. Tak sangka rupanya suka sukan dia ni. Nanti boleh la aktif sukan kat sekolah. Acara bawak bola dalam sudu. Kawan Mama pulak jadik coach.



Cari gula-gula dalam tepung. 


Hasilnya. Suka je dia.



Acara sukaneka parents pulak. Nampak tak Mama? Dah lama tak bersukan, excited jugak la kahkahkah. Acara lari berpasangan. Mesti nak menang ni, wakil rumah Hijau.


Ingatkan Mama sorang je excited, Papa pun sama. Mengimbau zaman kanak-kanak lah kot, dah lama tak dapat lari dalam guni. Hehehehe..Go! Go! rumah Hijau!


Acara ni paling kelakar, Long Jack nama acara. Group mana boleh buat garisan paling panjang. Hahhaa kelaka betul siap orang-orang sekali baring sikit lagi nak separuh bogel sebab seluar sendiri pun tanggal nak bagi line panjang. Terbaek ah korang! Rumah Hijau menang ok! Yeay!



Korang tengok kami laki bini bersukan tu, tau tak anak-anak kat mana? Terima kasih kat Auntie Maya yang tolong jadi babysitter sementara. Hehe. Tq Maya! Elok je Syirah ngan Irfan duduk ngan Auntie Maya.


Usai acara sukaneka, upacara penyampaian hadiah. Budak2 la paling suka. Mau tak, semua acara masuk, pasti dapat hadiah. Sebab AJK family day memang kata semua budak akan dapat hadiah. Takut kang ada yang mengamuk ke merajuk, tak ke naya. Kemain Syirah happy dapat banyak hadiah. Masa amik gamba ni, orang lepas salam amik hadiah terus pegi. Dia boleh lagi berdiri tunggu orang amik gamba dia. Haha.. Syirah si minah posing.


Semua.


Dah bergambar-gambar bagai, lunch pun telah tersedia. Sure lah lapar setelah berhempas pulas bersukan tadi. Lepas lunch, naik bilik masing-masing. Memang awesome lah cuaca pun sejuk, bukak aircond..tido!



Lepas Asar, acara petang pulak. Acara basah. Pagi tadi acara kering, petang venue kat swimming pool. Anak-anak acara bebas.



Papa join acara polo air, lumba berenang/menyelam paling lama.  Mama tengok dari jauh je sebab tengah jaga anak-anak mandi. Kemain Papa, kawan-kawan Mama kata star kumpulan hijau. Ewww..


Wehh banyaknye gamba malas nak taip dah ni. Lepas mandi manda tu, masing-masing balik mandi solat semua. Dinner kat banglo pukul 8.30pm.  Acara barbeque, karaoke dan melepak bersama.  Oh ada jugak lucky draw. Alhamdulillah Mama dapat set tupperware. Bestnyee!









Keesokan harinya, hari Ahad. Bangun lambat2 sikit, breakfast roti yang bawak dari umah, kemas2 dan balik umah. 

Event yang success, semua happy dan enjoy! Kiranya, engagement session dengan bos baru :)


Its June!

Hai,

Lamanya tinggalkan awak wahai blog. Rindu memang rindu tapi apakan daya banyak tugas yang perlu diselesaikan. Blog ni pun bukan 1st priority dalam hidup. Kalau ada masa, update. Kalau takde masa, bila-bila boleh update. Bukan untuk buat duit =)

Kehidupan sebagai isteri, mama, pekerja, dan hamba Allah pun tak terkejar. Inikan pula sebagai blogger.

InsyaAllah will update soon. Yang pasti, kita sudah berada di bulan 6. 6 is my favourite number! 

See u soon insyaAllah.

p/s: tak sabar nak tunggu Ramadhan!!