Terkadang benda yang tidak dirancang lebih best dari yang dirancang beria-ia. Pepatah ku hari ini. Hahahaa. Betul tak kawan-kawan semua? Kalau kita beria plan something tu berbulan-bulan tapi akhirnya tak menjadi seperti yang diinginkan tapi yang tak plan tapi 'petik' je terus berjalan dengan lancar.
Al-kisahnya terjadi bulan september yang lalu. Maafkan saya citer agak basi. Seminggu selepas raya to be exact. Weekend tu memang plan nak duduk rumah je. Pagi sabtu tu lepas kerja-kerja umah dah settle, tetiba mendapat panggilan dari Opah.. "Budak2 buat pe? Ni ha Acik Intan nya ajak gi office dia ada open house, ada Upin Ipin". Acik Intan tu adik ipar aku. Dia kerja kat KPJ Klang Specialist Hospital. Ikutkan malas nak pegi sebab setakat nak gi makan raya tu kan tapi bila dengar ada Upin Ipin, harus ku pegi ni. Peminat setia dia kalau jumpa ni cemana lah gayanya.
Peminat setia Upin Ipin - Irfan. First time nampak Upin Ipin dari jauh dia dah teruja. Tapi bila nak salam takut sebenarnya tapi minat sangat ni gigil-gigil agaknya tak percaya Upin Ipin depan mata. Hahaha...kelaka tengok.
Upin Ipin tengah nyanyi lagu raya dengan koir KPJ Klang.
Kakak control keterujaan. Buat-buat maintain je..
Mama pun nak join. Bergamba ramai-ramai. Sapelah yang duduk dalam maskot ni kan, rasa nak tanya je "panas tak dok dalam tu?" Tapi tak jadik tanya takut kena lempang.
Lebih 5 kali sebenarnya amik gamba dengan Upin Ipin ni. Sebab Irfan sibuk nak banyak kali dekat2 ngan Upin Ipin. Finally, Upin Ipin yang datang kat meja kami n duduk sekali sama-sama.
Sampai gini sekali gayanya. Padahal baru lepas duduk mama baru nak makan, dia nak pegi lagi kat Upin Ipin. Penat Mama tau dik. Nak makan pun tak dapat. Suruh pegi dengan Ucu takmo, nak Mama jugak.
Teka Irfan jerit apa?
Teka Irfan jerit apa?
Nak iyum Pipin!!!! Nak iyum Pipin!!!! (nak cium Upin Ipin).
Dia jerit sekuat hati.
Jadik mak ni ko tahan je lah malu.. anak punya pasal. Mama pegi lagi kat Upin Ipin tu buat kesekian kalinya, cakap "dia nak cium lah pulak". Maka cium lah anak...
Anak-anak happy, mama pun happy ^___^. Seronoknya dapat menunaikan impian anak-anak.
2 comments:
Untung dpt mama yg sabarnya tinggi.
Ps: idola kita boboboi kak hewhewhew
Farikh: dulu tak sabar jugak asyik nak menjerit. bila pk2 balik, buat pe lah nak menjerit..takut kita yang menyesal kemudian hari.
p/s: boboiboy kuasa tiga! <<- ipan selalu sebut hahaha.
Post a Comment