Advert




29 October, 2012

Membawa keluarga bercuti di PD.

Belum apa-apa hal dah singgah Teluk Kemang beli pelampung sorang satu. Walhal setiap kali gi holiday dah beli. Macam orang kaya-kaya je pelampung pakai buang.


Niat tu baik (ehem ehem puji diri sendiri) nak bawak family especially Opah ngan anak-anak gi bercuti ke tempat yang takyah nak jalan-jalan sangat. Just duduk dalam hotel rehat, makan, borak-borak.  Alhamdulillah rezeki nama 'tercalon' untuk menginap di resort company kat Port Dickson.  Dapat pulak chalet, so besar la.. boleh bawak ramai-ramai. Yeay!

Bilik saya. I mean, suami dan anak-anak juge.


Hari Jumaat (amik cuti) after Zohor kami bertolak.. sekejap je sampai PD.  Malam tu hujan sejuk je. Anak-anak pun tido awal.  Percaya tak? Hahahha acah je! Tu berlakon tido.  Kalo dah ramai-ramai, cemana nak tido awal?

Tido dengan sopan dan tertib.



Tido dalam paksaan.  Tak jadik la dik awak berlakon tido!


Sabtu pagi tu bangun-bangun je Opah dah siap masak nasik lemak. Adoi best betul pegi bercuti camni.  Takyah wat keje ape, anak-anak pun ramai tukang jaga. Sesekali bagi la chance Mama nak berehat. Ecewahh..

Kalo dah ujan, makan tido je lah. View dari bilik dari dalam selimut kahkahkah..


Berenang dalam rumah je lah.



Adik amik gambo kakak, kakak amik gambo adik. Dah boring tak dapat pegi pool ngan tengok laut.


Alhamdulillah petang hujan dah berhenti.  Lepas mandi pool, kami ramai-ramai gi pantai. Dulu takde service banana boat, jet ski bagai ni. Sekarang dah ada. Naik banana boat dan 1st time try naik jet ski. Weeehoo..best gak. Tak nampak tu muka teruja tu? Bye anak-anak..Mama ngan Papa nak gi naik moto gi Sogo jap.


Malam kami buat fondue grill. Bahan-bahan semua adik aku dah siapkan. Macam aku kata tadi, bercuti kalini best sebab aku tak buat kerja hahaa.. pemalasnye.  Cuma fondue grill tu aku yang bawak dari umah.  Ngeh ngeh ngeh...


Family aku memang suka bercuti, jalan-jalan camni.  Siap abang aku create private group kat FB lagi utk kami discuss event jalan-jalan.  Tak semestinya pantai ke dok hotel ke.  Gi makan-makan, gi shopping complex pun kami suka ramai-ramai. Hahaha.  Ada rezeki nanti boleh pegi overseas pulak.  InsyaAllah. Tapi family sebelah husband tak minat sangat, tu yang kadang husband geleng kepala je bila kami selalu plan next nak gi mana plak. Nasib lah kan... :P


 Little Mermaid.



Family picture. 


5 comments:

farikh said...

tido ngan bergaya sekali yakni tangan di kepala, kerlasss la ipan ngan kakak

mama-syira said...

Mampoo? ada ke org tido penuh gaya camtu? hahaha..ni kalo join audition ni rasanya accepted kan ni

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Suka la chalet bank...
puas hati dpt merasa gak hari tu nama sangkut ekekek ;D

ipan & syirah...as usual..menghiburkan la karakter dorang hehehe ;D

mama-syira said...

Farah suka gi PD sebab dekat. n seronok nak bersanti.
Hehhe..

mama-syira said...

*bersantai.