Advert




16 January, 2013

Doa untuk ibu bapa.

Dulu masa arwah abah ada, susah nak tunjukkan sayang. Susah nak jaga baik-baik walaupun arwah abah tak sakit. Bila dia dah takde, terkeluar lah perkataan 'menyesal dulu tak sempat ini, tak sempat itu, bawak sini bawak situ'. Kan.

Sementara mak masih ada, yang mana boleh berbakti setakat yang Dina (panggilan kat umah) mampu, Dina buat lah ye mak. Mungkin ini lah hikmah rezeki Allah bagi rumah dekat ngan mak supaya Dina boleh selalu tengok mak. Allah nak bagi pahala kat Dina lah tu.  Terima kasih Allah, kadang kita tak nampak semua ni bila dah ditimpa ujian baru kita sedar.

Nak kenangkan pengorbanan mak memang tak cukup lah satu entry. Mak dulu berniaga membesarkan kami 5 beradik lepas arwah abah meninggal. Kami gilir-gilir ikut mak berniaga.  Tengah sibuk masak untuk berniaga pun mak sempat amik Dina kat stesen komuter balik keje lepas tu amik adik balik sekolah (masa tu Dina belom kawen n takde keta lagi).  Penatnya Allah Maha Mengetahui tapi Dina boleh nampak dari muka mak. Sebab tu sekarang mak tak sihat sebab banyak buat kerja berat demi kami. Pengorbanan mak memang tak dapat dibalas tapi apa yang mampu kami beri..

Mudah-mudahan mak diberikan kesihatan yang baik supaya kami dapat berbakti lebih lagi dengan mak.  Dan semoga kami dapat menjadi ibu yang baik jugak buat anak-anak kami. Bukan untuk dibalas jasa tapi cukuplah sebagai peneman di kala tua nanti.


Sementara mereka masih ada, kawan-kawan mari doakan mereka. 


No comments: