Seperti biasa lah citer lama baru nak buat entry. Maklom la blog suam-suam kuku katanye.. Ni kisah ujung tahun lepas. Tempat mama work ada buat family day untuk staff dan keluarga. Dapat lah Mama bawak anak-anak (papa tak ikut sebab outstation) bersplash splash kat Sunway Lagoon.
Sebelum acara mandi manda, kakak ada masuk acara pakaian beragam. Itupun last minute committee family day ni call. Nasib baik ada baju gaun. Kepak butterfly dengan stick tu menggagau cari kat kedai kat umah nasib baik ada. Hehhee.. Nak pulak Syirah tu. Ingatkan dia segan ke tak nak. Rupanya suka hahahhaha.... selamba je catwalk.
Tapi tak menang la dapat saguhati je. Ok la kan saje nak bagi dia berani berdepan orang ramai.
Lepas tu ada acara untuk ibubapa jugak. Persembahan setiap jabatan. Mama masuk nari-nari cam orang gile. hahahhaha... wat malu kat anak2 je. Dah la kalah pulak tu.
Yang penting, the kids were having so much fun!
Actually pagi tu datang dengan Ayah Ngah so Ayah Ngah la jaga anak-anak sementara. Dah tengahari sikit, Mak pulak datang. At least boleh la tolong tengok anak-anak yang tak keruan bila nampak air.
Lagi-lagi minah yang berani sangat ni. Menonong dia naik slide budak2 yang paling tinggi, kami tak sempat nak larang. Tetiba dah sampai atas siap beratur dengan budak2 besar. 2-3 kali dia naik slide ni.. happy sangat dia..
Dah penat mandi, pegi tengok binatang-binatang kat Wildlife Park. Kami tak explore semua tempat sebab tak larat. Lepas tengok binatang, sambung mandi lagi before balik. Mama dah siap2kan susu sebelum drive. Belum keluar dari parking, dua-dua budak sudah ketidoran susu pun tak abis hahhaa padan muka penat.
Terima kasih BNM bagi tiket free untuk kami dan jugak doorgift. Ohh mama menang lucky draw juge, iaitu sebijik thumbdrive yang shomel. Jadik la dari takde hahahhaha...
Bye.
2 comments:
Nari cam orang gila katanya hahaha adui la kak
ahahahha ko tak pegi ko tak tau keadaannya ,memalukan tau tak dik
Post a Comment