Advert




13 March, 2013

Gelagat anak-anak.

Seronok gak bila browse balik entry lepas-lepas, baca cerita-cerita lama dan tengok gamba-gamba lama. Rugi kalau tak diabadikan dalam blog, kelass ayat abadi gitu hew hew heww..

Anak-anak kami pantang nampak menda alah ni. Dorang panggil 'goyang'. So papa memang rajin melabur duit untuk anak-anak naik ni. Siap-siap bawak duit syiling. Kalau pakai token, dekat RM10 lebur. Dah dapat naik,  muka masing-masing macam dapat hape entah...happy kemain.  Syirah dari kecik sampai dah nak masuk 6 tahun tak boring-boring. Adik tentu lah baru nak masuk 3 tahun merasai pengalaman ni..hahhahaha...

Ni kat Setia City Mall.



Gamba ni Ucu whatsapp. Masa mama gi toilet kot dia capture semua gamba ni.. Irfan korek idong pun ade. Alamak kantoi dik..



Syirah tengah menyorok belakang pintu bila dengar kereta Papa masuk garaj balik keje. Selalu macam ni lah. Tapi kalo Papa terus masuk umah ok lagi tak la lama tunggu. Kadang Papa tak masuk rumah terus. Siram pokok lah, borak ngan jiran sebelah la.. jadinya lama lah menyorok hahahhaa siann..



Sorang lagi buat-buat tido. Sian lama nau kelip-kelip mata terpaksala Mama panggil Papa masuk "pa, cepat lah masuk anak-anak Papa dah 'hilang' ni dalam umah, tak tau mana pegi" So papa selalunya paham la nanti buat-buat masuk umah "syirah, irfan..mana lah anak-anak papa ni". Pastu konon-konon terjumpe lah anak-anak yang 'hilang'. Nanti jerit-jerit lah sebab papa dapat jumpe hahahhahaha drama sangat!




Gamba yang last ni korang janji jangan bagitau Irfan tau nanti hahahhaha.. macam lah Irfan tau pun kan. Kot lah dah besar-besar nanti korang jumpe Irfan teringat pasal hal ni jangan malukan dia. Gelak diam-diam sudah lah.

Nak tau gamba ape? Sila tengok di bawah..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Nak pakai seluar sendiri tapi akhirnya termasuk dua-dua kaki dalam sebelah kaki seluar. Pastu nangis. Mama kat dapo dengar dia nangis macam terjatuh. Sekali datang tengok dah jadik camni,  dia tak sakit tap panik takleh gerak hahahhaha.. mama ko lagi lah notty gi snap gamba sekejap.

Sian Irfan hahahhaa... takpe dik, usaha tangga kejayaan!

Ok lah tu je nak share lenkali kita share lagi...byeeeeeeeee.

8 comments:

~♥ OjaAmran ♥~ said...

benda alah "goyang" tu Zara pernah rasa sekali je masa balik cuti aritu ^_^

Anis Rahim said...

farah, kelakar la ipan ni...hihi...

mama-syira said...

Oja,
kat sana takde ke menda alah goyang ni? dapat gak Zara merasa naik ye.

Anis,
hahaha..budak manja

Anis Rahim said...

anak manja mama ek??hihi...

Deqna said...

farah aku rasa sumer budak2 cam anak ko jugak kot.. pantang kalau mak pak balik mesti nak main sorok2 belakang pintu ataupun buat2 tido.. marissa pun gituh...cubalah kalau satu hari kita main masuk jer rmh pastu kita terlupa wat cari2 dia mau sentap minah tuh..hahaha

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Hahahahah :D kenapa kelakar sangat ni perangai ipan & syirah...
ipan tu mak aii manja sesangat dia yeee...kaki tersalah masuk pun nangis....alohlohlohhhhhhh...

tidur tipu2 tu pun cute jugak...
mcm2 kerenah anak-anak ni kan...
mmg menghiburkan!

mama-syira said...

Derna,
ye lah dorang rindu seharian tak jumpe. so nak main lah ngan mak apaknye. hahaha marissa pun rajin sentap mcm ipan

mama-syira said...

Erin,
Penghibur hati kita ni anak2 kan. Kalo takde dorang, sunyi lah. Syukur Alhamdulillah sgt. Ipan tu mamat manja..kalo kena marah dgn kakak pun muncung panjang boleh sangkut hanger muahaha