Advert




08 March, 2013

Kucing - haiwan kesayangan Nabi Muhammad.

Sebenarnya, aku ni bukan pencinta haiwan. Tapi dikelilingi adik-beradik, suami dan anak (Syirah) yang sangat sukakan haiwan tak kira lah kucing, arnab, ikan..(yang jinak) sampai lah ke katak, ular, harimau dan semua haiwan yang ada dalam dunia ni.  So dari kecik memang umah sentiasa ada kucing belaan, dulu kekecik sampai berbelas ekor kucing dibela sebab adik lelaki aku suka sgt kucing. Tapi aku dengan mak lah tukang halau, kadang sampai amik penyapu syoohh syooh kucing soh keluar. Kalo dah beranak pinak tu kadang aku ngan mak senyap-senyap keluar bawak kucing2 ni buang kat kedai.

Kucing kan selalu ada kat sekitar rumah atau kedai2 makan berbanding haiwan-haiwan lain, maknanya kucing ni sentiasa ada di mana-mana kita pergi.  Aku ni memang tak suka kucing bukan sebab geli atau takut tapi sebab tak suka nanti dia berak, dengan bulu-bulu dia tu rasa macam kotor lah. Kisahnya, kat umah kami dulu ada kucing tumpang beranak. Papa siap sediakan tempat beranak kat luar rumah. Dan lahirlah 3 ekor anak kucing. Knowing Mama yang tak suka kucing as usual lah main syoooh syooh je.  Allah Maha Kaya, nak bukakan pintu hati aku agaknya, satu hari aku ni kesian sungguh kat anak kucing ni (mak dia dah takde maybe mati dan tinggal sekor je yang diberi nama oleh Syirah sebagai Ciko).  Mungkin sebab pengaruh Syirah dan papa jugak yang sangat sayangkan kucing.  Syirah tu takat peluk siap cium lagi. Papa memang ada beli makanan untuk Ciko - friskies. Kira dah jadik kucing kami lah cuma aku tak bagi masuk rumah.  Budak2 nak main boleh lah mama bagi dengan syarat lepas pegang je terus basuh tangan. Satu hari friskies dah abis, siap aku yg pesan kat papa soh beli. Ini ajaib selalu kucing tu makan ke tak pun aku tak amik tau, papa lah yang bagi selalu.  Sebab aku tahu, kucing ni haiwan kesayangan Rasulullah saw. Kalo kita tak bagi makan, tak kesian apetah lagi menyeksa berdosa lah kita.  Dan lagi mungkin sebab faktor naluri keibuan.

Sedangkan Rasulullah pun boleh minum bekas air yang sebelum tu kucing dah minum, maknanya kucing itu tak najis. Kalo korang nak tau lebih lanjut pegi google.  Kucing bukan haiwan najis. Pernah juga nabi mahu mengambil jubahnya, dan ada Muezza (nama kucing Nabi) sedang tidur diatasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya supaya tidak menganggu Muezza. Ya Alah betapa Nabi sayangkan kucing, tapi kita? Siap tendang-tendang lagi kalo kucing datang. Berdosanya kan.

Aku pernah baca jugak yang kalau kita bela kucing, akan dimurahkan rezeki kita. Dan kucing-kucing ini akan mendoakan kesejahteraan kita! MasyaAllah.

Pasni aku tak nak kasar dengan kucing lagi. Sebab aku pasti, Ciko mendoakan kami sekeluarga. Sebab kan aku rasa tenang lah bila balik umah sekarang, dulu silap sikit marah kan sebab penat balik keje. Aku rasa lah. Mungkin ye bukan tidak. Wallahu'alam. Lagi satu, kalo kita berkasar anak-anak tengok cemana? Kalo anak kita tiru? Nak anak perangai elok tapi maknya tendang kucing.

Terima kasih Ciko, terima kasih Allah.


Camni lah setiap pagi, Ciko akan hantar sampai pagar. Aku pesan kat dia "Ciko jaga rumah ye". Balik umah dia dah tunggu kat pagar. Walaupun aku jaraaaaang pegang Ciko tapi kalo dia ngiau aku atau anak-anak akan tuangkan makanan dalam bekas dia.
 

3 comments:

farikh said...

besar dah cikonya. Kita pun kurang gemar kucing kak, sbb asyik kene cakar je, so stay away je la, tapi tak de la tendang ke apa, takoooottttt

Ps: lagi takut kalau kucing tu gemok, macam ini kucing ke beruang?!

mama-syira said...

Good. Biar kurang gemar jangan tendang sudah. akak kecik2 siap tendang..kurang akal.hehehe
pastu kalo bela kucing kena bg makan jangan biau sekian pesanan akak.

Deqna said...

aku pun macam ko, nak kata suka sgt kucing pun tak jugak, tapi kalau ada kat rmh pasrah jelah..tapi si shah memang sayang giler ngan kucing.. mesti nak dibelainya tak kira lah kucing peliharaan ker kucing jalanan ker...

tapi memang betul pun farah, kucing dia memang akan jaga tuan dia... dia akan tunggu jer tuan dia balik rmh...