Dah sebulan baru update. Terlupa. Sorry Syirah.
Tahun ni, sukaneka Tadika Intan Bestari berlangsung lebih awal. Terkejut gak memula dapat surat pasal sukaneka. Aik awal tahun ni? Mungkin banyak agenda lain cikgu-cikgu nak buat selepas ni kan.
Seawal pagi dah bangun kejut Syirah, Irfan ngan Papa nya. Breakfast dulu baru boleh bersukan, nanti cemana nak ada tenaga? cemana nak menang? Amboi mama over tau.. Happy je anak aku ni nak gi sukaneka tahun ni. Maybe sebab dah besar, dah senior kata ko. Macam last year diam je..tak berapa nak happy hahaha.. Lepas register, duduk dalam barisan dulu.
Mula-mula student 6 tahun buat persembahan senamrobik dulu. Tapi gamba lupa nak save, citer je lah. Senamrobik dengan lagu-lagu rancak, comel sangat. Lama jugak dalam 10 minit memang berpeluh-peluh lah.
Lepas tu baru start sukaneka untuk 4 tahun, 5 tahun last sekali baru 6 tahun. Comel nye lahai anak-anak ni bersukan. Lagi-lagi yang 4 tahun ada yang menangis tapi lari jugak kelaka hahahhaha
Syirah dan kawan-kawan tengah tunggu turn nak bersukan dengan happynya. Korang tengok je lah gamba-gamba ye.
Mama mesti lah ada di sisi anak memberi kata-kata semangat dan jadik pom pom girl. Hahahaa..
Sesi penyampaian hadiah oleh Pengetua Tadika Intan Bestari, Puan Sandrawati..
Ada acara untuk parents, mama join. Menang pulak tu. Hehehe.. dapat hadiah mangkuk lauk yang cantik. Rezeki rezeki...alhamdulillah.
Yang penting Syirah was having so much fun dengan kawan-kawan! Thank you cikgu-cikgu yang gigih melayan anak-anak kami.
No comments:
Post a Comment