"Kak, jaga adik tu kak"
"Ok mama, adik jom".
Bahagianya kalau hari-hari camni. Tak keje, bawak anak jalan-jalan. Hehehehe...
Ni masa school holiday hari tu. Mama memang amik cuti. Hari Isnin 1st day coti sekolah tu. Papa work lah. Tu yang kami bertiga je. Masak nasik ngan lauk awal2 bagi makan breakfast nasik hehehee. Lepas makan, bawak dorang ke Jusco. Dah lama janji nak main kat playland ni. Sementelah pikir pegi lah awal-awal takut ramai orang. Alhamdulillah memang belum ramai. So dapat lah mereka main macam playland tu mereka yang punyaaaaa.... siap baring-baring...hameek.
Masa ni kakak tinggalkan adik kat belakang. Irfan beza ngan akak. Kakak pempuan tapi berani, adik lelaki tapi soft aje. Syukur lah kan lelaki tapi tak lasak sangat. Hahahhaa.... nak lintas jambatan ni pun takut. Kakak dah dapat kawan baru kat playland tu terus tak ingat adik. Sampai hati kakak ye.
Dok dalam playland dekat 2 jam. Itupun Irfan nangis tak nak keluar. Pujuk-pujuk baru ok. Singgah beli Chatime jap pastu beli stationery. Tak abis-abis, padahal kat umah melambak. Beli lah buku tulis sorang satu, kaler 1 share.
Ni keje dorang dalam keta bila mama tengah driving. Pastu mama pun berangan lah, kalo jadik housewife boleh lah wat aktiviti camni selalu ngan anak-anak. Indahnyaaaaa....
2 comments:
best kan, duduk rumah, masak jaga anak..indah sangat..*angan2*
ipan...ipan...hihihi....x sabar gak nak tunggu qaseh membesar cam diaorang...dpt bwk g jenjalan.....
Post a Comment