Advert




04 April, 2013

Fish & Co. @ Paradigm Mall.

Kisah makan lagi ye kawan-kawan. Hehehe..jangan mare

Tulang ikan sebagai pelapik pinggan. Comel kan?


Mulanya Papa nak pegi kedai paintball untuk repair senapang (kot?) dia. Papa kan ada bisnes kecil-kecilan di kampungnya ada pusat paintball.  Kami ni ikut je lah, tak tau pun kedai paintball tu kat mana.  Ooo rupa-rupanya dekat ngan Paradigm Mall.

Pastu "papa papa..pas gi kedai paintball gi Paradigm Mall boleh?"

"ape tu? kat mana?"

Blerghhh..

Pegi makan je pon. Kat Fish & Co. Tak penah lagi makan kat sini.



Antara restoran yang bagi color & kertas untuk kids.  Selain Chillis.  Antara ciri-ciri restoran yang saya suka. Bagi budak occupied dan tak buat hal. Of course lah dapat belajar jugak. Kadang kat kertas tu dia suruh color and bagi puzzle.

Restoran ni macam Manhattan Fish Market sket. So maybe akan masuk list Papa's favourite.


Papa order mushroom sup. Sedap gils kot. Pastu tak cukup sebab dia suap anak-anak. Anak-anak nak lagi. So order lagi semangkuk. Cuma nak cakap, sorry lah gamba tak amik. Thehehhee..

Papa makan fish platter.  and tambah side order - mussels. Papa kata sedap. Gamba courtesy of Google.



Mama punya. Baked cheese rice. Cucuk mussels kat atas. Nasik dia macam tasteless. Tapi yang cheese tu macam makan pizza, sedap.



Irfan dah tertido. Nasib baik seat macam sofa tu. Boleh la baring. Alhamdulillah. Kenapa ntah dia mengantuk sangat padahal baru pukul 12. Maybe malam sebelum tu tido lambat. Sian Irfan tak abis makan lagi.  Dia kan suka makan. Tertido mulut masih comot lagi ^_^



Overall, makanan kat sini varieties jugak. Rasa ada yang sedap, ada yang biasa. Harga, murah sikit dari Manhattan Fish Market.  Sila lah cuba. Okbai.


No comments: