Advert




03 August, 2012

Cotton On Kids

Last weekend hari Ahad kami bukak posa kat Setia City Mall, Setia Alam. Shopping complex baru kat Klang #abis lah Papa. Hahhaa...

Sebenarnya nak gi Charles & Keith kat situ nak tengok handbag, sekali belum bukak daa...opening soon on August.  Gile banyak kedai kat Setia City Mall ni. Mata Mama dah bersinar-sinar <-- Papa kata.

Reserve tempat kat Nandos dulu pastu jalan-jalan sambil tunggu waktu berbuka.  Sebenarnya nak citer kat sini ada Cotton On Kids u olssssss... ha mama kau dah menggila kat sini. 

Jom cuci mata!

Antara baju-baju yang berkenan.  Skirt camni Mama suka sangat, sesuai la untuk budak pempuan yang kecik.  Macam penari ballet rasanya. Yang ni sweet gile, yang gaun tu sleeveless lah, boleh pakai ngan cardigan :)




OMG! Kenapa comel sangat baju ni? Siap bagi singlet kat dalam sebab leher baju ni luas sangat. nangessssss tengok kecomelannya



Korang tak tau ke shopping baju budak ni adalah satu stress therapy yang sangat berkesan. Mak-mak mesti tau. Hahaha siap nak buat disclaimer.  Ye ye korang sure paham. Korang pun mak. Baju anak RM70 berkenan..zasss terus amik bayar. Baju sendiri RM50..uii mahalnye, takpelah lain kali lah.  Itu biasa terjadi ye kawan-kawan.

Ok sambung.  Yang ni ranggi sikit.. cantik woi cemana ni.. *mata bersinar lagi*



Ya Allah yang ni mama sangat berkenan. Cardigan ni kaler off-white ada gold dust sikit. Sesuai pakai dengan semua kaler baju. *meleh air liur*




Korang ingat orang dewasa je boleh pakai skinny jeans kalerful?  Budak-budak pun ada tau! Kaler light purple tu cantik, eh pink tu pun cantik.. oren pun...agagagaga...



Dalam banyak-banyak baju dalam kedai ni, baju gaun ni paling mama berkenan di hati tersemat di sanubari gitu. Simple tapi sebab dia lengan panjang.  Pastu rasa macam orang British pulak pakai baju camni. Sweetnyeeeeeeeeeeeeeee.... Suka yang kaler hitam nampak elegant. Pink pun ada tapi boring lah perempuan asyik2 pink.



Berita sedihnya nak bagitau, baju boys memang tak banyak pilihan. Yang ada pun tak berkenan langsung. Sian boys kan..

Mama shopping yang mana? Biarlah rahsia hihihihi. Ok lah Mama nak sambung therapy.  Anak-anak boleh tengok tv, disediakan dalam kedai Cotton On Kids ni. 




2 comments:

Deqna said...

betul tu farah, bila beli baju tuk sendiri contoh RM50 eeh mahalnya tapi bila tuk anak walaupun baju tu kecit jer, harga pulak lebih pada baju kita, tapi bila dah suka amik jugak kan....

Nad MamaZN said...

Salam ziarah ;)