Dimulakan dengan gamba ala-ala kengkunun model birthday girl. Posing kat luar dulu sementara tunggu tetamu sampai. Tetamu katanya..padahal ahli keluarga sendiri je pun. Hehe.
Pose lagi..happy sangat dia masa ni. Nampak sangat. Sebagai mama, rasa nak nangis. Over tak. Anak happy, mama pulak nak nangis.
Family picture adat lah kan. Tunggu orang lain tak sampai-sampai, amik la gambo nak buat apa lagi. Sementara Irfan belum tido.
Tak senang duduk dah Kakak. Berdiri pulak. Actually birthday celebration ni among us family members je. Last year dah buat kat McD jemput ramai orang, tahun ni malas lak nak buat ramai-ramai. Kenny Rogers Bukit Raja Klang aku booked 2 days before event. Alhamdulillah, senang deal dengan staff situ. Datang-datang meja n kerusi dah siap tersusun. Venue pun cantik, hujung sudut so privacy. Nak nenen Irfan pun senang. Kehkeh.
Irfan suka sengih. Tapi sekarang dah kenal orang, orang tak biasa tengok dia akan nangis.
Part ni yang paling ditunggu-tunggu. Bila jelly kek Barney tu keluar je, Syirah dah macam surprise. Bila ramai-ramai nyanyi lagu birthday, dia pun nyanyi sekali tapi muka dia memang nampak sooooo excited macam nak pengsan. Perasaan aku masa tu? Speechless, am so touched tengok anak happy macam tu.
Syirah kan sekarang tengah 'gila' dengan Dora. So hadiah-hadiah dia dapat semua berunsurkan Dora. Kek je tak Dora. Sebab kat situ takde lagi buat Dora.
Family saya. Semua dah kenyang...Thanks kerana sama-sama meraikan Syirah. Semoga Syirah sihat selalu dan jadi anak solehah. Amin.
1 comment:
I loike... :)
Post a Comment