Advert




Showing posts with label Rumah Kami. Show all posts
Showing posts with label Rumah Kami. Show all posts

08 March, 2013

Kucing - haiwan kesayangan Nabi Muhammad.

Sebenarnya, aku ni bukan pencinta haiwan. Tapi dikelilingi adik-beradik, suami dan anak (Syirah) yang sangat sukakan haiwan tak kira lah kucing, arnab, ikan..(yang jinak) sampai lah ke katak, ular, harimau dan semua haiwan yang ada dalam dunia ni.  So dari kecik memang umah sentiasa ada kucing belaan, dulu kekecik sampai berbelas ekor kucing dibela sebab adik lelaki aku suka sgt kucing. Tapi aku dengan mak lah tukang halau, kadang sampai amik penyapu syoohh syooh kucing soh keluar. Kalo dah beranak pinak tu kadang aku ngan mak senyap-senyap keluar bawak kucing2 ni buang kat kedai.

Kucing kan selalu ada kat sekitar rumah atau kedai2 makan berbanding haiwan-haiwan lain, maknanya kucing ni sentiasa ada di mana-mana kita pergi.  Aku ni memang tak suka kucing bukan sebab geli atau takut tapi sebab tak suka nanti dia berak, dengan bulu-bulu dia tu rasa macam kotor lah. Kisahnya, kat umah kami dulu ada kucing tumpang beranak. Papa siap sediakan tempat beranak kat luar rumah. Dan lahirlah 3 ekor anak kucing. Knowing Mama yang tak suka kucing as usual lah main syoooh syooh je.  Allah Maha Kaya, nak bukakan pintu hati aku agaknya, satu hari aku ni kesian sungguh kat anak kucing ni (mak dia dah takde maybe mati dan tinggal sekor je yang diberi nama oleh Syirah sebagai Ciko).  Mungkin sebab pengaruh Syirah dan papa jugak yang sangat sayangkan kucing.  Syirah tu takat peluk siap cium lagi. Papa memang ada beli makanan untuk Ciko - friskies. Kira dah jadik kucing kami lah cuma aku tak bagi masuk rumah.  Budak2 nak main boleh lah mama bagi dengan syarat lepas pegang je terus basuh tangan. Satu hari friskies dah abis, siap aku yg pesan kat papa soh beli. Ini ajaib selalu kucing tu makan ke tak pun aku tak amik tau, papa lah yang bagi selalu.  Sebab aku tahu, kucing ni haiwan kesayangan Rasulullah saw. Kalo kita tak bagi makan, tak kesian apetah lagi menyeksa berdosa lah kita.  Dan lagi mungkin sebab faktor naluri keibuan.

Sedangkan Rasulullah pun boleh minum bekas air yang sebelum tu kucing dah minum, maknanya kucing itu tak najis. Kalo korang nak tau lebih lanjut pegi google.  Kucing bukan haiwan najis. Pernah juga nabi mahu mengambil jubahnya, dan ada Muezza (nama kucing Nabi) sedang tidur diatasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya supaya tidak menganggu Muezza. Ya Alah betapa Nabi sayangkan kucing, tapi kita? Siap tendang-tendang lagi kalo kucing datang. Berdosanya kan.

Aku pernah baca jugak yang kalau kita bela kucing, akan dimurahkan rezeki kita. Dan kucing-kucing ini akan mendoakan kesejahteraan kita! MasyaAllah.

Pasni aku tak nak kasar dengan kucing lagi. Sebab aku pasti, Ciko mendoakan kami sekeluarga. Sebab kan aku rasa tenang lah bila balik umah sekarang, dulu silap sikit marah kan sebab penat balik keje. Aku rasa lah. Mungkin ye bukan tidak. Wallahu'alam. Lagi satu, kalo kita berkasar anak-anak tengok cemana? Kalo anak kita tiru? Nak anak perangai elok tapi maknya tendang kucing.

Terima kasih Ciko, terima kasih Allah.


Camni lah setiap pagi, Ciko akan hantar sampai pagar. Aku pesan kat dia "Ciko jaga rumah ye". Balik umah dia dah tunggu kat pagar. Walaupun aku jaraaaaang pegang Ciko tapi kalo dia ngiau aku atau anak-anak akan tuangkan makanan dalam bekas dia.
 

20 February, 2013

Layout Wet Kitchen.

Dok browse dan google layout untuk wet kitchen. Terjumpa ni. Contoh beberapa layout wet kitchen yang boleh dijadikan rujukan. Macam menarik untuk dikongsikan.

Melalui pembacaan, orang kata wet kitchen yg baik ialah yang berkonsepkan triangulation work flow (kedudukan 3 kawasan utama i.e. sinki, work area & cooking hob seelok eloknya dalam kedudukan segitiga).

Kalau beli rumah dah siap, no choice lah kan. Ni untuk sesapa yang buat rumah sendiri atau renovate. 


Jadi, yang mana satu pilihan kalbu? Hehehe..misi diteruskan mencari layout dan memeningkan kepala.


08 October, 2012

Rumahku Syurgaku

Hari tu dengar ceramah Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah, tajuknya Keluarga Sakinah, Mawadah dan Rahmah.

Sakinah tu maksudnya tenang/kediaman. Kalau nak elaborate lagi maksudnya keluarga yang bahagia itu rumahnya memberi ketenangan, sekurang-kurangnya 3 bilik, bersih dan saling bergotong-royong.

Mawadah - menurut Ibnu Abbas ialah cinta seseorang kepada pasangannya.

Rahmah - kasih sayang.

So kesimpulannya keluarga yang bahagia dan diredhai Allah mestilah mempunyai kediaman yang bersih dan selesa selain ahli keluarganya sentiasa berkasih sayang.

Rumah tak besar takpe ye kengkawan janji bersih dan selesa untuk anak-anak. 

Bila 5 hari sibuk keje, weekend dapat kemas dan bersihkan rumah. Baru rasa bahagia nak bersantai-santai dengan keluarga.

Rumah saya kecik je :) tapi alhamdulillah saya bahagia. Living hall tempat kami selalu melepak.  Terdapat juga hasil 'kraftangan' di dinding.  Hahaha...



28 September, 2011

Ke IKEA membeli barangan rumah (konon)

Cantik tak kabinet tv ni? Simple kan? Boleh letak buku/frame gamba. Takyah beli banyak2 kabinet lagi, satu ni cukup letak semua, tak semak. Harga dia RM1200.  Papa berkenan yang ni, tapi masa nak collect barang kat store tak jumpa-jumpa (sebab Mama lupe amik kod number, ye Mama yang salah. Saya mengaku *sambil tunduk lap air mata*).

Takde rezeki namanya. Save RM1200. Mahal ok. Suami saya  memang bab-bab duit tak berapa nak jimat. Tapi saya sayang dia. Tetiba. takut kena marah ayat kena cover balik.



Syirah nampak 'kitchen kabinet' size dia, mainan punya lah kan. Menggelupur nye lahai. Tapi takde dalam list untuk beli la kak. Lagipun dulu Papa penah beli tapi bukan IKEA punya, bilik kakak pun tak besar sangat nak letak macam-macam.


Sampai IKEA pukul 12 tengahari, cari barang tak sedar dah pukul 2pm. Anak dah lapar, siap cakap kuat "Mama, jom la makan Iyah lapa ni".  "Eh, kan pagi tadi dah breakfast nasik lemak?" Mama pun saje balas kuat-kuat.  Malu Mama kang orang ingat Mama tak bagi anak makan sebok shopping. Ipan dah tido dalam stroller.  Nasib baik dah susukan dia. Tapi sian adik tak dapat rasa meatball IKEA, tido pulak Mama baru nak suapkan. Haha macam Ipan tau ada meatball kat situ.


Ok, Ipan dah bangun! Tapaukan dia muffin je, sambil tunggu Papa cari barang kat gudang yang bapak besau ni, suapkan lah dia makan dan buli dia sikit.  Kakak pulak takes turn tido dalam stroller.


Ni pulak dah turun bawah, Papa tengah arrange lori hantar barang ke umah. Poyo sangat kan, ape lah barang dia beli tu sampai kena hantar pakai lori bagai.  Ala maleww nak bagitaewww..

Bagus kan IKEA ni memang baby/children-friendly.  Sementara parents arrange transport tu, dia ajak bebudak buat handycraft.  Pastu bila siap nanti, dia bagi kupon aiskrim. Aiskrim tu bleh amik kat cafe. 

Beria Syirah menampal. Balik umah bangga giler tunjuk ladybird yang dia buat tu kat seluruh ahli keluarga yang ada.  Nanti Mama gantung kat bilik kakak ye?

Eh Ipan mane? Ipan?


Ketepi...ketepi...

Dia tengah bawak keta daa... Nama pon lelaki, stereng jugak yang dia minat.


Anak-anak, jom balik. Papa punya bahu dah senget sebelah tu. Sian Papa, dah la kurus . Sebelum Papa jegilkan mata, baik kita balik. Baik bos!