Opah tak sihat sangat sekarang. Every month gi check up kat hospital. Doktor kata dia parkinson sebab tangan belah kiri dia menggigil. Selain hospital, kami ada jugak usaha cara lain. Bawak gi perubatan tradisional, urut pun ada. *[pics from hp, tu yg blurr]*
Opah boring kena duduk lama buat treatment
Sabtu lepas, kami try pulak bawak Opah gi terapi elektrik (ape ntah namanya) kat sorang pakcik ni. Dah ramai dengar orang gi berubat kat situ, nampak hasilnya. Pakcik ni buat kat umah je sebab niat dia nak tolong orang. Sambil tu dia berubat untuk diri sendiri sebab pakcik tu pun ada kencing manis & diabetes. Pakcik tu amik caj RM4 saje untuk 1 jam. Terapi elektrik ni kena duduk atas macam plastik getah yang diletak atas kerusi, plastik tu pulak disambung dengan wayar yang mengecas elektrik. Then orang yang nak berubat tu duduk atas tu. Dia mengalirkan tenaga elektrik dalam badan untuk tujuan melancarkan peredaran darah yang tersumbat. Menurut pakcik tu, dah ramai orang yang buat terapi ni alhamdulillah sembuh. Ada yang takleh jalan, dah boleh jalan. Macam pakcik tu dia ada kencing manis & darah tinggi tapi sekarang dah sihat. Boleh jalan turun naik tangga. Dengan kuasa Allah. Mudah-mudahan ada lah perubahan untuk Opah nanti. InsyaAllah.
Ni lah mesin tu, harga RM17000! Gulp. Imported from Japan.
Kami adik-beradik pakat nak share beli.
Sementara aku teman Opah buat treatment dalam rumah pakcik tu, Syirah pun 'busy' kat luar. Mak Long kan ada..hhehe Mama pun dapat relax sket. Pakcik ni ada bela kucing parsi yang sangat besar. Ni lah keje budak tu..
Mengejar kucing sampai tertonggeng-tonggeng
Sentiasa doakan Opah sihat selalu. Ni pun tengah survey maid, kesian kat Opah nak jaga Syirah yang semakin hari makin ligat nak kena kejar.
3 comments:
survey jgn tak survey...
akak pun tgk pk nak carik maid...
satu je pesan akak
selagi mereka masih ada...
jaga sebaiknya...
sob sob
syahdu plak pepagi nieH
ada dapat sorang dah, tapi helper. datang kul 8am, balik kul 5pm. ok ke?
betul tu kak.farah selalu pesankan diri sendiri sebab dulu time arwah abah kita tak dapat jaga sebaiknya. kali ni takut menyesal.
Salam,
mungkin maklumat ni sampai lambat kot, anyway saya nak bagitahu, yang saya ada stok mesin terapi elektrik yang sedari bagi opah sedari guna tuh. saya nak jual dgn harga murah2 sahaja. RM4900 seunit. Jika ada apa2 nak tanya boleh hubungi saya. 017-9235408(En. Shidi) atau pun boleh lah pegi ke laman blog saya untuk dapatkan serba sedikit maklumat mengenai terapi elektrik ni. www.terapielektrik.blogspot.com
Post a Comment