Sabtu 2 minggu lepas, semua perempuan-perempuan kecuali Opah gi Karnival Selangor Ria. Venue kat tempat letak kereta Stadium Shah Alam. Ramai yang tak tahu pasal karnival ni maybe sebab tak buat promosi besar-besaran.
Kami pegi pun sebab Ayah Chik Syirah bukak booth kat situ. Dia kan tokey ikan keli sekarang. So dia bukak lah booth ikan keli dia. Nak bagi support lah sikit kan.
Tapi aritu ujan la pulak. Nak jalan-jalan sangat pun tak syok. Dah bawak Syirah, kena dukung. Lenguh tangan. Abih tu ujan kan, camne nak tolak stroller dia. Dalam pada ujan tu sempat gak gi ladang kambing ngan taman arnab. Syirah suka la binatang-binatang ni. Dari mengantuk boleh segar bugar balik.
Oo kat karnival tu ada jual macam-macam produk IKS macam dodol, kopok lekor, daging kambing, susu kambing, macam2 lah lagi semua nya barangan IKS. Karnival ni bermula 13 Disember sampai 21 Disember..dah abis dah pun...
No comments:
Post a Comment