Advert




13 December, 2008

Klinik ni best

Jumaat semalam, lepas keje dah suruh Ucu standby ngan Syirah kat umah. Nak bawak Syirah gi klinik sebab dia sakit mata lagi. Rajin betul dia sakit mata, doktor kata lubang airmata dia tak terbukak lagi. Macam tersumbat tu yang airmata takleh cuci so dia jadi taik mata. Doktor kata bila besar sket nanti ok lah. Harap2nya lah.

Lepas maghrib tu gi lah, Ucu yang drive. Gi klinik Nor Azian kat Sri Andalas. Dulu pegi untuk sunatkan Syirah, ni datang lagi. Suka lah klinik ni. Satu sebab Islamik, pastu doktor dia lebih dari sorang, sistematik, bersih, murah, ada tempat main..haha tu yg penting. Ramai parents yg bawak anak2. Agaknya memang specialist utk kanak2 kot tapi service dia macam2. Aku mention kat sini bukan sebab ada share kat klinik tu pun saje lah sebab aku suke. Tak dapat duit pun promote klinik ni. Kalo dah service memuaskan ati...ape salahnye.


So lenkali takyah la aku pegi klinik satu lagi tu. Dah la mahal. Ye lah dia sah2 Paed. Tu yg mahal kot. Baik aku gi SMC terus kalo gitu.

Berbalik pada Klinik Nor Azian tu, siap ada surau. Letih la balik keje, mandi semayang semua terus angkut Syirah. Kat klinik tu layankan dia main gelongsor pulak. Jerit2 la happy nya dia.

Tak larat, suruh Ucu pulak take turn. Syirah menyeringai je lah...tak reti diam walo seminit. Bila nama panggil (siap pakai mikrofon tu panggil nama..."Maira Nur Insyiraah sila masuk bilik nombor 2)...gitu. Bla bla...amik ubat pastu bilnya RM23 sajee...sgt murah ok.


Balik tu singgah McD, Ucu mengidam nak makan.. pastu balik, minah kecik nak tido dah. Tu lah letih la tu berkejar berlari je..

No comments: