Advert




02 December, 2008

PD - Day II

29 Nov 08

Bangun bermalas-malasan dulu. Siapkan breakfast: nasi goreng & roti bakar & air teh/milo. Apa plan hari ni? Semua ternganga-nganga tak tau nak gi mana. Hehe. Ye lah kan PD mana ada apa sangat kan. Iron baju then settlekan Syirah, settlekan suami..pastu baru dapat settlekan diri sendiri. Dah siap2 pack baju, susu Syirah bla bla... kita gi Ostrich Farm! Syirah dah pandai tengok binatang sekarang so sure dia excited.

Sampai2 sana, entrance fee RM8 (dewasa), RM4 (kanak2 & warga emas). Pastu kakak jaga kaunter tu ada jual jagung untuk bagi ostrich makan. Beli la satu bekas saja nak amik hati. Boleh? Masuk2 je nampak kambing..eh eh ni ostrich farm ke goat farm? Keadaan yang agak tak terurus dan berbau busuk. Ostrich2 pun bulu2 dah togel. Sian gile. Pastu bila bagi makan rebut2, sakit tangan dibuatnya. Tidak ketinggalan ada ayam hutan, angsa, monyet, rabbit pun ade.. Satu insiden yg terjadi bila Syirah terlepas dari tangan Maklong nya. Dia pegi ke arah kandang monyet, monyet tu tarik baju dia. Menjerit2 kitaorang, memang menakutkan, aku dah lemah lutut tengok. Nasib baik dia tak cakar muka syirah. Syirah lak relaks je, dia tengok kitaorang jerit baru dia nangis. Terperanjat kot. Semua orang marah Maklong.. aku diam je. Janji Syirah selamat.

Siap ada tempat pijak telur ostrich kat situ, tapi telur tu buat dari simen! Menipu sungguh. Kalo tak ada area yang boleh tunggang ostrich tapi dah takde dah, agaknya ostrich pun dah uzur. Tapi Ostrich Farm tu pun macam dah nak tutup je aku tengok. Time kitaorang pegi, kami adalah the only visitors, takde orang lain. Masa nak balik baru ada 1, 2 family yang sampai.

Dah jalan-jalan tu lapar pulak, so kita pi makan kat town PD. Makan nasi campur je. Panas giler cuaca. Dah tak tau nak gi mana lagi .. balik la chalet. Nak swimming lagi. Bawak Syirah gi tepi pantai. Minah ni rupanya takut ombak. Beria-ia nangis peluk bila nampak ombak datang. Ape daaa..

Malam, kami buat barbeque adik-beradik je. Tak banyak bahan just ayam, udang, sotong, frankfurter, mushroom.. tu je lah. Bukan lapar sgt pun, saje je menambahkan aktiviti kami. Tapi kenyang gak balun ayam tu,,cedapp. Lepas makan tepi kolam tu, masing-masing naik la chalet balik. Papa ajak jalan-jalan kat beach. Syirah dah tido awal..so kami amik la peluang untuk berdua-duaan. Time ni la kan..bila lagi.. bestnye dok tepi pantai dengan angin malam gitu..wahh.. gambo ade tapi takleh tunjuk sini..itu katanya private. ekeke..

Tgk gambo yang ada ni dulu. to be continue..






4 comments:

Deqna said...

wah syoknya gi bercuti.. letaklah gambar2 lagi...

mama-syira said...

gambo banyak tgk la kang rajin aku tepek lagi ye.. hehe

whitetulip said...

lapo perut tengok bbq tu..
dapnyeee

mama-syira said...

puan tulip, aku pun telan air liur tgk gamba ni balik..ekeke..