Sekali-sekala bentang tikar, makan tepi tasik ni syok jugak. Lagi-lagi bila dapat gossip-gossip dengan kawan2 baik yang dah lamaaaaaa tak jumpa. Rindu zaman study dulu. Ni kawan-kawan kategori hostel (maklum la kawan-kawan banyak kategori: classmate, hostel, sekolah rendah, menengah, office, bla bla): iaitu Along Ani, Uteh Nani & Izzati. Time tu dok kat hostel Cempaka 2, UiTM Shah Alam. Konon-konon pot luck tapi aku beli je kat kedai jual kuih tepi jalan. Luck la jugak.. hehehe. Orang lain siap masak meehoon goreng ngan buat sandwich. Tolong maapkan saya sebab saya tak sempat nak masak, mana nak siapkan anak kecik lagi.. (oohh alasan).
Zaman kan sudah berubah.. kali ni masing-masing datang bawak husband, bawak baby dalam perut pun ada. Cam aku bawak anak yang sibuk berkejar berlari. Mama berborak.. so Papa jalankan lah tanggungjawab menjaga anak dengan jayanya. Dapat lah kami ni bersembang hu ha hu ha tanpa gangguan. Sekali sekala kan, apa salahnya.
Pagi nyaman sampai membawak ke tengahari, tak sedar masa berlalu pantas. Dok layan borak rupanya dah nak balik. Lepas klik klik sana sini (amik gambo la) posing ala-ala America's Next Top Model... kami pun peluk-peluk dan akan merindui satu sama lain lagi. Ntah bila nak jumpe lagi.. yang jumpe pun bape kerat je. Ramai lagi kawan-kawan lain yang tak dapat di 'keep in touch'...miss u all! C2! Thanks to Izzati - the organiser.
No comments:
Post a Comment