Advert




30 July, 2009

Mari Sembahyang


Telekung belum ada, pakai tudung putih Mama dulu lah ye nak...nanti Mama usahakan untuk beli or jahit kan.


Mari lah kita menunaikan solat. Anda sudah?



28 July, 2009

3 pasang

Hari tu masa tengah nak bersiap-siap nak keluar, lepas iron baju semua.. susun la atas katil. Senang nanti nak amik pakai. Pastu terdengar Syirah tengah cakap sorang-sorang.. "papa..mama.. iyahh (syirah) nye (punya). Asyik ulang ayat tu je ada lah nak dekat lapan kali. Ingatkan dia buat ape, rupa-rupanya tengah tunjuk seluar jeans yang kebetulan elok tersusun rapi. Maka, mama pun amik kesempatan snap gambo.

Ini lah yang Syirah cakap sorang2 tu. Suar jeans kami.. dimulakan dengan Syirah, Mama ngan Papa punya. Tapi kan, ya Allah apesal suar Mama yang paling besar terutama sekali di bahagian belakang?? Ini tidak adil, seluar Papa kurus selim melim. Nampak sangat yang Mama ni gemokkkkkkk!!


Patut gamba ni diedit dulu bagi suar Mama nampak straight cut giler punye. Tapi takpelah, kena jujur dan sedar diri. Suar Syirah paling comel.. baru beli rasanya (takla baru sgt tapi baru jugak) kat Poney JJ, tapi sekarang dah senteng dah suar tu. Emmm cepat tul budak membesar. Kena simpan lah untuk adik Syirah. Waahh..

24 July, 2009

Tips kecantikan

Di sini suka lah saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diguna pakai untuk wanita sahaja.

Perkara asasnya tentu lah bedak. Seelok-eloknya memakai bedak sejurus selepas bangun dari tido. Walaupun masih berbaju tido dan mata masih bengkak, itu adalah lebih afdal supaya kita nampak fresh dan cantik apabila keluar dari bilik. So, kaum keluarga akan kata "wahhh kamu ni bangun tido pun tetap cantek". Tentu anda bangga bukan? Tonyoh sampai terpejam mata.




Mata merupakan bahagian terpenting yang dapat menyerlahkan kecantikan kita. Tips kedua yang ingin saya kongsi di sini ialah, pakai eyeshadow supaya mata anda nampak menawan. Kalau boleh, pakai dengan kaler garang dan tonyoh sehabis baik. Nah, kamu pasti tampak anggun.


Tips seterusnya, apa kata anda oleskan sedikit pemerah pipi di kedua-dua belah pipi agar anda nampak sweet. Pemerah pipi dapat membuat wajah anda lebih ceria.


Untuk wajah yang lebih menawan, sapukan lipstik mengikut warna yang bersesuaian. Sambil sapu tu, anda juga boleh berangan yang bibir anda seksi seperti Angelina Jolie, mungkin ia dapat memotivasikan anda seterusnya membuatkan hari-hari anda lebih bersemangat. Pose dulu sebelum pakai lipstik..

Tak lengkap penampilan seseorang kalau badan berbau. Untuk itu, semburlah sedikit haruman bagi menambahkan keyakinan diri anda.



Ringkas dan mudah. Jangan lupa untuk mencuba ya. Semoga berjumpa lagi!

22 July, 2009

Steambot pulak

Event ni dah berlangsung 2 minggu lepas. Makan-makan di hujung minggu bersama family adalah sesuatu yang biasa apabila masing-masing buat-buat tido, baring, sakit kepala dan sebagainya... ini adalah alasan semata-mata malas masak! Muahaha... sib baik ada orang sudi belanja. Sebelum tu, Ucu jangan jeles ye. Nanti Ucu balik kita pegi lain.

Ke mana kita? Steambot jom! Korang suka makan steambot? Kitaorang suka.. sebab healthy iaitu makanan tak bergoreng pastu masa makan tu pun peluh-peluh macam tengah berbasikal 10km. Kira exercise sambil makan. Lokasi jalan-jalan cari makan kali ni di Yuen Steambot, Sunway. Kalo gi sini ko kena booking awal-awal, kalo tak....nah beratur…pintu tak bukak lagi dah ramai orang beratur!
Makan kat Yuen ni formatnya bayar RM19.80 sorang dan makan sampai muntah! Punya la banyak jenis bahan-bahan untuk di’steambot’kan.. dari macam-macam jenis seafood, sayur-sayuran, dimsum, barang-barang macam dalam yongtaufu tu sehinggalah bermacam jenis mee. Chicken wing pun ade. Tak lupa ada kuih-muih dan aiskrim boleh amik sendiri sebagai pencoci mulut. Kaunter bahan mentah dia panjang.. tu ramai-ramai tengah nak amik..

Kalo orang perut kecik memang rugi lah pegi sini, kalo kuat melantak memang untung lorr... kuah dia macam biasalah plain ngan tomyam. Dengan Syirah pun berpeluh sekali time makan. Antara yang kitaorang amik seperti di bawah tapi aku tak pandai la nak makan benda-benda pelik ni. Aku makan biasa2 je... memang tak adventure.


2 orang pembantu kedai sedang merebus bahan-bahan..hehe

Sebelum diterjah

Selepas dibelasah

Aiskrim boleh pilih nak perisa ape, cedok sendiri..nak lagi sila tambah jangan malu2 ye

Yeay..dah kenyang! Alhamdulillah

Aku lagi prefer Johnnys la dari Yuen Steambot ni. Maybe sebab environment dia. Kat sini ramai sangat kaum lagi satu tu, macam tak selera pulak aku. Tapi kalo korang nak try, apa salahnya.. sebab murah dan makan banyak! Ohh jangan risau, ia halal ;)

21 July, 2009

Datang dengan harapan, Balik dengan kenangan

Wahhh tajuk sangat drama. Banyak benda nak citer tapi malas je nak nulis...cam takde mood jer. Lagipun takde sape sangat nak baca.. hehe..

Berbalik kepada tajuk di atas, takde apa pun. Hari tu suami balik cuti lama sebab Kedah dapat cuti Israk Mikraj, tentulah happy si emak dan anak.

Bila suami nak balik, tentu lah mood sedih. Lagi-lagi bila korang tengok gamba ni sedih tak? Masa amik gamba ni tak sedih.. bila balik umah, tengok balik..alahai siannya anak aku.. masa ni Syirah tengah tunggu Papa dia check-in. Dia cakap "papa work..papa work"



Gamba ni lah yang sesuai untuk tajuk entry kan. Sekarang Mama Syirah dah kebal sikit. Sikit je pun.. heheehe.. Bye bye Papa, nanti balik lagi.. we miss u so much.



16 July, 2009

Prince Court Medical Centre

Aritu aku lalu Prince Court kat Jalan Ampang ni. Bestnyaaa kalau dapat bersalin kat sini agaknya kan? Aku berangan lagi ni (tak habis-habis berangan). Pregnant pun tak, berangan bersalin. Pastu berangan lagi nak spital 5 star ni. Harus lah cita-cita kena ada.


Semua orang tak nak masuk spital kecuali kalau bersalin, sape yang tak nak kan? (pompuan ler). Ternganga sungguh tengok Prince Court Medical Centre ni. Tengok lah kat website nya. Hospital ni worth RM544 juta. Macam hotel, siap ada valet parking. Bilik mengadap KLCC lagi. Memang purposely diaorang create environment 5-star hotel! Sape staff Petronas best lah, sebab spital ni Petronas punya.

The best part is, ni aku quote from sotkabar "hospital itu menyediakan kemudahan rawatan kesihatan kepada golongan yang tidak berkemampuan menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya. Pembedahan percuma disediakan bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah sumbing bibir dan lelangit, barah tulang dan otot serta jantung berlubang".

Tapi malangnya....company aku (dan kawan-kawan blogger yang se'company') hanya allow PCMC ni untuk golongan atasan sahaja. Huhuhu.. tapi maybe in future mana tau golongan bawahan cam aku ni eligible? Tapi berbaloi ke umah kat Klang nak gi bersalin kat KL? Hahahha....

Tak kira, tak kira, aku nak jugak! aku nak jugak! (Cam citer monyet makan cili api, sape ingat lagi?)

14 July, 2009

Quality time

Last week Papa balik, aktiviti kami makan kat luar je. Memang tak dok umah langsung, tetiap petang kuar. Mau tak mengade Syirah. Ala bukan tetiap minggu pun. Shekali shekala sajerrrr.. i like!! kata Syirah. Hehhee


Saja nak bagi Syirah spend quality time with her Papa. Bila lagi kan, jumpa pun 2 minggu sekali. Dah rindu sangat sebab tu baru-baru ni dia demam. Papa dia balik je terus kebah demam. Betul lah kata orang-orang tua, dia rindu Papa dia. Sampai nenek yang urut Syirah tu cakap, nanti baju yang Papa dia dah pakai buat selimut bagi ada bau Papa dia. Sedih kan?
Ape lah keje 2 beranak ni

Hari Jumaat dah gi makan kat muara ikan bakar, esoknya sabtu gi Burger King lak. Kat umah kami kan dah ada Burger King (eleh berlagak + jakun). Memula mama lah ngendeng Papa kata tinginnnnnnn sangat makan aiskrim Hersheys kat situ. Beli drive-thru je. Pastu mama ngendeng lagi "kalo makan kat sini nak tak Pa?". Bila Papa bagi greenlight je...ape lagi..terus la mencanak masuk. Macam beruk dapat bunga. Muahaha...

Ni Syirah punye....Ye, sabo sayang
Alah dah kenyang sebenarnya sebab dah makan cekodok ngan nugget before tu sebab gi piknik. Citer piknik entry lain eh. Tapi sebab nak tengok best ke BK baru ni.. saja lah test beger whopper.. tetiba lapar tingat beger ni... gulpp.... korang kalo gi BK suka beger ape? Ada cadangan supaya lain kali pegi leh try pulak. Wahhh ada hati nak try semua....kena jeling dengan suami baru tau.

Overall, we had fun and enjoyed our quality time together!! Last, pose manja.

12 July, 2009

Birthday Treat for Mama

Pertama sekali, nak cakap terima kasih kepada husband tersayang sebab buat kezutan ni. Cewah.. takde la surprise sgt tapi kita je yang tahu kan Pa kan? Walaupun birthday dah belated tapi takpe. Mama faham Papa keje takleh nak balik celebrate birthday on time. Sebenonye takde la celebrate bagai.. dapat wish pun dah suke.

Petang Jumaat lepas, Papa ngan Syirah datang ke office jemput Mama. Selalu kan kena naik komuter, so bila sekali sekala suami ngan anak datang jemput ni ada lah rasa teruja. Excited ok. Pastu Papa hint "jom makan nak?" "Kat mana" aku tanya. Ke sini lah arah tujuan kami.............

Papa kata "....tapi ayang la belanja..selalu birthday ayang belanja kawan-kawan tak penah pun belanja Papa"... huhu sadis dan menusuk. Pastu aku kata "ok je....jom lah ayang belanja Papa".

Sampai sana, Syirah suke la dapat tengok laut, dia kata ada ikan dalam tu. Ni 2 orang kesayangan saya tengah menikmati angin petang. Eh awak berdua... sayang kat korang sangat tau.

Makan sambil pipi kena tiup angin dari laut...memang best. Tapi sebab sebelah tangan makan, sebelah tangan handle Syirah yang tak dok diam, takde la nikmat sangat. Berterabur nasik dikeje kan. Dah pesan ngan Papa jangan amik lauk banyak-banyak, selalu tak habis. So kami makan ikan kerapu, udang, ketam, sup sayur je. Air kelapa mesti ada.. tapi sempat amik gamba makanan ni je. Takut lah kamera masuk dalam sup pulak sebab tak menang tangan. hahahhaa. Tapi kan makan kat sini dah tak sedap lah. Ke memang dari dulu tak sedap? emmm korang judge lah sendiri bila pergi nanti.


Time nak bayar, tetiba Papa bayar dulu. Cepat2 dia kuar duit. eh eh kata nak soh belanja? Papa kata "takpelah.. memang nak belanja ayang pun, kan birthday ayang". Sob sob...thank you Papa, i love u. Bukan sebab belanja ni tapi sebab touching dengan surprise Papa.

Lepas makan terus la balik, Syirah nak tido dah crancky time ni. Ape pun, Papa mesti baca blog ni. I love u. Hari tu Papa tanya kan, nape sayang Papa? Jawapannya......... u knew it.

10 July, 2009

Pemilik Pinky Laptop

Based on TRUE story. Hehehe. Ini lah pemilik pinky laptop. Orang lain nak pegang laptop ni kena mintak ijin dulu. Kalo tak, dia marah. Tapi kan bebudak ni belikan mainan, main tak sampai 2 minit pastu dia tak heran dah. Ceh membazir je. Ni kes Syirah lah. Kalo buku takpe, naik lusuh buku tu dia ulang baca. Tapi bab mainan, memang rugi beli kan dia. Anak-anak orang lain tak tau le camne perangainya pulak. Sama ke?

Hai..laptop ni saya punya

Mari saya tunjukkan cara-cara nak pasang mouse

Cucuk selagi boleh ye puan-puan..sampai kerut-kerut dahi lagi bagus

Iskkk manyaknye assignment..
Dah siap. Tutup, simpan. Sekian, 2 minit je saya main. Jimat bateri.

09 July, 2009

Bye Bye Ucu

Sedih tak muka Syirah?

Syirah, Ucu ngan Opah bergamba sebelum Ucu nak berangkat ke Sarawak, sebab semester baru dah start. UCu dah masuk part 5 dah. Syirah sedih ke nanti takde orang nak menyakat lagi? Ucu mesti sedih tak dapat main ngan Syirah lagi. kan? kan?


Kami gi antar Ucu kat KLIA semalam, time Ucu nak check-in... Opah bising je kata dah lambat padahal baru pukul 3pm, flight kul 4pm. Gate pun tak bukak lagi. Biasalah orang tua, risau je lebih.

Saat-saat terakhir bersama...pasni takde geng la nak main joget-joget Korea. Takde la orang nak tolong jagakan Syirah masa semua orang gi keje. Huhu.. sian Syirah, mesti boring kat umah.

Kepada Ucu, selamat belajar kembali. Study smart..hopefully takde paper yang kantoi so leh grad on time. Takyah nak merantau jauh-jauh lagi. Takyah asik kena belikan tiket flight lagi. Haha. Akhir kata..peace!


07 July, 2009

Perkahwinan Mejar Udara

Teruja nak gi tengok cousin Mama kawen last week. Firstly, sebab dia dah berumur 36 tahun (tapi lelaki leh dimaapkan walopun agak lewat). Secondly, sebab dia Mejar Udara mesti ada lalu bawah pedang kan? Ye, aku ada sket sakai. On the way nak gi snap sket gambo mak ngan anak bagi mengisi masa lapang. Syirah senyum tak ikhlas kan? Itupun senyum nak amik hati mama je.. terharu i.

Nasib baik masa kami sampai tu, diaorang baru nak prepare. So aku apa lagi, cecepat la amik camera untuk jadi paparazi. Syirah dah pun bertukar tangan ke Ucu dia. Mama ada keje ni nak oi.. wahahhaa... Tengok dari kejauhan, walamak... tersusun je barisan abang-abang TUDM nak lalu.


Aku rebut-rebut amik gambo ni dengan official photographer of the event. Sib baik abang tu tak kisah. "Tak padan ngan baju kurung" agaknya lah dia kata dalam hati. Ada aku kesah? Aku nak tengok ni dari dekat sebab tak penah tengok lagi majlis camni. Masa ni tak nampak-nampak lagi pengantinnya.
Pedang tercacak je ko.. takut aku. Diaorang tak pandang langsung kiri kanan so jangan la perasan kata abang-abang TUDM tu nak ngorat ko ke hapa (bukan aku la, aku sedar la aku isteri orang, ni cakap on behalf. haha on behalf sape ntah).


Punya lah tercari-cari pengantin, sekali yang aku nampak pengantin kecik. Ni anak-anak buah aku. Macam kena paksa rela tapi tetap maintain senyum. Lelaki tu Danish, yang pempuan tu aku lupe nama dia. Hahha teruknya.



Ha pengantin dah dekat! Kena lalu carpet merah ni. Masa ni aku dah jauh sket ke belakang sebab pedang tu dok terhayun pastu orang yang bagi command tu kuat sangat suara dia. Rasa macam bertempur di medan perang. Hehehhe...


Ini lah dia pengantin sebenar! Yang lelaki tu cousin aku. Atok sedara aku punya anak yang dah lama makpak dia tunggu dia kawen akhirnyaa.....tahniah Abang Nazrin! Bertemu jua jodoh yang dicari-cari. Orang Kedah yang dia jumpa. Untung wife dia, dok kampung je tolong akak dia niaga gerai. Tup tup orang datang meminang, terus kawen. Takyah cari-cari, dapat Mejar Udara. Kalau dah jodoh...


Cantik kek dia. Simple yet nice. Aku suke sebab ia berwarna biru! eii geram aku tengok kek ni. Pastu acara suap-menyuap pun berlangsung. Masa ni baru aku sedar yang aku lapar... oohh nak terkam makanan. Dok sibuk jadi paparazi sampai terlupa nak makan. Poyo tak?




Selesai upacara memotong kek, takde sanding-sanding tapi ada pelamin tujuan untuk sesi bergambar. Tapi kan, dah ada orang lain yang rasmikan pelamin tu. Anak siapa tu? Wah siap jeling.

Mama teringat kenangan 2 tahun lebih yang lalu. Di kala bersanding di pelamin biru jugak. Oi sudah-sudah lah berangan!

Oohhh happy dapat jumpa Lin, kawan sebilik masa kat UiTM dulu, merangkap sepupu. Sebab dia dah kawen ngan cousin aku kan. Lama tak jumpa dia yang tudung hitam tu. Sebelahnya adik ipar dia. Depan tu Syirah tengah dikerumuni sepupu sepapat.

Abang Ajwad sebelah tu sibuk nak main ngan Syirah, dia buat muka blur je.



...kecuali dengan Maklong, Ayah Ngah or orang2 biasa dalam rumah dia. Baru nak senyum.. ape lah Syirah ni. Tak lama lepas tu kitaorang pun balik sebab dah kekenyangan. Yokkk tido! Hahhaa.. Dah puas ati dapat tengok orang kawen lalu bawah pedang. Yes.