Advert




07 July, 2009

Perkahwinan Mejar Udara

Teruja nak gi tengok cousin Mama kawen last week. Firstly, sebab dia dah berumur 36 tahun (tapi lelaki leh dimaapkan walopun agak lewat). Secondly, sebab dia Mejar Udara mesti ada lalu bawah pedang kan? Ye, aku ada sket sakai. On the way nak gi snap sket gambo mak ngan anak bagi mengisi masa lapang. Syirah senyum tak ikhlas kan? Itupun senyum nak amik hati mama je.. terharu i.

Nasib baik masa kami sampai tu, diaorang baru nak prepare. So aku apa lagi, cecepat la amik camera untuk jadi paparazi. Syirah dah pun bertukar tangan ke Ucu dia. Mama ada keje ni nak oi.. wahahhaa... Tengok dari kejauhan, walamak... tersusun je barisan abang-abang TUDM nak lalu.


Aku rebut-rebut amik gambo ni dengan official photographer of the event. Sib baik abang tu tak kisah. "Tak padan ngan baju kurung" agaknya lah dia kata dalam hati. Ada aku kesah? Aku nak tengok ni dari dekat sebab tak penah tengok lagi majlis camni. Masa ni tak nampak-nampak lagi pengantinnya.
Pedang tercacak je ko.. takut aku. Diaorang tak pandang langsung kiri kanan so jangan la perasan kata abang-abang TUDM tu nak ngorat ko ke hapa (bukan aku la, aku sedar la aku isteri orang, ni cakap on behalf. haha on behalf sape ntah).


Punya lah tercari-cari pengantin, sekali yang aku nampak pengantin kecik. Ni anak-anak buah aku. Macam kena paksa rela tapi tetap maintain senyum. Lelaki tu Danish, yang pempuan tu aku lupe nama dia. Hahha teruknya.



Ha pengantin dah dekat! Kena lalu carpet merah ni. Masa ni aku dah jauh sket ke belakang sebab pedang tu dok terhayun pastu orang yang bagi command tu kuat sangat suara dia. Rasa macam bertempur di medan perang. Hehehhe...


Ini lah dia pengantin sebenar! Yang lelaki tu cousin aku. Atok sedara aku punya anak yang dah lama makpak dia tunggu dia kawen akhirnyaa.....tahniah Abang Nazrin! Bertemu jua jodoh yang dicari-cari. Orang Kedah yang dia jumpa. Untung wife dia, dok kampung je tolong akak dia niaga gerai. Tup tup orang datang meminang, terus kawen. Takyah cari-cari, dapat Mejar Udara. Kalau dah jodoh...


Cantik kek dia. Simple yet nice. Aku suke sebab ia berwarna biru! eii geram aku tengok kek ni. Pastu acara suap-menyuap pun berlangsung. Masa ni baru aku sedar yang aku lapar... oohh nak terkam makanan. Dok sibuk jadi paparazi sampai terlupa nak makan. Poyo tak?




Selesai upacara memotong kek, takde sanding-sanding tapi ada pelamin tujuan untuk sesi bergambar. Tapi kan, dah ada orang lain yang rasmikan pelamin tu. Anak siapa tu? Wah siap jeling.

Mama teringat kenangan 2 tahun lebih yang lalu. Di kala bersanding di pelamin biru jugak. Oi sudah-sudah lah berangan!

Oohhh happy dapat jumpa Lin, kawan sebilik masa kat UiTM dulu, merangkap sepupu. Sebab dia dah kawen ngan cousin aku kan. Lama tak jumpa dia yang tudung hitam tu. Sebelahnya adik ipar dia. Depan tu Syirah tengah dikerumuni sepupu sepapat.

Abang Ajwad sebelah tu sibuk nak main ngan Syirah, dia buat muka blur je.



...kecuali dengan Maklong, Ayah Ngah or orang2 biasa dalam rumah dia. Baru nak senyum.. ape lah Syirah ni. Tak lama lepas tu kitaorang pun balik sebab dah kekenyangan. Yokkk tido! Hahhaa.. Dah puas ati dapat tengok orang kawen lalu bawah pedang. Yes.



4 comments:

precious innocent said...

parents kite kawen dulu pun lalu bawah pedang, sbb pak polis... huhu...

nasib baik pedang, kalau senapang? huhu

-mama emma-

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah untuk kalian

mama-syira said...

Oo Mama Emma ni anak polis rupanye. tapi time tu lum 'wujud' lagi. kalo senapang... mamasyira lari dulu..hahhaa

mama-syira said...

Pak Karamu, terima kasih sebab sudi singgah. datang le lagi..