Advert




24 August, 2010

Upin & Ipin La Boutique Cafe

Rupa-rupanya Upin Ipin ni ada cafe. Masa pegi Jakel Shah Alam, ternampak lah cafe ni kat belakang Jakel je. Seksyen 7 tu memang heaven lah. Macam-macam kedai ada.

Minah ni ternampak cafe ni, ape lagi macam cacing kepanasan. Tak tentu arah. Terus ajak pegi. Maklong dia lah bawak sebab adik Irfan tido so Mama kena tunggu dalam keta.

Menu dia biasa-biasa je sama macam restoran yang lain. Cuma NAMA tu lah yang melariskannya. Dah jadi satu brand Upin Ipin ni, sampai semua produk pun nak pinjam nama ni untuk lariskan produk masing-masing. Harga? Tak sure..sebab tak makan just beli air je buat syarat. Kahkah.. nak amik gambo punye pasal. Takkan masuk tak beli apa-apa. Lagipun bulan Ramadhan lah.

Air coklat tu RM7 kalo tak silap... mahal ek.
Dah standard Starbucks ni.

Happy betul siap beli patung Upin.
Port sesuai untuk mereka yang ada anak.

Ape pesen tah senyum terbaru.
Kedai penuh dengan gamba Upin Ipin, pasang citer Upin Ipin berulang-ulang.

Terima kasih. Sila datang lagi.
(Tengok la kalau rajin - Mama kata)


20 August, 2010

Mengepam di ofis

Sekarang kat ofis kena curi-curi masa pergi pam susu. Selalu 'hilang' 2 kali, kul 10.30 pagi dan 4.30pm. Alhamdulillah ofis ni sangat memahami sediakan tempat yang sangat selesa untuk ibu-ibu. Ada geng blog dan seofis mengepam sama - Derna.

Gigih ni demi nak membekalkan Irfan dengan susu ibu selagi yang mampu. Syirah dulu sekejap je dapat bekalan. Sedih Mama. Doakan kali ni lebih lama. Amin.

Ok, lets check it out!
VENUE

ROOM

GADGET

STORAGE

RESULTS (stok untuk babysitter)

18 August, 2010

Wet World for Kakak

Kakak Syirah sesejak dah ada adik ni, terasa dipinggirkan. Padahal semua orang still layan dia lagi. Ye lah bila adik nangis, dia boleh kata "diam diam! diam adik!". Hahaha.. sebab orang tumpu kat adik. Biasalah umur gini akan jeles punya, jangan nak tipu kata anak tak jeles.

Maka, untuk menghargai kakak dan memujuk dia yang rasa terpinggir tu - Wet World is for u kakak! Maklong dia yang dipanggil Mak dan Ucu dah bawak dia bermandi-manda di sana sebelum puasa hari tu. Mama tak ikut lah sayang..adik sape mo jaga.

Pagi-pagi dah kuar umah sebab nak sampai kul 10, pagar bukak je nak terjah. Takut ramai orang dan takut panas tengahari. Happy betul kakak, siap dah pakai bikini dari rumah. Tapi cover dengan sweater, cekci cangat nanti.


Ucu kata tak amik gambo time mandi, ye lah tengah berseronok takkan nak bawak camera. Tapi Ayah Ngah dia ada amik video. Kakak happy sangat, Mama happy tengok kakak happy. Jangan nakal-nakal. Kalau Mama tak dapat layan kakak sangat, bukan Mama tak sayang. Kakak kan big girl, kena lah paham. Adik kecik lagi, time kakak Mama layan lah kakak pulak ye.

Kadang-kadang sian tengok kakak bila adik meragam. Tak sempat nak layan kakak. Penah satu masa, adik meragam nak tido..kakak nak tido gak. Dia mintak gosok2 belakang dia sebelum tido (memang pesen dia tido camni) tapi tak sempat nak buat, dia dah tertido sendiri. Sedih kan.
My cheeky big girl..

16 August, 2010

Cabaran Ramadhan

Salam Ramadhan kawan-kawan. Sekejap je dah 6 hari kita berpuasa. Tak sabar nak raya dengan family member baru! :)

Weekend haritu tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O kat TV9, ada bincangkan topik 'Cabaran Ramadhan untuk Lelaki'. Cabaran apa ye? Bagi aku, kaum perempuan yang banyak cabaran dan dugaan bila bulan puasa. Lebih-lebih lagi bila dia adalah isteri, ibu dan pekerja. Meh nak list sket:

1. Bangun awal pagi siapkan sahur.

2. Kes aku: Bangun awal pagi siapkan sahur dan menyusu anak.

3. Masak untuk berbuka.

4. Kalau tak masak pun, sibuk fikir dan beli juadah bukak puasa untuk suami dan anak-anak.

5. Sambil berbuka, sambil jaga anak. Kes anak nangis (macam aku), kalo sempat dapat lah makan kuih, kalo tak teguk air dulu.

6. Bagi yang breastfeed, kena fikir pasal susu badan yang dah terjejas pengeluarannya. Kena fikir makanan nak tambah susu. Dah la puasa kan. Demi anak.

7. Penat kat ofis, penat buat keja umah. Takpe..cabaran.

8. ..dan lain-lain lagi.


Begitulah kalau dah jadi mak ni, semua benda kita nak fikir. Tu yg lelaki kata remeh, tapi tidak untuk kita.

14 August, 2010

Dinner @ One World Hotel

Banyak benda tak update. Semua citer agak keterbelakang. Salah satunya company dinner ni. Sebenarnya time ni aku belum habis maternity leave lagi. Still dalam cuti tapi dah habis pantang lah.

Setelah mendapat keizinan suami (dia tak balik) dan mak, maka dapat lah aku pegi bertemankan adik. Lama tak keluar kan, sekali dapat keluar dapat lah release kepala. Actually orang dalam pantang sangat stress so, kena gak keluar sekali sekala. Tu yang kalo stress sangat boleh meroyan tu. Eh, ni dah citer lain.


Ok lah takde apa yang menarik dinner kali ni. Dapat dok meja VIP (sebab dok ngan bos), stage depan mata je. Tapi sebab aku bukan peminat Anuar Zain so tak heran sangatlah. Chinese food yang ok-ok. Dapat doorgift berupa pemain MP3, boleh lah bagi kat Syirah.


Dapat lah adik aku amik gambo ngan Anuar yang turun datang dekat ngan meja. Sebenarnya jasad aku je yg ada kat dalam ballroom, tapi kepala teringat anak-anak kat umah. Dok meronta-ronta nak balik.

05 August, 2010

Bila nak start keje

Tak bestnye lagi 5 hari nak keje. Walaupun dok umah tak dapat rehat sibuk dengan anak-anak, tapi best sebab anak-anak depan mata. Lagi pulak adik Irfan nak kena hantar babysitter. Kakak dulu dok ngan Opah, tak terasa sangat. Ni adik kena dok ngan orang.. sedihnyaaaaaa..

Ni budak idung mancung ni (orang kata..aku tak kata kang orang kata mak dia perasan pulak). Sian adik.. dok ngan orang jangan nakal-nakal ye dik.


Mama ada kat umah, seawal jam 4ptg adik dah siap mandi pastu main-main dok atas kusi dia. Pastu tido balik. Kadang adik menangis jugak..


Nak masuk 2 bulan, dah pandai gelak. Kadang terkeluar suara dia yang entahape2 dia sebut. Mesti rindu giler bila keje nanti. Kakak pun Mama kesian dah takde kawan nanti.