Advert




17 November, 2010

Dialog tak boleh blah

Dialog 1

Mama : Kakak, lepas main tolong kemas balik mainan letak dalam bakul boleh tak.
Syirah : (amik seketul dua mainan pastu pergi)
Mama : Kakak, nape tak kemas habis ni?
Syirah : Kalau kakak penat nanti macamana?
Mama : Penat, penat lah..setakat dua tiga ketul takkan dah penat. (bengang)

Dialog 2

Dalam kereta balik dari hantar adik umah babysitter.
Syirah : (srott srott dia buat sedut hidung) Alamak, kakak dah tak ceme-ceme ni.
Mama : So?
Syirah : Boleh la mama belikan kakak akemm
Mama : Pagi-pagi subuh nak makan aiskrim? Sorry no no

Dialog 3

Entah apa-apa dia buat keje kat dapur tetiba dengar dia kata "Ya Allah Ya Tuhan ku Ya Karim".
Panjang betul... hehehe..macam ada masalah besar padahal kucing je yang lalu.

Dialog 4

Opah : Syirah, tido lah dah pukul berapa ni tak tido-tido lagi. (tido petang)
Syirah: Ala takpe la sekali sekala.
Opah : (speechless)

Dialog 5

Syirah : Mama, punai adik ni macam Hagemaru
Mama : Ye ke, citer Hagemaru tu ada tunjuk ke?
Opah : Ha'ah ada tunjuk satu siri tu Hagemaru bogel
Mama : Takyah la tengok lagi..tak senonoh je Hagemaru ni


Sebenarnya banyak lagi dialog-dialog tak boleh blah dari Syirah, mulut dia kan macam orang tua. Hadoii. Buat masa ni, ini je yang ingat.

2 comments:

Deqna said...

budak memang kalau dah sekelilingnya org dewasa.. dorang pun jadi dewasa sekali..

mama-syira said...

Bahasa kadang fuhh..terkedu kita dibuatnya.