Advert




10 January, 2011

Cerita hujung minggu

Ello! Selamat hari Isnin!

Macam-macam benda nak buat hujung minggu - nak basuh kain budak-budak, tukar cadar, cek kuku, telinga, hidung budak-budak n bersihkan (kesian hari keje tak sempat nak buat), macam-macam lagi lah. Kadang-kadang plan macam-macam tapi tak semua dapat buat. Ingat nak gi servis keta, tak sempat buat asyik tertangguh.

Banyak benda yang jadi hujung minggu lepas:

1. Hari sabtu pergi tengok rumah (insyaAllah semoga dipermudahkan). Rumah kecik je cukuplah untuk kami anak beranak. InsyaAllah ini yang diharapkan, akhirnya Allah makbulkan doa kami untuk duduk sama-sama.

2. Petang Sabtu ada peristiwa kakak gigit kaki adik sekuat hati nya n Mama punya tahap kesabaran memuncak sampai kakak kena pukul pastu Mam angkat, tutup pintu dan biar dia dok luar rumah. Menangis kuat. Tak sampai 5 minit, Opah bukak pintu pujuk dia masuk sambil nangis! Ingat lagi dialog Opah "Itulah, kenapa kakak buat adik, kan Mama dah letak kakak kat luar". Dari 2 orang yang menangis (Syirah & Irfan) bertambah lagi sorang nangis. Susah nak marah Syirah sebab dia ada 'pari-pari'. Hehehe. Tapi ada sedikit kesal di situ bila lepas marah Syirah. Sian dia. :(

3. Ahad seawal 7.45 pagi dah kuar umah berkobar-kobar nak ke Pasar Tani Mega, stadium Shah Alam. Best woo macam-macam barang ada. Nanti kita citer di entry lain.

4. Malam semalam dapat lah tengok AJL. Kakak tido seawal 6.45 petang sebab seharian tak tido. Adik macam biasa, lepas Maghrib dah tido. Alhamdulillah dapat tengok AJL tapi tak aman sangat sebab adik kejap-kejap cari nenen. Tak sedap pun lagu Ana Rafali tu? Kan best kalo aku jadi Nor Khiriah, Faizal Tahir pegang perut dia. Hahaha. Papa jangan marah.


Nama je cuti tapi lagi penat dari hari bekerja. Tapi saya sangat happy bila dapat mengadap anak-anak. Bila nak weekend balik ni?

No comments: