Advert




18 January, 2011

Salute kepada semua fully housewife!

Entry ini didedikasikan khas untuk semua surirumah tangga sepenuh masa. Sebab bukan mudah jadi mereka. Kerja yang tak pernah berkesudahan dari pagi hingga ke malam. Orang dah tido, tak tentu mak tido lagi.

Ini last weekend punye lauk - ikan merah lemak kuning, kobis goreng dengan udang besar banyak2 sekali kakak boleh makan, telor masin penambah selera. *Iklan*

Hari bekerja tentu-tentulah balik matahari dah terbenam. Apa je keje yang sempat buat? Semua nak tunggu weekend.

Dapat jadi fully housewife 2 kali seminggu - Sabtu & Ahad. Itupun dah rasa penatnye, bila nak abis keje rumah ni? Pagi bangun buat sarapan (beli lah selalunye..hehe), bagi anak-anak sarapan, sidai kain (sesambil buat air untuk suami), pastu mandikan anak-anak, anak-anak main - lari gi dapur masak lauk tengahari pulak, tetiba anak nangis nak nenen - bagi nenen, tidokan dia, sambung masak balik - kemas dapur lepas masak. Suami makan - (kita tak makan sebab tak lalu), tidokan anak-anak. Ko ingat anak-anak tido boleh tido sekali ke? Ohh tidak, buat kejap keja pagi tadi yang tak sempat contoh sapu sampah. Habis sapu, ingat nak baring.. hek hek..anak bangun dah. HUhu...bagi makan pulak. Main-main, aik tetiba dah petang. Mandikan pulak 2 beradik. Bapaknye mandi sendiri lah. Pastu dah malam. Siap-siapkan beg untuk bawak ke babysitter, botol-botol segala, gosok baju untuk gi keje - layan kakak baca book ke hape. Sampai tertido. *kerja-kerja di atas tidak termasuk keje-keje adhoc spt anak berak, anak demam perlukan lebih attention, anak tumpahkan air, tukar cadar sebab anak muntah, barang pecah, dsb.Aku cerita ikut apa yang aku selalu buat - orang lain tak tau lah camne. Mungkin suami banyak menolong. Suamiku boleh harap part jaga anak-anak je. Hehe ya ampun suami.

At least kan, untuk orang yang bekerja cam aku, dapat gak spend masa untuk diri sendiri di ofis. Lunch hour dapat keluar makan ngan kengkawan, kekadang gi Sogo lah. Yang fully housewife mana nak lari? Sorang cousin aku penah sms 'kak dina, penatnye rasa nak nangis'. Tapi itulah, masa yang mereka dapat spend dengan anak-anak lebih banyak dari kita yang bekerja. Dapat tengok anak membesar depan mata, hantar anak gi balik sekolah. Bestnye kan. Kita ni pegi pagi balik malam, bila masa ntah dapat main ngan anak-anak.

Tahniah kepada semua surirumah tangga sepenuh masa. Anda memang hebat!

4 comments:

Farihah said...

ermmm betul tu Farah. Mmg penat sangat buat keje hari Sabtu dan Ahad, bgn kul 6..tido kul 12 blm tentu...keja mmg non stop. Tapi..saya masih prefer nak jadi full time house wife :)

mama-syira said...

Farihah, cita-cita kita sama = full time house wife. hehe

dd.hasnidar said...

betul tu.kita yang bekerja ada peluang jumpa anak time malam je.tu pun kadang2 dah terasa penat.

tapi weekend tu memang sama la kita.kadang2 rasa nak pengsan penat.bapaknya time tu la nak claim tido.by the way,salam ziarah. :)

Syerah Omar said...

lagi satu..part solat..kalau housewife mmg xtau la mcmana nak solat kusyuk.mmg tak pernah kusyuk.kahkahkahkah.citer pasal keje rumah..mmg tak pernah habis.anak 1 ok lagi.mai ramai2 nih mmg mengucap panjang.hahahhah.slamat bekenalan mama syira :)