Advert




13 January, 2011

Fasha Sandha

Sesekali update entry tak berilmiah dalam blog boleh kot. Bagi can nak bergossip sikit.

3 hari ni kecoh pasal citer Fasha berbikini di Bali. Pada aku, biasa je kalo dia berbikini di Bali. Fasha Sandha berbikini? Apa yang peliknya? Lain lah kalo Siti Nurhaliza berbikini, aaaa itu ye berita panasSs...

Artis ni kalo kita kata dia 'kurang bijak'..dorang marah. Tapi kenyataannya memang diaorang kurang bijak. Tak semua lah, segelintir dari mereka. Bila ada isu macam ni, ko larikan diri sampai tak datang event yang orang dah plan awal. Bertambah isu lah jadinya. [tetiba amik feel jadik wartawan hiburan].

Pagi ni bila baca sotkabar, ada interview dengan maknya si Fasha. Lagi lah ahkak mau gelak guling-guling. Dalam hati kata "patot la Fasha gitu..".

Ada ke wartawan tanya "Apakah pandangan Mama (panggilan untuk mak Fasha) tentang imej Fasha berbikini?". Baca ni jawapan mak dia "Kalau di sana (Bali) tak kisahlah tetapi jika di Malaysia memang tak bagi pakai. Kami sekeluarga pernah bercuti di Phuket, sebelum ini dan Fasha pakai pakaian yang sama tetapi tidak masuk surat khabar sebab kami tidak memuat naik gambar tersebut."

Nak nangis ke gelak? Gelak lah kejap..hahahahaahaa. Ok dah. Sekarang ni, kesimpulannya dia tak kisah anak dia berbikini lah ye, yang dia marah apesal kawan dia upload gamba2 tu kat facebook. Ingatkan dia nak mintak maaf ke bagi pihak anak dia. Rupa-rupanya tak bagi Fasha kawan dengan budak tu sebab upload gambo dlm facebook. Sukati makcik lah, cuma sedih je baca statement kurang bijak makcik. Sian Fasha, muka cantik.. tapi... tu lah.. emm takmo cakap lelebih tak baik kan. Semoga satu hari dia berubah, kita doakan.

3 comments:

Erin-mummy Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

hahahahahhahahahah :D naper makcik jwp mcm tu makcik oiiiii.....
adoiyaiiiiiiiiii.....

Deqna said...

kesimpulannya mak dan anak same dua kali 5.. boleh pulak kat mesia tak boleh tapi kalau kat luar negara boleh... huhu..

p/s: suka tgk header baru ko nie.. comel. baju dua beradik tu pun serupa.. ai loike..

mama-syira said...

Erin,
dok dediam je kat umah patotnye kan. hehe

Derna,
ntahnye salah tetap salah. tak paham aku.
p/s: thank you. nanti anak 2 pakaikan baju sama ye. best je perasaan tu. haha