Advert




29 July, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Tak sabar nak bangun sahur.

Tak sabar nak tengok lampu terang benderang kat umah orang tetiap malam Ramadhan.

Tak sabar nak rasa riuh orang pegi sembahyang jemaah/terawih lepas berbuka.


Tak sabar nak pegi bazar Ramadhan.

Tak sabar nak bukak posa tangan suap makanan, kaki kepung anak-anak.

Tak sabar nak sembahyang terawikh (kalo berkesempatan..huhu).

Selamat beribadah di bulan Ramadhan semua.








28 July, 2011

Breakfast pagi tadi

Roti bakar dengan telor goyang. Mabeles!



Air susu perisa jagung. Teringin masa baca blog Farihah haritu. Beli semalam 1 katon (ada 4 ketol kecik je) share dengan Syirah. Limited edition katanye. Sedap! Lagi2 duta sweet corn ni Faizal Tahir. Eh.


Saje update gambo makanan minuman sempena hari-hari terakhir sebelum puasa. Pasni puasa kalo bukak entry yang ni mesti meleleh air liur atau air mata.




26 July, 2011

Irfan bila 1 tahun 1 bulan ++

Berdiri tu dah pro, sekarang dah nak berlari. Kalo jalan laju semacam tak reti brek. Hari-hari keje tawaf hall sampai dapo. Kita yang tengok pulak penat. Ni gamba masa tolong Papa cat umah, tolong mengacau je.






Dah pandai baca buku. Hahaha tipu lah dah pandai baca kan, baca cara dia lah "atatatatataatee" gitu bahasa dia. Yang dia dah tau sekarang kalo kita cakap fish, tiger, cat..dia tunjuk lah gamba tu. Yang dia dah pandai sebut 'mama, papa, opah, tat (cat), jed (lizard). Suka tengok lori, bas, kenderaan besar. Paaaaaaaaaling suka ialah makanan.






Amacam macho tak? Pandai bergaya jugak. Poyo sangat dik muka camni. Spek tu Papa dia belikan memang dapat casing siap. Hahaha kelaka.



Berangan pegi sekolah tadika.



Ada bantal busuk. Eii tak malu. Takleh nampak mama nak berkepit je. Sampai mama nak sidai kain pun boleh duduk atas kaki mama.



25 July, 2011

Breastfeed babies will breastfeed

Baru baca pasal Breastfeed babies will breastfeed @ Sarakids.com last week.

Tiba-tiba dalam kereta on the way balik kampung semalam:


"Mama, anak doktor nak tido ni, doktor nak nenenkan dia" (dia bahasakan diri dia 'saya' atau 'doktor' sekarang). Opah panggil dia Doktor Maira.


Cepat2 Mama snap gambo.



Takde pun citer kat dia, tapi biasalah budak perempuan suka imitate percakapan dan perbuatan orang sekeliling.


Walaupun Syirah sempat menyusu Mama tak sampai 6 bulan, now i understand - breastfeed babies will breastfeed :)


21 July, 2011

Resipi baby umur 6 bulan ke atas

Salam puan-puan dan tuan-tuan,



Hari ni saya nak share beberapa resipi yang selalu saya masak untuk anak saya. Resipi paling simple dan memerlukan masa singkat untuk masak. Ye lah kena bangun kul 5 pagi untuk masak sementelah nak tunggu menjadi bubur mau makan masa 1 jam lebih. Orang kata boleh masak dari malam guna slow cooker tapi aku tak gemor pulak cara tu takut anak aku nak makan petang kang basi.



Ok lah takyah bebel panjang, ni lah beberapa resipi yang saya nak share:




Bubur Nasi beserta Ayam dan sayuran


Beras 2 genggam (untuk makan 2 kali, kalo anak makan banyak boh la banyak)

Ayam dipotong kecik-kecik

Bawang putih & halia (sikit je) ditumbuk halus

Sayur (tukar-tukar lah, harini carrot, esok brokoli, lusa, kentang, kobis bunga dan lain-lain)
Daun sup




Cara:


Humbankan semua bahan-bahan di atas

Masukkan sikit garam (terpulang kalo korang rasa tanak takpe, tapi sebab anak aku dah setahun aku masukkan sikit sian tak rasa apa nasiknye kalo tak boh garam).

Rebus sampai menjadi bubur

Tabur daun sup sikit bagi sedap bau dan rasa




Bubur Nasi dengan Bebola Pelbagai Jenis


Beras

Bawang kecik, bawang putih

Bebola ikan/ayam

Sayur-sayuran




Cara:


Rebus beras

Sementara tu kat periuk lain - tumis bawang kecik & bawang putih sampai naik bau

Masukkan air untuk kuah, garam secubit

Masukkan bebola dan sayur-sayuran pilihan anda

Bila beras dah jadi bubur, campurkan dengan sup bebola sayur dan gaulkan sekali semua

p/s: Aku buat camni sebab senang bagi kat babysitter takyah asing-asing nasik ngan lauk tapi kalo kat umah biar asing pun takpe, nak makan baru campur kan.



Bubur Nasik dengan Labu


Beras

Bawang kecik dan bawang putih
Labu dipotong dadu
Udang dipotong kecik2


Cara:


Rebus beras

Untuk labu - Tumis bawang kecik & bawang putih

Masukkan udang

Masuk air & garam sikit

Masukkan labu masak sampai empuk

Buat cam tadi, masukkan lauk labu sekali dengan bubur dan kacau




Bubur Nasik dengan Ikan Salmon bakar


Beras

Ikan salmon

Butter



Cara:


Rebus beras tapi takyah sampai kering bagi ada kuah-kuah sikit sebab nak makan dengan ikan tu takut kering sangat

Ikan salmon bakar dengan butter atas frying pan




Bubur Nasik dengan Sup Ketam


Ni mesti korang tau kan? Rebus beras. Ketam buat sup cam biasa. Ipan suka makan ni tapi aku tak pandai kopek ketam. Tunggu Papa balik baru masak lauk ni sebab Papa yang tukang kopek ketam, aci tak?




Bubur Nasik dengan Ikan Tenggiri Masak Kicap


Ni pun favourite Ipan, tapi selalunya aku masak lauk camni on weekend. Sebab? Malas nak susahkan babysitter nak kena kopek ikan sikit-sikit. Lagipun aku takut babysitter tak perasan ada tulang (sacrastic).




Cara:


Masak nasik sehingga menjadi bubur

Ikan tengiri masak la kicap, takyah ajar korang mesti tau. Campur dengan carrot/kentang. Sure menjilat jari bukan anak je makan, dengan mak nya makan sekali. Thehthtethee...




Bubur Nasi dengan Sup Ikan Merah


Beras

Ikan merah diasingkan tulangnya siap-siap

Bawang putih & halia

Daun sup




Cara:


Rebus beras

Masukkan bawang putih & halia yang dah ditumbuk halus

Bila beras dah kembang, masukkan ikan merah yang dah dibuang tulang tadi

Sikit garam

Masukkan daun sup

Bubur Nasi dengan Serbuk Ikan Bilis


Korang goreng ikan bilis tanpa minyak pastu blend jadi halus
Pastu rebus beras dengan sayur
Taburkan serbuk ikan bilis





Apa kata korang share resipi yang korang penah masak untuk anak-anak korang. Tak kira lah belum ada anak atau dah beranak 10 tahun lepas tapi korang ada resipi yang best-best, sudi lah kiranya untuk share di ruangan komen. Sebab aku dah kebuntuan idea ni tak tau nak masak ape dah kadang tu takut anak boring.


Oklah naked chef nak berundur dulu. Tengs.


20 July, 2011

Bilik air umah saya

Ni lah dia bilik air kat rumah kami. Cantik tak?







Best kan boleh basuh tangan ramai-ramai. Cebok berak anak pun best tu.




Korang percaya ke? hahahhaha ingat bilik air rumah aku besor sangat nak buat camtu? Verangan je laaaaahh..



Tapi tu gamba sebenar yang diambil oleh saya masa event kat ofis last week. Yang teruja tu sebab buat kat ofis baru nama dia Sasana Kijang. Jakun la sikit tengok ofis canggih. Tapi nanti tak dok sini pun, ni untuk department-department lain.




Di hari kejadian makanan super duper banyak tetapi aku hanya lah memakan seperti di bawah sahaja. Ohh no no bukan diet tapi takde selera (konon). Ntah nape kenyang pulak hari tu.



Tub tim krob ni paling aku tak sabar nak makan. Thailand's dessert ni my fav! Tetapi alangkah kuciwa nya aku bila rasa dia tak sedap langsung. Huhuhu.. yang sebelah dalam bekas kecik tu badak berendam ha yang tu sedap. nyum nyum



Bilik persidangan pun nice macam ballroom hotel. Cuba cari big bos di mana? Tengah amik makanan.




Aku nak balik awal haritu, so sementara orang sibuk makan aku pi surau siap-siap semayang Asar sebelum balik. Sempat amik gambo surau dia. Camni lah rupanya.






Ok tu je nak citer pasal ofis baru ngan makan-makan.


18 July, 2011

Luku, lambutan, lulian

Musim buah sudah tibaaaaaaa.....yahoooooooooooo


Nenek ngan Wan kat Kedah hari2 dok call suruh balik kampung banyak buah nak bagi cucu2 makan. "nanti Raya Iyah balik la". Pandai Syirah bagi jawapan :P


Dok berzikir kat Papa mintak tolong bawakkan buah2an itew balik Klang sementalah menantu dan cucu-cucu tak dapat balik kampung. Pesanan khas, buah durian kena bawak LEBIH!!


Tadaaaaaaa....




Seguni durian! Wallaaawei... korang jangan abiskan! ni Kak Dina punya! (warning pada adik beradik yang lain).



Pastu Papa pun berkata "nak bawak balik durian punya pasal, pening Papa drive dalam keta. Nasib baik dah siap2 boh daun pandan tak la bau sangat".


Terima kasih Papa, jasamu dikenang.

15 July, 2011

Reminder

Aku ada iQuran dalam tepon. Mintak tolong abang aku download haritu. Selalu open pun untuk dengar yasin waktu Maghrib masa tidokan bebudak, mengaji sendiri ntah bile..aduyaii...


Tetiba hari Jumaat lepas, dapat prompt camni kat screen tepon:



Tak tau plak siap ada reminder. Agak EAT INSIDE (makan dalam). Seharusnya kena start dari sekarang, by end Ramadhan harap boleh khatam. Baiklah (sambil tunduk).

13 July, 2011

Doa untuk anak-anak kita

Dari website: ohislam.com

Klik to view larger size. atau senang kira, save je kat pc n print.. boleh rujuk selalu.




Personal Development

Amacam? Poyo tak gambo tengah beria-ia tulis ni? Aku memang selalu jadik tukang tulis kalo gi course. Tau lah tulisan aku lawa hahahaha. Kena ah nak mencukupkan kuota pegi training tahun ni, pegi je lah kan at least dapat gak release keje ofis.




Course yang aku pegi ni, speaker dia ialah Puan Serene antaranya dia cakap pasal KSA (Knowledge, Skills, Attitudes) yang perlu kita gunakan sebaik mungkin untuk berjaya. Dia juga ada explain tentang How to manage difficult personalities and manage our personalities to manage others. Ha paham tak? Jangan ingat kita ni bagus sangat kan, rupanya orang lain anggap kita ni lain. So continuously kena tanya soalan dengan colleagues atau bos "apa yang diaorang nak kita improve?" sebab kita tak tau diri kita, hanya orang lain yang nampak kelebihan dan kekurangan kita. Course ni jugak ada bincang pasal CHANGE. Bersediakah kita untuk sesuatu perubahan? Atau kita tak mau berubah sebab kita dah ada 'comfort zone' sendiri. So kalau takmo berubah duduk lah di takuk tu je sampai bila-bila. Sebab untuk berubah bukannya mudah. Perlu bersedia dari segi mental especially.


Ada satu topik yang dibincangkan yang menarik perhatian aku ialah "Complement your Boss and raise his/her Career to Progress Yours". Korang agree? Aku kureng setuju di situ. Puan Serene ni kata, kalau bos kita yang salah, kita kena mengaku yang salah tu datangnya dari kita bukan dari bos. Tapi kalau nak 'hidup', cara ni memang cepat naik lah. Tapi aku ni jenis tak pandai bodek dan tak suka hipokrit.. aku tak suka, aku cakap je. Bos bagi keje buat, cukup masa balik.




Ok lah habis citer tu. Salah satu kriteria untuk pergi kursus, harus lah pilih yang makanan dia sedap! Muahaha.. teruknye lah perangai. Oh btw, course ni kat Legend Hotel and tempat makan ni of course lah Di Atas Brasserie. Alhamdulillah sedap tapi dulu lagi sedap, sekarang macam ok-ok je. Makanan spt dalam gamba yang aku amik untuk 2 hari, bukan untuk 1 hari. Nafsu masih terkawal.


Dalam banyak-banyak perkara, aku paling tertarik kat toilet hotel ni. Comelnyeeee macam kat dalam babyroom kan. Wallpaper tu aku suke. Ngan kayu-kayu coklat tu, cantik sangat.




Bilik tempat kami brainstorm ... ada tukang penunjuk arah (part time, cari duit lebih)... sila masuk.


Saat yang dinantikan telah tiba.... BALIK!! Cecepat amik certificate pastu calow..Tak sempat nak tukar-tukar contact number ngan participant lain (perlu ke?)



Ahli group ni je yang aku kenal. Hahahha. Yang duduk tu kawan baru, nama dia Hanim. Dia PA Cikgu Siti Hajar. Sape nak kawan ngan artis boley la contact dia ekeke..



08 July, 2011

Rebus botol

Basuh baju, lipat baju.. OK!

Basuh berak... OK!





Mandikan sampai basah kuyup... OK!



Masak.. OK!



Main dengan anak-anak....lagi OK!

Tidokan anak-anak...OK!

Anak memanjat, menangis... OK! boleh lagi.

Yang tak OK ialah....







*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




BASUH dan REBUS BOTOL SUSU!! Huhuhu...



Nak basuh seketol-ketol ngan puting2 semua tu kena lah korek2 sampai dalam kalo tak, tak bersih. Dah la aku takde strelizer, kena rebus cara tradisional.



Cara manual untuk mensterilkan botol susu:



Pertama didihkan air secukupnya dengan pastikan semua bahagian dari botol susu terendam. Bila air sudah mendidih, masukan botol-botol susu yang ingin disterilkan. Rebus selama 2-5 minit. Matikan api dan angkat semua botol.



Tetiap malam sebelum tido kena buat keje basuh ngan rebus botol-botol 2 rak camni! Basuh sambil nangis.. (tipu).







Macam girl?



Amik cekak Mama pakai sendiri kat kepala.


Papa marah ni dik, dia kata jangan biasa-biasakan. Masalahnya bukan Mama pakaikan, dia pakai sendiri.


Muka jambu, hati cute (kuat merajuk). Kalo tak dukung, dia meniarap atas lantai tekup muka nangis, mintak simpati. Ceh. Ape lah lu dik. Tapi bab memanjat, dia gak terer. Adoi kalo dah jantan tu jantan gak.

06 July, 2011

Birthday 2011 yang tak habis lagi.

Terasa diri disayangi ramai bila birthday diraikan berhari-hari, kalah anak sendiri. (Malu tapi mahu) Kali ni kengkawan baik iaitu wanita-wanita jelita telah membelanja diri ini di Kenny Rogers, Maju Junction, di hari Jumaat yang mulia lepas.


Sila fokus kek tulis ape. "Epi Besday FT". Muahahhaa... best best. Terasa macam FT yang bagi. Kan best kalo FT dok sebelah nyanyikan lagu happy besday to youu...





Dah tua-tua pun dapat tiup lilin. Syirah jangan jeles tau. Mama ada topi senget.



Buat-buat terperanjat baru lah nampak drama. Padahal aku yang patut terperanjat dapat kek, yang sebelah tu tak tau nape terkejut camtu. Mungkin pertama tengok kek yang comel gile camtu. Aku punya terperanjat macam nak lempang muka sendiri, mengadanye lah hai.





Co-organiser yang lain - Ayu & Erin sedang menjamu selera sambil plan lepas ni nak shopping!





4 ketol muffin untuk 4 sekawan. Suka sangat muffin vanilla, sedap nye.





Terima kasih kengkawan sebab sudi buat party ni sekaligus membuat saya bertambah gemuk dengan makanan yang banyak. Takpe, tu semua kan rezeki namanya. Tawon depan ada rezeki, buat lagi. Hehehhehehe...


Ya Allah memang gemok.


01 July, 2011

Syirah

Lama tak update pasal minah ni. Kang lupa pulak bila dah besar.






Syirah dah boleh gosok gigi, mandi sendiri.

Pandai dah baca ABC sampai Z. 123 sampai 20. Paling terharu, dia dah kenal huruf. Adoi terharu rasanya jadi mak. Emosional sket. Tak sia-sia mama bagi dia main games ABC kat iphone. Senang ingat kalo belajar melalui lagu, gamba. Bila tunjuk huruf-huruf kat sotkabar, alhamdulillah dia tahu semua. Tulis ngan baca je tak tau lagi. Pelan-pelan..

Warna pun dah tau red, green, blue, yellow, pepel. Masa tengah benti kat traffic light boleh gak ajar. "Kakak tu warna ape?" - "Red" dia jawab. Pastu dia dah tau jugak red kena stop, green jalan, yellow bersedia. Haritu aku nak cepat kan, aku langgar lampu kuning. Syirah marah "Mama, itu kan bersedia nape Mama jalan?" Ko nak jawab ape? Terkedu je lah.

Still tak suka makan. Macam-macam dah cuba susah gak. Selalu bila sampai umah je, mama cari nasik untuk dia nak suap dia, dapat 2 suap pun dah syukur. Nasib baik suka minum susu n makan vitamin.

Kalau tengok drama/iklan ada part sedih, dia akan nangis. Ada 1 iklan yang ada sorang mamat naik motor tersilap ragut mak dia sendiri tu, dia akan lari n tengok dari jauh. Sensitip rupanya.

Kalau sembahyang, time duduk antara 2 sujud tu, jari telunjuk dia akan naik dulu. Hahha.



Peminat setia Maharaja Lawak, sampai pengacara pun boleh tahu nama penuh – ”ni AC Mijal ni Mama”.

Syirah ni kalau cakap ayat dia macam Dora. Adik angkat Dora lah kata kan. Contoh: Mama, iyah tak nak nenen SUPAYA iyah tak sakit perut nanti. Opah tengah sapu sampah - Opah ni HEBAT lah pandai sapu. Ada jugak - Adik, jangan main kat situ MEMBAHAYA.

Selalu lepuk adik bila jeles. Kuat sangat jeles dengan adik. Selalu jugak lah kena pukul dengan mama kalau nakal sangat. Tapi tetap tak makan saman.

Budak perempuan yang keras hati. Contoh kalau dia nak tido, kita buatkan susu. Tapi dia tak nak tido lagi. Dia takkan minum susu tu. Sanggup tengok susu tu sampai 1 jam, padahal dia memang nak susu n nak tido. Kadang-kadang boleh tertido duduk! Banyak lagi bab-bab keras hati yang lain. Fuhh yang ni agak mencabar nak handle. Papa je boleh handle.





Sangat suka binatang. Tapi kalau serangga dia geli. Tahapahapantah.. yang besar tak takut, yang kecik pulak takut.

Suka air teh o panas. Lepas minum, berpeluh-peluh pastu cakap ”panas dalam perut Iyah ni”.

Suka tengok citer hantu sambil tutup muka. Minat betul citer hantu.



Selalu ikut pegi kedai, dah boleh suruh amik bawang, amik buah ke. Yang simple2. Saja bagi dia belajar kang besar senang suruh pegi kedai hehehe




Masih menjadi kawan baik Mama. Tapi sangat manja dengan Papa (anak pempuan selalunya lebih rapat dengan bapaknya kan). Mama doakan kakak jadi anak solehah, jangan buat adik, jangan dengki, jangan susahkan orang. Happy Besday kakak bulan 10 nanti, sabar tau.