Advert




28 September, 2011

Ke IKEA membeli barangan rumah (konon)

Cantik tak kabinet tv ni? Simple kan? Boleh letak buku/frame gamba. Takyah beli banyak2 kabinet lagi, satu ni cukup letak semua, tak semak. Harga dia RM1200.  Papa berkenan yang ni, tapi masa nak collect barang kat store tak jumpa-jumpa (sebab Mama lupe amik kod number, ye Mama yang salah. Saya mengaku *sambil tunduk lap air mata*).

Takde rezeki namanya. Save RM1200. Mahal ok. Suami saya  memang bab-bab duit tak berapa nak jimat. Tapi saya sayang dia. Tetiba. takut kena marah ayat kena cover balik.



Syirah nampak 'kitchen kabinet' size dia, mainan punya lah kan. Menggelupur nye lahai. Tapi takde dalam list untuk beli la kak. Lagipun dulu Papa penah beli tapi bukan IKEA punya, bilik kakak pun tak besar sangat nak letak macam-macam.


Sampai IKEA pukul 12 tengahari, cari barang tak sedar dah pukul 2pm. Anak dah lapar, siap cakap kuat "Mama, jom la makan Iyah lapa ni".  "Eh, kan pagi tadi dah breakfast nasik lemak?" Mama pun saje balas kuat-kuat.  Malu Mama kang orang ingat Mama tak bagi anak makan sebok shopping. Ipan dah tido dalam stroller.  Nasib baik dah susukan dia. Tapi sian adik tak dapat rasa meatball IKEA, tido pulak Mama baru nak suapkan. Haha macam Ipan tau ada meatball kat situ.


Ok, Ipan dah bangun! Tapaukan dia muffin je, sambil tunggu Papa cari barang kat gudang yang bapak besau ni, suapkan lah dia makan dan buli dia sikit.  Kakak pulak takes turn tido dalam stroller.


Ni pulak dah turun bawah, Papa tengah arrange lori hantar barang ke umah. Poyo sangat kan, ape lah barang dia beli tu sampai kena hantar pakai lori bagai.  Ala maleww nak bagitaewww..

Bagus kan IKEA ni memang baby/children-friendly.  Sementara parents arrange transport tu, dia ajak bebudak buat handycraft.  Pastu bila siap nanti, dia bagi kupon aiskrim. Aiskrim tu bleh amik kat cafe. 

Beria Syirah menampal. Balik umah bangga giler tunjuk ladybird yang dia buat tu kat seluruh ahli keluarga yang ada.  Nanti Mama gantung kat bilik kakak ye?

Eh Ipan mane? Ipan?


Ketepi...ketepi...

Dia tengah bawak keta daa... Nama pon lelaki, stereng jugak yang dia minat.


Anak-anak, jom balik. Papa punya bahu dah senget sebelah tu. Sian Papa, dah la kurus . Sebelum Papa jegilkan mata, baik kita balik. Baik bos!



27 September, 2011

Hari Raya di Office Mama

Sebenarnya mula-mula Syirah tak nak ikut. Dia kata nanti Iyah penat. Tapi Mama yang beria ajak. Ye lah dah keje sini lama tak penah bawak anak pegi open house company ni hah. Sementelah Syirah dah besar ni tingin nak bawak.

Tapi aku halfday petang so takde lah sampai petang kat opis tu.  Open house start ul 12pm, pagi tu Mama kena keje dulu nak ye...

Sib baik dia ni diam. Tengok katun kat ipad pastu bagi lah dia kertas tulis-tulis.


Dah tengahari tukar kan baju kurung baru nampak gadis melayu, dan kami pun gi lah makan-makan kat bawah.  Perghhh makanan banyak sangat dan sedap-sedap. Rambang mata tetapi terpaksa mengawal napsu. 



Dengan kawan-kawan department Mama. 


Dah nak balik tu, sempat berjumpa dengan mummy-ibu lain.  Syirah hari tu happy lah pulak tersangatnya. Asal amik gamba nak nganga. Pesal ntah.  Qareena - anak Ayu moody sebab nak main game kat opis Mummy dia. Hehehe..


Baru masuk ofis hari ni. Jabatan Hal Ehwal Kanak-kanak.  Hehehheee.. Yana anak Puan Ramlah. Kemain ha dengan beg.  Dalam tren terus tertido, penat sungguh kan Yana.


Ibu Erin & Sara, Mummy Ila & Yana, Mama Farah & Syirah, Mummy Ayu & Qaina.  Akhirnya bertemu anak-anak kita.  Gamba macam cover majalah Mingguan Wanita. Comel sangat.




23 September, 2011

Trend berbasikal

Kan sedang hangat trend berbasikal sekarang. Suami ahkak pun sama u ols. 

Tetiba kuar dari keta basikal dia.  "Eh bila beli ni?" ahkak bertanya. Dia menjawab "lamaaa dah, kan dulu ada cakap".  "Eh ada ke? tak penah citer pun." Memang tak penah citer, sah tak bagitau ahkak. Huh.

Biasa la lelaki kalo beli barang-barang dia sesenyap je.  Pastu tup tup dia gi kedai basikal beli topi lah, glove lah, kasut lah, tshirt ngan suar naik beskal pun?  "Kena ke Pa kalo naik basikal pakai suar baju khas? Pakai je la t-shirt ngan track suit yang ade tu".   Ye lah bukan nak gi Sukan Sea ye tak?

Kita bebel dia tak layan kan.

Takpe takpe..beli la tak kisah. Hobi baru ni pun ahkak tak kisah. Janji nafkah keluarge jangan dilupeeee tau abangku terchenta. Tetiba.
Ni nak kuar naik beskal memalam kata nak round jap.  "Takmo amik gamba Papa ke? Masuk dlm blog?" Wah wah.. pandai suami ahkak sekarang. Kelass..

Amacam emsem tak suami ahkak?  Ahkak mesti la kata emsem dan comel. *jangan dengki*. Pengganti M.Kumaresan nih..jangan memain!



22 September, 2011

Berdialog dengan Syirah

Macam tajuk buku "Bercakap dengan Jin". Hahaha.

Biasalah kan aku kalo berborak dengan Syirah tu bukan macam mak-anak tapi macam kawan-kawan. 

Dialog 1
Syirah  :  Mama..mama... tu gamba Mama dengan Papa kawen ye (sambil tunjuk frame gamba yg tergantung kat dinding)
Mama  :  Iye. Masa tu kakak kat mana ye? (saje nak test)
Syirah  :  Iyah dalam pewot Mama la... Iyah kecik lagi. Penat Iyah dok dalam tu ikut Mama..
Mama  :  Ikut Mama pegi mana?
Syirah  :  Pegi Mama kawen tu lah, panas tengahari tu. (Aku rasa dia maksudkan kalo pegi kenduri kawen kan panas-panas)
Mama  :  Oooo ye ke..sian Iyah.  Best ke dok dalam perut Mama?
Syirah  :  Best. Iyah dok ngan adik dalam tu. Iyah jaga adik. Iyah tido ngan adik. Iyah katil atas, adik katil bawah.
Mama  :  Hah? Dalam perut Mama ada katil ke?
Syirah  :  Ade.

Hahahahhahaha


Dialog 2
(masa tu dia demam)
Mama  : Kakak, meh Mama tampalkan dahi dengan cool fever ni jap.
Syirah  : Uuuu sejuknyeeee

(5 minit kemudian)
Mama  : Eh, mana tadi yang Mama tampal kat dahi tu, dah ilang?
Syirah  : Tu, Iyah tampal kat Tiger (kucing Ucu dia)

Mama  : Hah? Mama beli tu mahal tau kak, kakak pakai kejap je pastu tampal kat kucing? Mama bagi kakak sebab kakak demam
Syirah  : Sian Tiger tu dia sakit jantung, Iyah tampal la kat dia
Mama  : Huwaaa tau pulak tu jantung kucing kat dada? (dia tampal cool fever kat dada kucing)


Dialog 3
(kat pasaraya Speedmart)
Syirah  :  Mama..belikan lah Iyah sesuatu. Iyah lapar ni, Iyah nak masak. Belikan lah mainan masak tu
Mama  : Kalo lapar amik la cococrunch ke roti ke. Mainan kan dah banyak kat umah...
Syirah  : Satuuuu je Mama...

Mama  : (tengok harga sib baik RM7.30 je) Ok la main ngan adik tau sama-sama

(dalam kereta)
Syirah  : Mama bukak la sekarang mainan ni, Iyah dah lapar nak masak skrg
Mama  : Kat umah boleh tak kak? Nanti sepah dalam keta Mama nak kutip satu-satu bawak turun pulak
Syirah  : Nanti Iyah bawak la
Mama  : Ok kita tengok nanti (sambil bukak mainan kecik2 tu dari dalam plastik) Ha main ni.

(sampai umah)
Mama  : Ok dah sampai, bawak satu-satu mainan tu kata tadi kan

Syirah  :  Takkan Iyah nak bawak semua? Ini tak adil!
Mama  : Adil tak adil..bawak ler sendiri (sambil pegi)

Mana la dapat perkataan 'ini tak adil'?  Adoi la.

Kakak kesayangan Papa ni peminat no. 1 buah betik.





20 September, 2011

Plan B, Bangsar Village

Jumaat 2 minggu lepas, nak lari dari makanan berunsurkan Raya. Sekaligus nak meraikan birthday kawan lama - kakak office tapi dia dah different department.

Sebelum tu browse kat internet tempat makan yang belum pernah terjah n cari makanan yang light-light saje. No nasik.  Masing-masing perut Raya ni penuh dah dengan makanan.

Setelah dipersetujui bersama, kami berempat ke Plan B, Bangsar Village. Aku lah yang suggest setelah baca kat blog Rebecca Saw

Jangan terkejut, kat setiap meja ada botol ni. Bukan nak bagi korang minum racun tau. Ni plain water :) So air takyah order dah ada air kosong free dan refillable. Save bajet untuk air. Ekekekkee..



Semua pun order spegeti, burger.  Saya order sandwich.  Harga mahal jugak la RM19 tapi portion besar so lenkali kalo order boleh share dengan kawan. Tapi kalo kawan ko jenis makan banyak, jangan la ajak dia share nanti tak cukup plak dia nak makan..terkulat-kulat.. hahaha.  Rasa? Ok lah boleh makan.


Yang ni sedap.  The Macadamia Caramel Cheese Cake harga RM13.  Beli untuk birthday girl tapi kami bedal sekali.  Recommended kek ni...sedapppp!

Kot-kot ada yang nak terai pegi, pegi lah ye. Ok tu je nak citer. Babai.



15 September, 2011

Reunion SMK Baling '97


Raya kedua di Baling, Papa ajak pi majlis perjumpaan semula kawan-kawan sekolah dia. Majlis reunion cum jamuan Hari Raya.  Mama ok je. Bak kata Papa yang perli Ipan masa dalam keta "Ipan ipan..suka betul kalau berjalan, masuk keta je happy..ikut perangai sape lah ni" sambil mengerling ke arah Mama.  Ada Mama kesah? Muahahaha...

Reunion berlangsung di Hotel Baling Inn, dekat je dengan rumah nenek.  Naik kereta dalam 5 minit je. 


Kakak pun happy dapat jalan. Biasalah anak-anak ku semua suka berjalan kan kan kan? Buat jamuan outdoor so suka lah budak-budak dapat lari kat taman.



Gamba kami sekeluarga, amik dari FB kawan Papa.  Pinjam ye.


Alhamdulillah macam-macam makanan ada. Kalau nak tau, kat utara ni kalau Hari Raya..makanan yang wajib macam laksa, mee sup.  Kalau rendang, nasik himpit tu memang payah nak jumpa.

Bagi peluang Papa berborak dengan kawan-kawan lama dia. Lagipun, Papa sponsor PA system untuk majlis ni. So dia incharge kat situ. Mama kena la bawak bebudak ni gi round kat kawasan sekitar. 

Adik excited nye nampak kucing. 


Papa dan antara kawan-kawannya.  Ramai lagi tapi Mama terlepas nak amik gamba yang ramai-ramai.


Dah makan kenyang, dah puas main, dah penat.  Jom balik! Kata makcik ni sambil menyingsing beg tangan.  Jom jom...muka masing-masing dah berlemoih (kata orang Kedah) hehehe..



12 September, 2011

Irfan - 1 tahun 3 bulan

Hari ni, 12 September genap lah Muhammad Nor Irfan menginjak ke usia 1 tahun 3 bulan.  Sekejap je masa berlalu.  Nape cepat benor adik besar? Tak puas lagi Mama nak cium bau baby, sekarang dah bau acemmm tapi masih sedap digomol. Adik tak macam kakak. Kakak tak suka kena gomol. Adik lagi dia sua muka ngan badan soh gomol. Lain macam anak nombor dua ni kan? Yelah, Syirah nama pun kakak, anak sulung.

Irfan kan dah pandai jalan masa umo 1 tahun 1 bulan, sekarang of course dah berlari, terkangkang kangkang berlari. Tapi kalo nampak Mama, otomatik tak pandai jalan dah. Nak melekat je berdukung bergayut kat kaki Mama. Adui la memang payah nak wat keje.


Sekarang pulak dalam fasa nak bercakap. Membebel je mulut dia. Tengah kemaruk mengikut orang cakap.  Haritu dengar dia cakap "ba ba ba" berulang-ulang kali. Tapi ada intonasi. Pastu bila dengar balik muzik "ba ba ba" dia tu..rupanya dia cakap "boboboi". Hehe kan ada irama dia.. gitu lah dia cakap. Mesti dia tengok citer tu kat umah babysitter.  Kalo tengok Upin Ipin pun suka.

Pantang dengar muzik, mesti nak joget. Ringtone tepon Opah pun nak joget beria. 

Paling suka lori ngan bas. Kalo dalam keta nampak lori/bas, menggigil-gigil pastu jerit-jerit akibat terlampau excited. Hahaha...

Ni Papa belikan sofa untuk adik.  Dengan harapan akan duduk diam, tetapi ketahuilah sofa tu jadi tempat memanjat dia. Duduk kat atas bukan kat bawah. Grrrrrr...


Dah paham cakap orang, cakap lah ape pun or bagi arahan.. dia paham. Contoh "dik, tangan kotor tu gi dapo basuh tangan kat Mama". Nanti menonong lah dia pegi dapo sua tangan suruh basuh.

Dia kalo kita bukak baju nak mandi, baju tu bagi lah kat dia. Nanti dia masukkan dalam bakul baju kotor. Cuba kalo ko tak bagi baju tu, nanti dia ngamuk guling-guling. Dia nak buat sendiri.

Dik, mama nak ajar adik buat keje2 rumah dari kecik la Mama rasa dik. Jangan ingat pempuan je kena buat keje umah.  Kang besar leh jadi suami mithali takyah kena suruh pandai je tolong bini. Tapi bukan kena queen control. Bukan ape dik, susah nak jumpe lelaki ringan tulang tolong bini ni. Eh... ni tazkirah kat sape ni? Muahahhahaha...

Ni kat kampung, Wan belikan eskrem. Sakan dua beradik makan.  Mama tengok dari jauh dengan hati yang grrrrrrrrrrrrrrr....



Takpe bagi peluang..
Irfan dah besar, Mama cayang adik. 

09 September, 2011

Citer Raya kami..

Mula-mula kita bagi gamba besar dulu. Ni je lah gamba raya kami sefamily yang ada. Lain semua gamba tak cukup korum, tak semenggah.

Amacam ok tak layout baru blog ni? Bagi gamba besar-besar baru nampak lubang hidong. Hahaha..


Pagi raya, siapkan anak-anak pun dah penat. Mak mentua masak ketupat palas (yang 3 segi tu), rendang daging. Makan dulu baru mandi, aci tak? Sebab takut comot. Irfan susah nak duduk diam, Kakak paksa diam untuk amik gamba. Dia pandang muka kakak macam nak gaduh. "Lu pehal?". Gitu lah gamaknya.

Sesi bermaafan dengan suami.  Syirah tukang capture gamba ni. Pandai anak Mama, boleh diharap dah. Ingatkan lepas salam ni, dapat lah duit raya. Tapi takde...huahuahuahua..


Adik Irfan ni pantang siap pakai baju cantik, mula lah ingat nak pegi jalan je. Dah siap pegang kunci keta dia tekan lah alarm tu banyak kali.


Kita jalan kaki je lah dik... rumah sedara mara satu halaman je pun.  Umah tok long ngan tok ngah sebelah menyebelah je. Pegi umah kiri, makan mee sup, umah kanan, makan laksa. Kenyanggg alhamdulillah.

Beria ha kakak dengan handbang sangkut kat bahu. Handbag tu takleh tinggal kang dia ngamuk. Bukan pasal duit raya, pasal dalam tu ada lipstik ngan perfume.  Nanti dia kata baju dia busuk so kena sembur perfume.  Alah perfume budak yang disney princess tu.


Seronok jalan kat kampung, sejuk je banyak pokok.  Sempat main kejar-kejar.



Beraya kat umah Tok Ngah.


Beraya kat umah Tok Anjang, ni jauh sikit umahnya kena naik keta. Dapat petik buah rambutan sendiri. Dah mintak kebenaran belum ni? Main petik je..


Balik umah pastu terbongkang tido 3 beranak.  Mama nak join tido tapi malu. Ada sedara datang lagi, kang mak mentua kata apa pulak.  Sedapnyee tengok dorang tido. 


Ni kejadian raya ketiga, sekali kan je lah ye citer beraya.  Malas nak buat banyak-banyak entry. Sama je pun pegi beraya, takat nak tunjuk baju raya.  Hahaha keji tak ayat?

Pegi Kg Bakau Tua kat Penang tengok moyang budak2 ni.  Ni mak kepada bapa mertuaku.  Alhamdulillah masih sihat lagi cuma dah tak kuat. Dia duduk je kat katil ni.


Geram tengok budak ni, dah la comel mulut pun macam mak nenek. Pandai cakap. Umur baru 2 tahun lebih. Tapi size dia lagi besar dari Syirah.  Pangkat mak sedara Syirah ni. Sebab mak dia, adik bongsu kepada Wan si Syirah.  Eh macam korang nak tau? Hahahha takyah pening pikir lah.


Masukkan sekali gamba ni.. ni raya ke -6 aritu. Beraya ke Shah Alam umah sepupu.  Itu jelah satu-satunya umah kat area Lembah Klang yang dah pegi. Ye lah kan tahun ni beraya di perantauan.  Kalo ada masa, weekend ni boleh start pegi beraya area Lembah Klang umah sedara mara/kengkawan. 



Ha dah puas hatiku dapat habiskan entry ni.  Ada lagi citer raya tapi nanti lah bagi muak ni hilang dulu. Selamat beraya lagi...


08 September, 2011

Sebelum Raya

Hahah baru nak update. Dah nak masuk Zulkaedah dah oii.. eh tapi kan raya sebulan :P


Ok slowly lah citer. Ni citer sebelum raya dulu. Kami bertolak balik ke Kedah hari Sabtu selepas Zohor.  Bebudak ni sampai Rawang je dua-dua tido. Alhamdulillah. Senang keje Mama.

Macam ustaz hehe


Pastu adik pun bangun. Kakak tido lama.  Alhamdulillah perjalanan lancar tak jem.  Kami singgah berbuka kat Jusco Seberang Perai, siapkan tukar baju tido anak-anak dan teruskan perjalanan ke Baling. 



Ni kejadian petang raya. Nenek sibuk rebus ketupat pulut kat belakang. Mama pun buat-buat tolong la. Si kenit ni tengah tido tetiba datang dapo. Join sekaki. Belakang dapo nenek boleh nampak gunung Baling pastu ada orang bela lembu so nampak lembu dalam kandang.  Tu yang syok adik tu.




Tetiba lagi sorang join sekaki. Tu yang muka masing-masing masih selenga lagi. Hehe... Ok Mama nak tolong nenek potong daging pulak. Hahha poyo.

Citer Raya sambung pasni...