Advert




30 November, 2011

Wordless Wednesday

Apa yang penting? Kerjasama!




29 November, 2011

Sepanjang Jalan ke Segamat

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.  Anak-anak sepanjang jalan pun ok. Papa tak join sebab ada event so kami anak beranak tumpang keta Mak.

Hai emsem tak saye? Haha...kenit2 dah ada spek itam sendiri. Mama pun takde. Lupe nak amik gamba kakak dalam keta. Siannya.. patot la Syirah jeles dengan adik, asik-asik adik. Sorry kakak, sorry sangat. *tetiba nak rasa bersalah padahal Syirah pun tak tau gamba nak masuk blog*



Tangkak. 


Sudah tentu sinonim dengan kain-kain ela yang banyak. Tapi tak singgah pun sebab takde dalam agenda nak beli kain. 


Sampai kat area Jementah, langit sudah gelap.  Sekelip mata hujan pun turun dengan lebatnya.  Sejuukkk je. Cantik pulak gamba ni, padahal amik pakai iphong je. Macam kena edit.  Hahaha puji diri sendiri. Gamba2 semua amik pakai iphong, sekali lalu masa keta tengah jalan snap je. Camera besar orang lain yang incharge.



Woot woot ada air terjun! Harus terjah. Tapi.. bukan sekarang. Nanti.. hehehe..


Ok tu je nak citer dulu. Gamba-gamba lain lum upload. Bye.


25 November, 2011

Mengidam steambot

Mengidam nak makan steambot.. teringat-ingat je.

Ha .. ha ..tu nak speku lah tu. Kata aku pregnant kan? Macam aku tak tau. Hahhahaha. Bukan aku lah yang ngidam, Papa budak2 ni yang teringin nak makan steambot.  Itupun bukan sebab tempias aku pregnant k. Kan aku kata tunggu Syirah darjah dua baru boleh. Ye lah tu kan leh caya ke?  :P

Papa amik halfway kat stesen komuter Padang Jawa sebab dekat nak gi Jusco Bukit Raja.  Budak-budak 2 orang dah ada la dalam keta tu, dengan baju tido siap-siap.

Sebenarnya dah lama tak makan steambot mengenangkan nak pegi dengan budak-budak ni payah. Benda panas kan, dibuatnya tertumpah ke terbalik ke periuk tu. Nauzubillah. 

Ohh kami pegi Jusco Bukit Raja sebab situ ada Johnnys. Memang seperti yang kujangka. Adik ni tak reti lah duduk diam. Kakak memang senang bawak mana-mana dia atleast duduk setempat. Irfan duduk dalam baby chair pun dia memanjat, tetiba dah berdiri. Camne nak makan?

Irfan berlakon buat-buat tersepit tangan.. untuk menarik perhatian

Papa sebenarnya tengah marah dengan Mama tu, tengok lah muka tanak senyum. Serius je. Ada la benda yang Papa marahkan. Tapi belanja jugak steambot ngan belikan Mama baju baru :)  Papa, i love u very strong. heeeeeee



Irfan nampak makanan tak sabar, jerit-jerit "mamam mamam". Sabar ler sayang..macam lah tak makan seploh hari kan dik. Kakak pulak sibuk check sudu garfu mangkuk semua bersih tak. Kalau tak, tanak makan. Cerewetnye anak dara aku. Dia kalo pakai selipar pun amik masa 5 mini tau tak. Kena kesat kaki bersih-bersih pastu selipar tak boleh basah walaupun setitik air. Kena lap. Hadoiiiihhh.. penat tau tapi kena sabarrrr banyak-banyak dengan budak camni.


Fresh orange untuk Papa, vanilla milkshake untuk Mama. Dua je air. Anak-anak minum air kosong sebab masa ni masing-masing ada ciri-ciri nak kena selsema. So takleh minom ais.  Aku suke sangat vanilla milkshake kat Johnnys ni, sedap sangat pada aku. Ingat lagi masa pregnant Syirah, berapa kali aku pegi beli vanilla milkshake (tapau) kat Johnnys.  Craving. Eh?


Kakak peminat telor.  Rebuskan telor 2 bijik, dia makan sorang.


Alhamdulillah kenyang =)

24 November, 2011

Kafe Mee Jawa @ Solaris Dutamas

Solaris Dutamas tempat baru yang berhampiran jugak la dengan office ni kalau dah boring tak tau nak lunch kat mane.  Especially bila time masing-masing ada kereta kat tempat parking (i.e. tak payah pegi jauh nak kena amik keta).

Satu Jumaat yang permai, kami takde plan nak lunch kat mana tapi terus je menuju ke Solaris.  Macam-macam restoran ada kat situ, dari nasi campur ke western ke iranian, arabian..macam-macam lah.  So kami nampak Kafe Mee Jawa ni, apa kata kita try?

Interior kafe ni unik - sangkar burung bergantungan

Kami decided nak dok kat luar je, sambil tengok orang lalu lalang gossip

Cuaca hari tu panas betul. So i order air cincau. Mabeles sangat untuk menghilangkan dahaga.

Makanan yang kami order kat situ seperti dalam gamba.  Specialty dia memang lah mee jawa. Tapi ada jugak menu-menu lain kebanyakannya berunsurkan mee. 


Serius discussion selepas kenyang, masa lapa masing-masing diam.
Food-wise, ok sedap. Venue-wise, pun ok. Yang penting, ia bersih. Kafe Mee Jawa terletak di  Lot A1-G2-09, Solaris Dutamas.

Kalo dah kenyang/boring makan nasik, boleh pegi sini :) Kenyang jugak kalo makan semangkok sorang. Kahkahkahkah...


 

22 November, 2011

Sweet Talker?

Tiba-tiba kan, ada habuk kat bibir bawah Irfan. Dok la bersihkan hari-hari ingatkan habuk. Rupa-rupanya...................................

Taik lalat!



Betul-betul kat tengah bibir bawah.  Lelaki takkan banyak cakap kot? Tapi ciri-ciri tu dah ada. Umo baru 1 tahun 5 bulan tapi kalo bercakap tak berenti.  Bising betul mulut dia. Ko bayangkan dengan kakak yang cakap ala-ala mak nenek, tambah lagi dengan adik. Happening hoccay! Mama tak kisah, Mama okey je. Takut Papa lah pening. Selalu dengan Mama pun dia dah pening. =) Nasib lah kan.

Perkataan-perkataan yang dia dah pandai cakap banyak tapi yang selalu cakap, contohnya:
  • Nanak (taknak)
  • Susu
  • Wuit (duit) - perghh ni bahaya ni kecik2 dah tau duit
  • Kuar (keluar) - selalu nak ajak orang keluar umah pagi2 subuh celik mata papentah
  • Pinpin (upin ipin)
  • Boboboi (katun feberet) - dia suka time theme song mula2 nak start tu je. Boleh pulak tau bila perkataan BoboBoi tu akan kuar.. nanti dia tunggu je part yg tu... pastu "boboboi"..hahahhaa
  • Kalo nampak org tua "tok", "nek" (tau pulak beza lelaki pempuan)
  • Kalo pegi umah orang, menonong masuk salam takyah suruh. Pastu siap cakap "cik" hahahhaa.. alahai agak2 leh jadik menantu pilihan? Muahahaa
  • Bas (kalo nampak bas dan lori. lori pun dia panggil bas)
  • Tit (sakit) - biasalah budak manja, silap sikit sakit pastu dengan muka-muka mintak simpati
  • Dah boleh panggil semua nama (opah, mak, anyah, acik, ucu, tatak)
  • Banyak lagi.... tapi imitate cakap orang lah selalunya
Kelaka pulak dak lelaki ada taik lalat kat bibir.  Jangan jadi sweet talker sudehhh...jadi anak soleh ye Irfan.


21 November, 2011

Annual Dinner with Faizal Tahir

Nak jugekkk kan Faizal Tahir tu.  Padahal company punya Annual Dinner, penyanyi jemputan FT.

Actually dari awal tahun 2011 ni dah set tak nak pegi annual dinner. Malas n boring pastu sian nak tinggal budak-budak.  Tetapi pada suatu pagi yang hening, kakak officemate yang juga committee untuk AD telah inform yang FT mungkin akan jadi guest artis. Mungkin je belum sure lagi that time. Setelah beberapa meeting dan telah dipersetujui, akak tu pun inform kat aku yang CONFIRM FT akan jadi guest artist. Sebab akak ni tau aku minat FT. Aku yang tergedik-gedik ni pun apa lagi terus tick YES kat attendance AD. Teruknye pangai.. *___*

Aku pilih untuk pegi yang 2nd night sebab tak nak ramai-ramai. Kot la kan kalo tak ramai tu ada la chance nak jumpe FT.  Lagipun Papa ada meeting hari Sabtu, dia balik after meeting dah lewat. Terus lah divert ke Ahad malam.  *peluang cerah*.

Lepas Maghrib kami sampai kat Sunway Convention Centre, tempat berlangsungnya dinner ini.  After registration, bla bla what not majlis dimulakan dengan ucapan big bos. Tak amik pun gamba big bos :P. Google lah banyak gamba beliau.

Mula-mula mesti lah kuar Emcee dia kan, iaitu Afdlin Shauki. Dia as usual memang kelaka. Tapi staff kat sini tak sporting sangat malam tu, dan malam pertama juge dengarnya lagi hambar. Macam tengok cerekarama citer sedih...senyap hening je. Adoi la. 2nd night way better kata Afdlin n FT.

Boboi ala tomey-tomey


Biru kami malam tu
 
With colleague - Noreen aka Neelofa muahahaa

Kemunculan yang dinanti-nantikan oleh ku. Faizal Tahir in the house y'all!  Masa FT kuar, aku mintak izin suami nak duduk depan stage. So start FT nyanyi dari mula sampai habis, aku n kawan-kawan yang sekepala berpicnic depan stage.  Sorry lah kalau ada yang tak minat FT kan, hak masing-masing.  Memang FT tak pandai communicate, hopefully dia akan improve in near future.


Hanyut in acoustic version. Great voice, agree? Sangat menyentap jiwa ahkak.. dapat tengok depan-depan camni.


Ha kau.. siap dok sebelah lagi. Masa ni FT nyanyi lagu Bryan Adams - Have you ever really loved a woman.  Macam tak caya lak aku berani naik. Tapi masa ni FT dok kat tangga stage so takde lah atas stage.  Lama jugak dok sini sebab camera hp tu member tak pandai tekan. Hahhaa.. lepas cakap 'thank you' kat FT, dia jawab 'thank you je?'. Abih...takkan nak salam cium tangan kot :P


Gemuruh by FT.


Tak puas hati lagi kan... gi terjah back stage. Elok dia tengah dok borak dengan manager dia kot. Amik la gamba lagi. Sambil tanya-tanya khabar sikit. Hahhaa... siap bye bye Faizal. Dia pun 'bye bye'.. ingat nak tanya anak-anak bini ape khabar tapi tak tertanya pulak. Maklum la nebes.  Anak dah 4 FT ni kan, caya lah.

Finally, my dreams came true. Puas hati dapat jumpa Faizal Tahir.  Kalau ada rezeki insyaAllah kita jumpa lagi eh Faizal? Wah macam kawan-kawan kau je.



Ok lah dah puas hati semua kan, jom kita kembali ke pangkal jalan. Anak-anak dah menanti di rumah tu. Tak amik gamba makanan pun, excited nak jumpa FT punya pasal.  Food memang sedap lah semua.

Time nak balik, amik gamba dulu k. Kengkawan lain semua dah balik.  Tinggal yang mana ada aje lah.

With Ila.. yang macam Yuna hehe

Yang duduk sama table. Yang sekepala pegi duduk bawah stage. Yang semua bini orang. Hehehe..

Overall, am happy! Weeeee


16 November, 2011

Tutorial Pakai Tudung Hana Tajima

Teringin jugak sesekali nak try. Tapi bukan untuk ke office sebab selalu tak sempat dengan anak-anak pagi-pagi tu. Kalau pegi kenduri, dinner or other event maybe boleh try. Tapi nape cam selebet? Kemas-kemas kan sikit lagi ok lah kot.

Anyway, for those yang nak try.. boleh tengok video ni. Happy viewing and semoga cantik selalu :)



Wordless Wednesday

Dah tak mimpi dah :)




15 November, 2011

Ibubapa Bijak, Anak Hebat

Last week ada event Minggu Bahasa di tempat ku mencari rezeki ni.  Banyak aktiviti yang dianjurkan, antaranya - Talk by Zaid Mohamad ni lah.  Zaid Mohamad merupakan seorang penceramah berkenaan parenting di bawah syarikat beliau sendiri. Ada 4 orang anak yang semuanya pandai-pandai tanpa tuisyen. Apa rahsia beliau? Tu yang nak dikongsikan. For more info boleh baca kat website beliau Smart Parents.


Talk ni telah berlangsung di bangunan baru Sasana Kijang.  Kami dok kat sini.. unik tak kusi?


Ok ok talk dah start, sila concentrate.  Talk berlangsung dalam suasana santai dan info yang dikongsikan sangat berguna.  Nanti aku share di akhir entry.


Encik Zaid Mohamed seorang bapa yang prihatin lah kan? Jarang kot ada bapak yang sibuk nak tau camne nak belajar parenting? Hahah kejam tak statement.  Semua bapa nak yang terbaik untuk anak-anak mereka kan tapi sampai ke tahap nak jadi parenting coach tu memang respect lah.  Dia treat anak-anak dia  macam kawan-kawan. Oh di hari kejadian, dia bawak sekali assistant dia iaitu wife dia sendiri. Best kan keja camni. Office hour pun flexible. Keje tak tentu hari-hari. Best best...


Tu berangan nak jadik parenting coach la tu. Hahhaa


Encik Zaid ada bagi 7 tips untuk jadi ibubapa bijak ni semua dalam slideshow dia.  Aku sempat lah salin kan.  Aku memang nak sharing kat sini tetapi malas nak taip. Kalau korang nak baca, sila lah klik for larger image.  Maafkan diriku yang tak sempat nak taip ni dan sorry tulisan buruk harap korang paham.  Dia ada buku jugak, so boleh la beli kat kedai buku berhampiran. 

Ok kengkawan, selamat menjadi ibubapa bijak dan hebat ye. InsyaAllah.




10 November, 2011

Takde mood

Maklumlah...perempuan. Tu yang tak berapa nak ada mood.

Pastu rindu sangat kat anak-anak.  Sekarang dah duduk umah sendiri, semua sendiri. Anak-anak pun sunyi lah takde orang nak layan dorang macam kat umah Opah dulu.  Sian anak-anak aku. Mama balik dah maghrib pastu nak settlekan keje umah. Tak sempat nak layan dorang, esok pagi-pagi dah kuar gi keje pulak. Bila masa nak dapat spend masa? Weekend je lah kot. Aduiii bersalahnya. Papa pulak jawoh. Apa pun, life must goes on. Demi anak-anak tersayang.

Adik tengah demam ni. Tu yang teringat sangat. Rindu kat anak-anak Mama.

Gamba anak-anak bersama gigi-gigi mereka :)







08 November, 2011

Sekinchan Ikan Bakar, Bandar Botanik

Kisahnya, Papa setiap kali lalu kat Sekinchan Ikan Bakar sebut "sedap ke makan sini, best ke makan sini". Finally singgah jugak akhirnya sebab mengidam lama kan.  Mama tak minat sangat ikan bakar ni. Tapi ikut je lah. 

Untuk rekod, Sekinchan Ikan Bakar cawangan Bandar Botanik terletak berhadapan dengan Jusco Bukit Tinggi. 


Masa sampai tak ramai orang lagi, so pilih ikan dengan aman.


Sambil tu, borak-borak dulu dengan ahli panel kita pada hari tu.
Borak pasal masa depan. Topik kakak nampak serius, manakala adik topik tak serius. Hahahaha..

Tuan dan Puan Pengerusi Majlis :P

Dah pesan kat Papa, jangan amik lauk banyak-banyak. Membazir nanti. So Papa amik sotong, ikan pari ngan ikan sebelah.  Memang la tekak ku tak minat sangat ikan bakar tapi bila rasa makanan kat sini, errkk. Ni pandai masak ke tak ni boleh bukak restoran? Bukan kata tak bersyukur tapi sambal dia pun rasa pahit. Emmm tak tau nak komen apa pendek kata, memang tak nak pegi lagi. Dah la mahal! Semua ni dengan nasik (3 orang makan), air 3 adalah RM93!! Perghhh...




Mamat ni jugak yang berselera, makan apa sekalipun! Good job Irfan! Hehehe..


04 November, 2011

Makaroni / Spageti Goreng

Kadang-kadang boring jugak budak-budak ni asyik makan nasik. Masakkan makaroni atau spegeti goreng. Senang je campak-campak, cuma nak rebus makaroni/spegeti tu yang amik masa.  Pagi tadi sempat masak spegeti goreng, yg makaroni haritu punya.

Resipi sama, tukau kan makaroni dengan spegeti je. Nak share resipi pun malu sebab cincai je. Tapi sebab aku kan caring so mari lah sharing :)

Makaroni/Spegeti Goreng (untuk 3-4 orang makan)

Bahan:Spegeti/Makaroni
Bawang kecik 3 ulas
Bawang putih seulas
Daging/ayam/udang/sotong
Sayur-sayur (carrot, brokoli, etc)
Sos tomato (utk anak2 sbb tak makan pedas)
Sos tiram

Cara-cara:
Rebus makaroni/spegeti - masukkan sikit garam dan minyak. garam untuk bagi rasa n minyak supaya mereka tak melekat antara satu sama lain
Kemudian,
Tumis bawang kecik dan bawang putih yg dah dimayang halus  - sampai naik bau
Masukkan daging/ayam/udang/sotong (kalau daging tu lebih baik rebus dulu dan air rebusan daging boleh amik untuk jadikan kuah so nanti makaroni/spegeti tu jadi basah2 sikit)
Bila agak-agak dah empuk masukkan sayur-sayuran pulak
Masukkan sos tiram dan sos tomato
Pastu masukkan air rebusan daging dan tutup sekejap bagi sayur-sayuran empuk
Masukkan makaroni/spegeti
Kacau rata sampai masak
Siap!

Bila dah masak sebelum pi keje pesan ngan Syirah "iyah jangan lupa makan tau, harini mama  masak sesuatu yang istimewa kalau Syirah makan mesti syirah jadi pandai" Hahhaa.. Dia pun nanti call la kata "mama, iyah dah makan banyak". Adoi senang hati Mama.

Kat ipan takyah pesan sure dia makan banyak. Hahahaha.





01 November, 2011

Pengalaman lepas bersalin seorang ibu

Kawan-kawan, pernah baca blog Aidid Mu'addib?  Dia sebenarnya seorang doktor rupanya. Ku baru tahu. Dia doktor yang sangat anti dengan MLM.  Bahasa dia pun agak kasar tapi kalau dia cakap tu betul, apa salahnya. Aku tertarik dengan satu entri beliau dalam blognya Aidid Mu'addib.

Cuba korang baca dan ape perasaan korang selepas baca? Orang yang sedang pregnant mungkin lepas baca akan rasa takut nak beranak, ada yang rasa seram ngilu. Ada yang rasa nak nangis. Ada yang rasa berdosa. Bagi aku, aku rasa insaf tentang pengorbanan mak aku. Sedih lepas baca =( 

So nak share entry dari Aidid Mu'addib seperti di bawah. Jom baca.
_________________________________________________________

Aku rasa masa korang kecik-kecit kemetot dulu, korang sure tak kan pernah terfikir benda ni. Al-kesah yang aku nak ceritakan ni la. Ah... masa kita kecik, apa yang kita tahu pun kan? Dah besar sikit, start masuk sekolah menengah, mula la sekor-sekor nak tunjuk belang. Emak-bapak pun ada yang dimusuhi kengkadang - dan permusuhan sebegini pulak ada bermusim-musim. Most teens knows that it's wrong, but they still do it anyway. You know... rebelling. Suka melawan emak-bapak, mengalahkan hero... walau pun sebenarnya perangai begini sememangnya haprak gilabab, macam cipan. Pehal cipan pulak? Seriously bang? Cipan? As in tenuk... tapir... Tapirus indicus? It's a figure of speech la bro.

Anyway, masa remaja aku sendiri ada meninggi suara pada emak atau ayah aku... that's why aku celoteh benda ni tadi. Sure, I admit it... kengkadang pernah ada rasa marah pada mak aku. I dunno about you people, but as a teen, I was a brat. "Parents just don't understand", begitu la kira-kiranya. Bila mak aku marah, aku mesti melenting balik, becos aku rasa tak fair. Abang dengan adik aku tak kena marah pun (semasa tu... tapi masa lain, dia orang kena jugak). Walau pun, yang sebenarnya buat salah memang aku pun. Budak remaja, mana ada nak mengaku salah? Budak remaja dah sememangnya cilanat. There I admit it.

 
Form 1, aku masuk sekolah asrama. Jauh dari kampung, anak pertama yang dapat sekolah asrama... Shoot! Anak orang kampong (sori... dalam daerah) yang pertama dapat masuk sekolah asrama yang satu tu. Sekolah paling berprestij seantero Malaya. 5 years there, some of the best times in my short life then... or even now. I still missed the good ol' days, to this very day. Anyway, kengkadang masa kat sekolah asrama tu, ada jugak aku sengaja lambat balik kampung. Saja nak melepak dgn kengkawan dulu. Enjoy-enjoy, buat perangai la, kacau awekz la, ntah apekejadahnya lagik la... sedangkan orang tua tu dah menunggu kat rumah, masak macam-macam untuk anaknya yang balik rumah 2 - 3 bulan sekali. Sekarang baru aku nak menyesal, tapi masa tu memang tak hengat dunia. Freedom... away from parents. Some of you may have the same experiance I guess. True or not?

Abis form 5, dapat result OK - Fiziks A1, Chem A1, Biologi A2, lain-lain subjek hancus... HAHAHA! Siyes! Dapat masuk U, buat degree engineering, majoring in motong gotah - no laaa, just joking. So, aku masuk universiti, tapi masih tak sedar diri jugak tu. Aku rasa aku sedar yang mak aku tu sentiasa rindukan anaknya, tapi aku sendiri tak ingat dan tak nak memikirkannya sangat... maklumlah dah besar, dan tak suka dipanggil anak mak. Biarlah adik aku yang selalu cium dia, aku nak cium dia... jauh sekali. Dah besar panjang la katakan... menyombong.

Kemudian, entah macam mana aku boleh lepas semua exam kat U, dengan cubaan beberapa kali pulak tu... akhirnya wujudlah seorang orang dewasa yang ada ijazah, dan aku ingat lagi masa pesta konvo, punyalah proud nya kedua-dua orang tua tu. Mengelenang air matanya... both of them. Lepas tu aku merantau ke Sarawak (walaupun aku tahu, emak aku lagi sedih sebab udah la belajar bertahun-tahun, dah abis belajar, terus berjauhan lagi.... tapi aku cakap kat dia, lebih baik pegi dulu, daripada dihantar kemudian hari). Semasa di Sarawak, jadilah aku seorang yang bekerja, bergaji dan boleh jugak bagi mak aku tu duit setiap bulan selepas tu.

Maka, di sinilah cerita sebenar yg aku nak ceritakan ini bermula.


Satu malam selepas midnight, seorang ibu ni yg telah berjam-jam menanggung kesakitan, kengkadang mendengus, kengkadang mengerang-ngerang, masuk labour ward, yang mana aku sambut kehadirannya dengan semangat kental dan mengantuk like crazy. Start kerja 8 pagi... and it went on and on and on... sampai la waktu midnight tu. Mana tak mengantuk. Aku periksa, baru 5 cm. Tahu apa maksud "5 cm"? Pintu rahim baru nak bukak, dan saiz bukaan serviks baru 5 cm diameter (max 10 cm - ready to deliver). Kasi cucuk bontotnya dengan enema 2 bijik, berkejaran la ibu tu pegi toilet, kasi semua berak dia keluar. Kalau tak, kok mandi bergelumang taik pulak anaknya yang akan keluar tu nanti.

Selepas 3 - 4 jam, akhirnya serviks pun dilate 10 cm (a bit fast actually) dan sudah sampailah masa utk bersalin... jadi nurse pun panggil aku utk conduct delivery utk ibu "primigravida" ni. Meaning, anak pertama dia. Dia takde experience, aku pun takde experience. Aku pakai gown hijau tu, dan bersiap-sedia dgn bantuan seorang nurse. Nasib baik nurse veteran. Aku suka kakak-kakak bidan/midwife yg dah 40-an, dia org lagi cekap daripada kami yg baru masuk service ni. By that time, dah 4 pagi, dan masih belum tidur sejak 20 jam sebelum tu.Jadi, pompuan tu pun dipersediakanlah utk "labour" - baring menelentang, aku kangkangkan kakinya, suruh dia pegang kedua tangannya ke bawah peha - assume the position. Malu ka? Korang ingat ada perasan malu ke waktu ni? Aku rasa aku yang lebih malu menghadap kangkang dia daripada dia mengangkang depan aku. Dia dalam kesakitan, pinggang bagai nak patah, vagina bagai nak koyak. OK, seluk tangan dalam vagina, kepala baby dah terasa betul-betul kat serviks, dah ready nak tersembul. Maka bermulalah proses mengeluarkan baby tu. Dengan jerit ibu tu, dengan suara kakak nurse (kak Mariah rasa aku rasa nama dia) yg nyaring tu, suara aku pun keluar gak. No choice... kalau nak buat keje ni, mesti boleh bersuara dan "coach" ibu tu buat benda yg sepatutnya. Walau pun tak sure, tak confident, tak experienced, kena perasan confident jugak. Kalau aku tak confident, ibu tu lagi tak confident nanti. Kalau tak buat begini, nahas lemas anaknya nanti.

Ditakdirkan, anaknya agak besar, dan dah tu lagi anak pertama pulak, memang seksa nak keluar. Push punya push, "crowning" (rambut baby dah nampak kat muka pintu vagina) pun berlaku dan aku pun ready nak "episiotomy" - iaitu kena potong daging dinding vagina yg dibawah sekali bila ianya menipis ditolak oleh kepala baby yg nak keluar (potong kena menyerong ke kanan, kalau salah ke bawah, abis nanti koyak ke anus, dah satu hal pulak pompuan tu nanti problem berak bolos kemudian hari). Aku kasi sikit bius, tapi belum sempat kasi habis, kepala baby macam dah nak tersembol. Terus ambik gunting epi, apa lagi potong aje terus. Bayangkan ibu yg tengah kesakitan dengan kepala bayi yg terpelohong kat tengah-tengah vagina tu, tiba-tiba ada mamat psycho baru pandai shave misai, potong dekat 2 inci daging kat teettt... jeritnya.


Phoosh! Muncul kepala baby, what an ugly creature. Korang tahu tak, most babies are born real ugly. Termasuk aku, termasuk korang tu semua. Bila dah besar dalam 3 hingga 6 bulan baru jadi cute. Lepas tu stay cute sampai dalam 5 - 6 tahun gitu, dan kemudiannya yang cun kekal cun, yang ugly akan menyerlah ke-ugly-an nya selepas tu. Lelaki ke, perempuan ke... sama jek. Hey, come on, I'm being truthful here. Ada sesetengah manusia tu cun, ada sesetengah yang lain (macam aku ni) ugly. Anyway, berbalik cerita ibu yang nak bersalin tadi - aku suruh ibu tu push push push... aku letak tangan kat kedua-dua belah kepala anak, dan tarik keluar dan ke atas. First time aku tengok orang tarik kepala baby, aku memang tak percaya itu caranya baby dikeluarkan. You know, you pull on the head as hard as it is permissible, dan baby itu akan tergantung sekejap macam orang kena hukum gantung. But, no worries, semasa kita lahir, tengkuk kita very strong. Lepas aku tarik tu, baby tu tergaing-gaing macam buaian, dan terus aku baringkan, dan pastu terus potong tali pusat. Air ketuban merata-rata, dengan taik ibu tu ada kena sikit. Korang ingat masa korang lahir, tak kena taik mak masing-masing ke masa lahir dulu? Ada terfikir tak? Bila tengok mak kau tu, cuba fikirkan perkara ni. Anyway, tali pusat dah dipotong, aku serahkan baby pada nurse, anaknya nampak ok... menangis kuat. So, settle satu perkara. Sekarang kena tarik keluar uri pulak. Jadi, tarik-tarik keluar, terselepuk seketul daging yg memang nampak "weird" dan macam kejadah, dan memang berbau hanyir. Itulah bau daging manusia, dan bau darah - mixed together. Segar dari ladang!


Bila uri dah keluar, suntikan "synto" diberi kat peha ibu (syntocinon/pitocin, synthetic oxytocin yang gunanya untuk mengecutkan rahim supaya perdarahan dapat dihentikan), aku pun urut-urut perut ibu yg keletihan tadi. Tapi lepas 1 - 2 minit, aku perasan banyaknya darah yg mengalir keluar. Aku ambik stool, duduk celah kangkang ibu tu, pasang lampu direct menyuluh vagina, aku tengok luka episiotomi tu takde la banyak sangat berdarah, tapi nampak darah sebenarnya keluar daripada dalam vagina. Kat atas lagik. Seluk punya seluk, tengok punya tengok, tu dia, dinding vaginanya koyak 2 - 3 tempat. 1 - 2 inci punya luka. Darah mengalir macam pili air. Kena jahit semua tu, and it was 4 am in the morning. Oh man! I was dead tired. Clamp dulu dgn artery forcep. Mungkin 4 atau 5 forcep kut aku pakai. Lepas berjaya cari bleeder, baru la darah tu stop. OK, break sekejap.


Aku rasa, semua org boleh bayangkan kesakitan ibu yg bersalin bila kita bayangkan baby tengah nak keluar. Tapi korang ada terfikir apa yg berlaku selepas tu pulak? Luka tu semua kena jahit. Dan jahit bukan sikit-sikit, mahu berpuluh kali jahitan tu. Dan bayangkan kesakitan ibu tu kena dengan jarum tu. Bagi bius/local anaesthesia pun macam tak jalan aje... tapi jahitkan jugak. Jadi menjahitlah aku agaknya lebih drpd setengah jam. Baby nak keluar tadi ambik masa 5 - 10 minit aje. Ibunya hanya pasrah, berserah diri pada ku. Lantak ko la dol apa ko nak buat. Dia dah tak kose - janji baby nya selamat. Lepas abis jahit luka kat dalam, kena jahit luka episiotomi pulak, luka yang aku potong secara sengaja tadi tu. Ingat, aku ni belum banyak pengalaman, tapi kena harungkan jugak. Jahitannya aku rasa boleh pakai aje, herut-merut... nobody cares. Dah pukul 4 pagi, mana ada specialist atau senior MO yang nak check, jadi kira selamatlah tak kena marah atau suruh buat balik. Dan bila abis, aku sempat cakap kat ibu tu, "saya dah jahit rapat-rapat kak, darah dah stop, nanti kalau dah abis pantang, dan suami kata nape barang baik tu rasa macam baru kahwin dan macam masih takde anak lagi, jangan lupa hantar poskad terima kasih". Kakak keletihan tu tak terkincit pun dgn joke palat aku. Ada nampak sengih sikit aje. And I hope you all get the joke.


OK, settle la satu perkara. Dan malam tu, in total, aku deliver 3 atau 4 orang ibu kat labour ward. Aku dapat tido pukul 6 pagi, tapi kena bangun pukul 7. Ada ward round... bloody ' e... never mind. Dan aku mungkin buat keje macam ni beberapa ratus kali selama 4 bulan posting kat labour ward.

Dan setakat ni, benda yg aku cerita ni adalah benda biasa yang diharungi oleh setiap ibu yg bersalin - nothing special.


Eh... betul ke tarak apa-apa special? Sekarang bayangkanlah setiap anak (korang la tu adik-adik oi!) yang membaca al-kisah ini - apa yg emak korang lalui utk memberanakkan setiap daripada korang, begitulah ceritanya macam kat atas tu. Tak kesah la kau tu sapa. Orang kaya, orang miskin, minah cun, balak perasan tak keruan, pengamal MLM tak sedar diri - itulah ceritanya lebih-kurang... malah ada yang lebih teruk lagi. Malah ada yang lebih malang lagik. Tapi, memandangkan ko tengah baca cerita ni, maknanya emak ko survive memberanakkan ko la kiranya kan? Cuba bayangkan muka emak kau tu semasa kepala kau tersembul keluar kat pintu vagina tu. Cuba ingat muka mak kau kat rumah saat ini - dan cuba bayangkan muka tu tengah dalam kesakitan. Cuba bayangkan dan dengarkan jerit-tangis ibu kau semasa kau keluar ke dunia ni. Bayangkan tahi emak kau yg kena kat rambut ikal yang ko sikat setiap pagi tu. Bayangkan kesakitan yg dia alami semasa daging dan kulitnya dijahit. Dijahit kat tempat paling sensitif utk orang perempuan. Bayangkan ibu kau yg tercungap-cungap semasa kau nak keluar, bila mana kau pertama kali merasa bernafaskan oksigen atmosfera. Bayangkan tangisan gembiranya ibu kau bila pertama kali dia memangku kau ke pelukannya utk disusui. Bayangkan rasa syukurnya ibu kau pertama kali dia cium pipi kau yg berbau hanyir air ketuban. Ingat ada ibu yang kesahkan bau air ketuban ke? Ibu kau tu tak perasan pun bau tu kat anaknya. Yakinlah bahawa pada setiap ibu dalam dunia ni, anaknya itulah benda yg paling berharga. Orang lelaki sapa pun tak akan dapat merasa pengalaman ini. Harga diri anak yang baru lahir tu lebih berharga lebih daripada emas... percayalah.


Jadi, pada sapa-sapa yang pernah menyombong pada ibu masing-masing, pada yang pernah meninggi suara pada ibu masing-masing, pada korang yang pernah cari alasan untuk menolak permintaan emak masing-masing... think about this please. Pada sapa-sapa yang dah lama tak call emak korang tu, tu ha masing-masing ada handphone mahal ribu-riban. At least, cuba telefon dan cakap - "mak, thank you". Kalau dia tanya kenapa... cakap, takde apa-apa, saja-saja nak cakap "thank you".


Pesan aku ni - sebab aku sendiri pernah buat salah yang sama - lepas ni jangan sesekali derhaka pada mak kau. Yes, that advice includes me. Meninggi suara pun jangan. Dan kalau dia nak sesuatu, cari jalan macamana sekali pun, kotakan cepat-cepat. Whatever she ask. Takde duit, carikan duitnya (tapi, jangan la duit menyamun, merompak atau duit MLM/SP - this is YOUR MOTHER, man! Fikir jangan pakai kepala lutut beb). Kalau bukan perkara yang memerlukan duit, carikan jugak apa saja yang dia nak, kasi dia happy. She deserved more than anything you can ever provide in this world right now... but try the best you can anyway. Takde satu benda dalam dunia ni yang antara kita semua boleh lakukan, yang akan sama dengan pengorbanan dan kesakitan yang ibu kita pernah alami semasa dia melahirkan kita ke dunia ini. After all, syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Is that a metaphor or is that for real?

 Anyway, my dear reader...



Why don't you pick up the phone and call your mother.


Yes, now.


P/S: I'm celebrating mother's day... any day I choose.


I just called her. She sounded chirpy...

Saya suka shopping di Sogo, tetapi...

Kelebihannya sebab dekat dengan office so boleh pergi everyday during lunch hour (provided ada duit lorr). Lagi satu kelebihan - sebab baju budak-budak memang banyak choice berbanding shopping complexes yang lain yang aku pernah pergi (Jusco, Parkson).

TETAPI, jangan main terjah je bila ada sales tu. Bandingkan harga dan logik akalnya.

Contoh macam ni:



Takkan la sepasang baju tido harga sampai RM69?  Memang la brand Fisher Price tapi ape ke hal mahal benor? Dia bagi diskaun 70% jatuh harga RM20.70.  Aku beli jugak ye baju ni puan-puan bukan sebab percaya ianya sales gile-gile dan brand dia tu tapi sebab berbaloi lah baju tido sepasang (baju dan seluar) harga RM20. Tapi harga sebelum sale tu agak tak munasabah kot ye nak menampakkan ko bagi sale sampai 70% diskaun kan?

So kalau rasa berbaloi harga untuk sepasang baju tido yang berjenama boleh lah beli. Ini lah rupa baju tido tu, sorang selai untuk Kakak dan Adik. Idok le kain sutera pun, cotton biasa je tapi selesa itu yang penting.