Advert




29 February, 2012

Sabah Trip: 5 - Pulau Manukan & Mamutik

Bersemangat anak-anak kami. Bangun awal, mandi. Sebab dah citer kat diaorang esok kita nak naik bot. Get ready for the beach!


Tapi sebelum tu kena breakfast dulu.  Memandangkan turun awal, still banyak tempat duduk kat cafe. So boleh pilih dok tepi swimming pool dan of course dekat dengan meja buffet. Hahaha. Opah tunggu kat meja je sebab makanan kami yang tukang amik.



Dah kenyang alhamdulillah.  Tunggu van datang pick-up kami around 8am. Van yang sama kami sewa masa kat Karambunai. Pakcik ni offer nak amik dan hantar kat Jesselton Point. 



@Jesselton Point - tempat menunggu bot. Bersebelahan je dengan Pasar Kraftangan KK. Bot ni pun pakcik tadi yang uruskan. Kami tak beli tiket per pax. Kalau per pax, tambang untuk ke pulau-pulau ni RM50 sorang. Tapi kena tunggu bila bot penuh baru boleh jalan. So kami decided amik je lah satu bot. Kami boleh buat cam bot sendiri. Suruh pemandu bot tunggu ikut kesesuaian.  Untuk sewa satu bot kami bayar RM300.  Kami dapat guna jugak life jacket dan google untuk snorkeling.  Kalau tak, kena sewa lain kat pulau.


Berdebar ni nak bawak anak-anak naik bot for the first time.  Kakak ok lagi jenis berani. Adik ni risau sikit sebab mat manja ni.  Cute je life jacket kecik untuk si kecik.




Finally dapat naik bot lagi. Mama teringin sangat nak naik van bot lagi since last naik masa honeymoon dulu. Hehehe suka lah naik bot laju camni. Best giler!  Angin kuat, air pun terpercik sampai terpejam-pejam mata kakak ngan adik.


Nasib baik adik ok. Kakak of course lah excited. Best tak kak? Bestttt! (sambil tunjuk thumbs up)



Yeay! dah sampai di Taman Tun Abdul Rahman.  Terbahagi kepada 3 pulau; Manukan, Mamutik dan Sapi.  Bot akan bawak kita ke 2 pulau, so kena pilihan antara 3 tersebut. Kami telah memilih Manukan dan Mamutik =)



Kat Manukan Island, aktiviti bersnorkeling dan bermandi-manda. Laut dia..Subhanallah sangat cantik dan jernih. Air warna hijau ok.  Nampak ikan-ikan warna-warni tak payah pakai google pun takpe.



Gamba aku takde kan? Maklom la bertugas sebagai photographer amatur, bagi chance dorang bersukaria. Hahaa.. benaunye malas nak mandi. Aku geli sikit air masin sebab nanti badan melekit. Mandi takat pinggang cicah cicah je jadik la.  Lagipun ada peristiwa pahit semasa kecik membuatkan aku trauma. Hehehehe.



Selepas sejam bermandi manda kat Manukan Island, bot pun dah tunggu kat jeti. Kami transfer ke Mamutik Island.  Actually sama je semua pulau. Cantik, kemudahan meja-meja semua ada. Tapi rasanya Manukan yang paling besar kot. Kalo salah tolong betulkan.

Welcome to Mamutik Island bebeh!



Masa ni cuaca dah agak panas. Tapi air laut tetap sejuuuuk. Suami saya ni kurus, so dia dah menggigil  tak nak mandi laut lagi.  Ada jugak aktiviti lain macam parasailing, banana boat, kayak, macam-macam lagi.  Papa nak try parasailing so dia ajak Mama. Kakak ngan adik aku pun nak buat jugak.  Aku pun teruja nak try ni. Kalau nak pegi, kena pegi sekali 4 orang sebab kena pegi dengan bot dulu kat tengah laut. Abis tu, anak-anak sape nak jaga? At least 1/2 jam jugak kena tinggalkan.  Opah takleh nak handle 2 orang sekaligus. So aku kata tak payah lah aku join, korang pegi je lah. Tapi Papa tak nak, dia nak pegi ngan isteri tercinta beliau jugak. Ah sudah. Tak dapek lah kan. Sian Papa terbantut hasrat nak parasailing. Lain kali kita try ye Pa? Suruh buat sorang tak nak.

Kakak ngan adik aku je lah yang parasailing. Syok depa. Boleh cakap kat orang yang jaga parasailing ni...entah ape pulak nak panggil nama dia. Either nak kat atas je, tengah-tengah atau nak rendam sampai pinggang atau nak rendam sampai kepala.


Setengah hari kat pulau, penat letih lapar semua ada. Orang lain takpelah kan lepaskan diri sendiri je. Aku ni nak menyiapkan anak-anak semua lagi..adui penat. Eh termerungut pulak. Tak baiknye.. ishh.

Muka masa balik selepas mandi dah suci murni. Irfan ngan kakak dah siap menyusu masa tunggu orang lain bersiap.  So dah tak risau lapar dah cuma lum makan nasik je semua orang lagi.  Kat darat baru nak carik makan sebab kat pulau restoran agak mahal.



Pastu Papa amik alih pegang Irfan.  Tak sampai seminit, diam je budak ni. Rupa-rupanya tido sudah. Mengantuk+penat mandi laut. Bot berombak pun dah tak heran.



28 February, 2012

Melawat Azhry Muzaffar

Kakak officemate kesayangan saya, Kak Qish telah selamat melahirkan baby boy beliau yang ketiga pada 12.2.12. Cantik kan tarikh tu? Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Kami memang rapat sejak mula kenal di ofis ni. Rumah pun dekat (tak la dekat tapi sepelaung - Klang) hehee..

Ahad lepas, seminggu lepas dia bersalin..tak sabar nak visit Mama dan baby baru. Ajak lah Puan Ramlah sekali. Sebab Ila pun kenal.  Aku bertiga beranak satu kereta, Ila bertiga beranak satu kereta (almaklum suami masing-masing keje) dan kami bertemu kat umah Ila. Aku guide jalan nak ke rumah Kak Qish sebab Ila tak sure jalan.

Syirah ngan Irfan dah biasa datang umah Kak Qish lagipun sebab anak-anak kami lebih kurang sebaya.  So dah buat cam umah sendiri. Gini lah gayanya...dah macam nursery. 



Introducing the new khalifah...... si comel Azhry Muzaffar.  Semoga kamu bakal menjadi anak soleh, sihat dan taat pada ibubapa. Mmmmuuuuahhh..


Ila tengah amik berkat untuk next baby...insyaAllah =)


Irfan first time jumpa Lea. Lea pun sama. Mereka ni sebaya tapi Irfan lahir bulan Jun, Lea pulak bulan October.  Malew-malew nampaknya adik.. hahaa..



Cute tak gamba ni? Aku rasa cute lah..hahaha. Masing-masing buat aksi spontaneous bila Mama nak snap gamba. Macam geng bas sekolah punya aksi lepas selesaikan masalah.



Irfan nak baby ke? Minat sangat nampaknya.. nanti lah dik tunggu kakak darjah 2 ok. Ekekekekke...




27 February, 2012

Sabah Trip: 4 - Magellan Sutera Harbour

Welcome to the Magellan Sutera Harbour!  Website Sutera Harbour, kalo nak tau info lanjut.

Hotel ni dekat dengan airport - 10 minit. Nak ke town pun dekat, SH ada provide shuttle bus jugak untuk ke town. Dulu masa aku pegi (6 tahun lepas) shuttle bus adalah FREE. Sekarang kena caj RM3 untuk seorang pegi balik. SH terbahagi kepada 2 - pacific & magellan. Pacific tu bangunan dia depan sikit, yang aku duduk ni Magellan belakang sikit. Bezanya, pacific tu building dia batu-wise, yang ni kayu-wise =) Alang-alang nak pegi, pegi lah yang kayu ala-ala resort sikit kan.


Mem besau tengah check-in (Papa kata).


Aku suka SH sebab reason yang sama macam dulu. Staff dia friendly dan helpful lebih dari Nexus. Lepas check-in terus dibawa kami untuk welcome drink kat cafe berhampiran.  Minum air asam boi yang masam-masam manis.

Yang 2 beranak ni dah nampak swimming pool mata dah bersinar-sinar macam Hagemaru.


Kat sini still dapat connecting room. Tetapiiiiiiii bilik kami special jugak. Romantika d amour... tak sampai 2 minit. Baru nak fefeling....bunga tu dah kena renyuk dek Ipan.  Sib baik sempat snap gamba.


Biasalah kalo dok hotel, semua tempat nak snap gamba padahal sama je pun.  Tapi yang mana perlu je lah malas nak amik gamba. Aku suka bathroom kat sini. Ada tingkap kayu tepi bath tub. Suka suka..


Kalo buat shower kat umah camni ok tak? Malu pulak rasanya..


Tadi kan dah tak sabar sangat. Lepas check-in je terus tukar baju nak gi swimming pool. Swimming pool kat sini banyak. Ni one of them. Yang kat belakang tu size olimpik, boleh lah berangan macam masuk sea games (pada yang pandai berenang). Mama dok tepi je, sebab tak bawak proper swim suit. Kat sini kena pakai proper swim suit.  Takkan nak pakai track suit ngan tshirt. Desa sangat rupanya.. hahaha.


Lepak tepi je lah. Sekejap je kakak ngan adik  mandi, sejuk katanya.  Tengok Papa mandi je lah. Amboi sakan...


Saje letak 2 gamba. Yang ni Syirah senyum beria.


Eh lupa nak cakap (walaupun tak penting). Bath tub kami ada munge juge. Hikhikhik...thanks Sutera Harbour.  So suweeettt.... *__*



Suweeettttttttttt sangat, jadi kami berilah kepada mereka yang suweeeeeeet jugeeeeee...




24 February, 2012

Mommy's Little Hero

First of all, maafkan Mama ye Irfan. Bukan tujuan nak malukan Irfan letak gamba ni, tapi Mama kelaka tengok muka Irfan masa ni. Hahahhaa...Mama gelakkan anak sendiri. Biasala tu kan..

Sebenarnya nak share gamba ni dengan kengkawan Mama.  Tengoklah apa yang tertulis kat baju Irfan...

Agak-agak sesuai tak dengan mimik muka beliau? Tengok ye gamba bawah ni......






























 * Unsur suspen sket *




































Tadaaaaaa.....





Sorry dik... Mama rasa kelaka sebab tak padan apa yang tulis kat baju dengan expression muka.  Nangis sebab tak dapat ikut Papa pegi bayar bil kat bank.  Hahahhahhaa.....manja punya budak!

 

Sabah Trip: 3 - Restoran Sri Melaka, Kota Kinabalu

Lepas check-out dari Nexus Karambunai, sudah kelaparan.  Pusing-pusing town KK tu dekat setengah jam nak cari seafood restoran.  Segala GPS, ipad google lah semua.. semua tak leh harap. Hahha..padahal dari KL dah siap-siap senarai restoran kat KK yang penah masuk JJCM. Planning semua lari lah kat KK ni..cari tak jumpa.

Finally, Papa suggest Restoran Sri Melaka sebab dia baca kat google ramai kata sedap. Maka, mari lah kita menuju ke restoran tersebut. 


Restoran Sri Melaka terletak di Kampung Air. Gamba ini disupport oleh google kerana kami tak amik gamba sebab tadi kan baru lepas bergaduh dalam keta nak lunch kat mane.




Beria betul Mama korang pegang camera. Poyo sangat gamba ni. Restoran ni sama konsep macam restoran Muhibbah kat TTDI yang aku biasa makan. Alah korang mesti tau Muhibbah yang Chinese Muslim tu.  Dia bagi kacang dulu sementara tunggu makanan sampai. Tapi kacang ni tak sedap tak macam kat Muhibbah kacang sedap.


Papa yang order. Tengok menu agak mahal juga harganya. Antara yang kami order - siakap sweet sour, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, daging kicap, lamb kicap. Semua untuk medium size. Pastu nasik untuk 5 orang. Semua sekali = tak tau. Hahhaa... Papa yang bayar.  Tapi Papa kata mahal.


Takpelah, dah lapar bedal aje lah.  Sedap memang sedap, tapi harga boleh tahan lah.  Kalau korang ke KK boleh la singgah sebab sedap dan bersih.




20 February, 2012

Syirah dah besar rupanya..

Selingan dari citer Sabah: mari kita dengar citer pasal anak dara saya. Mama ingat dia baby lagi, rupa-rupanya dah besar, sampai terkeluar citer dia nak kawen. Alahai anak..

Nak kata pengaruh drama tv, dia ni tak minat tengok drama. Kalau katun tu iye lah.

Situasi 1

Mama tengah duduk lipat kain, Syirah tengah panjat sofa. Irfan nak follow.

"Kakak,duduk diam2 boleh tak janganlah memanjat nanti adik ikut"

"Mama, kalo Iyah dah kawen nanti panggil Iyah tau, jangan panggil kakak"Speechless. Budak 5 tahun cakap pasal kawen. Huwaaaaa...

Situasi 2

Masa nak pergi Sabah haritu, malam sebelum pegi baru nak packing baju. Cakap sambil lalu je dengan Syirah.

"Kak, esok ingatkan Mama ambik ubat demam dalam fridge nak masuk dalam beg ye. Nak masukkan sekarang tak boleh nanti rosak".

Syirah tak menyahut diam je.

Esoknya masa tengah kelam kabut nak gi airport dah tengahari. Sebab flight petang. Syirah ingatkan "Mama dah ambik ubat demam?"

"Ha'ah mama lupa. Thank you kakak ingatkan. Pandai kakak"

Tak sangka dia boleh ingat.

Situasi 3

Dia ni sebab membesar dengan environment orang dewasa, fikiran pun dah matured agaknya.

Dalam playroom bebudak ni kat umah, dua beradik ni tengah  main, Mama nak ajak adik tido "Adik jom susu dalam bilik pastu tido". 

Leka punya pasal, layan budak2 main dulu. Terlupa yang tadi dah siap bancuh susu Irfan. Si Syirah yang ingatkan tapi ayat agak eat inside (makan dalam);  "Mama, susu ipan dah sejuk tu pegi lah tidokan".

Hahahhahaha.. sape yang Mama ni? Tolonglahhhhhh


Situasi 4

Dalam bilik air, tengah mandi. 

"Mama, iyah nak pakai sabun muka Mama"

"No no..ni sabun orang besar, ada racun, budak kecik tak boleh pakai"

"Tapi iyah pun ada jerawat"

"Mana ada jerawat, besar kuman baru...eii"

Gaduh anak beranak dalam bilik air.


Situasi 5

"Kak, rantai kakak mana?"

"Masa pegi Sabah Papa yang simpankan, Papa letak dalam poket""Ooo yeke nanti Mama tanya Papa"

"Mama, adik tak pakai rantai?"
"Boy tak boleh pakai rantai, girl je yang pakai"

"Kalau boy pakai nanti dia jadik gangster ye?""Ya Allah, mana tau perkataan gangster ni? Gangster tu ape kak?"

"Gangster tu orang jahat"


Situasi 6

"Mama, kepala iyah gatal tolong la garu"

"Kat sini ke" (Mama garu kepala kiri)

"Bukan, sini"

"Sini?" (kepala kanan pulak)

"Astaghfirullah al ajim (pelat sikit lah sebutan dia)..Mama ni tak paham ke?"

Istighfar panjang kau anak aku sebab salah garu. Sekarang ni sikit2 astaghfirullah. Adik tumpah air pun "astaghfirullah al ajim ipan ni". Beria je.

Situasi 7

"Papa, cikgu cakap makan tak boleh tumpah-tumpah nanti syaitan yang makan"

"Ok"

Irfan makan of course lah tumpah-tumpahkan, kalo makan sendiri. Ape lagi, kakak sudah sound;

"Ha ni syaitan lah yang gemuk ni Irfan makan tumpah. Irfan..irfan" (siap geleng kepala).


-------------------------------
Cukup-cukuplah tu ye selingan. Nak tulis banyak, pening nak ingat sebab banyak pastu bila ingatkan balik nak gelak ada, nak marah ada.

17 February, 2012

Sabah Trip: 2 - Nexus Karambunai

Malam-malam tido senyap je, just dengar bunyi ombak rindu menderu je. 

Pagi-pagi bangun duduk kat balkoni sambil tengok laut. Kalo tetiap hari bangun pagi camni, mau ada yang tak payah pegi keja kan? 


Kul 7 pagi dah siang terang benderang, subuh kena bangun kul 6 pagi. Adoi ngantuk giler...Tapi semangat bangun awal sebab kononnya nak pegi kaki gunung pagi tu. Kononnya lah kan....



Opah happy dapat relaks dengan anak-anak cucu walaupun tak cukup korum. Bilik kami lebih kurang macam belakang tu tapi tu banglo. Kami punya bukan sebijik2 macam tu.


On the way ke Penyu Restaurant, tempat kami breakfast pagi tu. Kelakar pulak tengok muka Syirah dengan hood macam tu, dah macam penguin kak. Baju tu dia pilih sendiri masa beli sebab nak pegi gunung punya pasal. Kononnya....


Lepas breakfast kami jalan-jalan sekitar pantai. Kawasan hotel ni sangatlah luas.. memang rasa tak nak balik lah kiranya.. rindu dah kat karambunai ^__*



Private beach yang cantik. Nak mandi takut gak...tapi boleh mandi.


Bercanda di pasiran pantai. Irfan ni sebenarnya penggeli nak pijak pasir laut tu. Tapi ajar dia sikit-sikit ok lah dah boleh pijak, ntah ape yg dia gelikan pun tak tau lah.

Dah jalan-jalan kat pantai, bersantai, bergamba semua.. dah nak dekat tengahari. Kami sekejap je kat sini, tu yang tak sempat nak ke kaki gunung. Opah tak nak dia kata dia nak spend kat hotel je.  Maknanya kena lah pegi lain kali lagi untuk ke kaki gunung pulak. Huhuhuww..


Check out...Best duduk kat karambunai sebab aman jauh dari hiruk pikuk bandar. Tapi rasanya setakat 2 malam ok kot. Kalau dah bermalam-malam kat sini, boring tu tak tengok dunia luar lagi-lagi shopping complex hahahaa...

Ok selepas check out..kami menuju ke destinasi lain.



Trip to Sabah: 1 - Departure

Alhamdulillah hajat hati untuk bawak anak-anak dan mak ke Sabah dimakbulkan Allah. Actually tiket dah beli masa promo Airasia bulan September tahun lepas lagi. Aku dapat beli tiket 2 adults, 1 toddler, 1 infant, beg 30kg, pilih hot seat (bawak anak2 senang dok depan) semua sekali berjumlah RM530. Murah kan? Makanan tak order.

Hotel pulak under company so anytime boleh book. Hanya bayar 25% je daripada total charges. Weeeee peluang haruslah digunakan sebaik-baiknya.

Niat nak bawak anak-anak sekaligus mengenang kembali tempat honeymoon 5 tahun lepas..

Nexus Karambunai - some say its heaven. Begitulah tagline Nexus Resort & Spa, Karambunai.  Resort ni memang cantik dan jauh dari town. Ada private beach, tenang sangat bila dok sini, sangat sesuai untuk orang honeymoon.


*pic googled, jangan ingat aku naik helikopter nak capture gamba ni*

Kami bertolak hari Rabu 1 Feb , cuti hari wilayah. Flight pun dah petang. So agak lewat untuk sampai KK kan, sebab sana pukul 6 dah malam.  Anak-anak tak tido sepanjang dalam flight sebab dah tido kat umah. So better siap-siapkan benda-benda yang boleh mengalihkan keboringan selama 2 jam setengah di dalam flight.. Syirah leka dengan coloring booknya.



While adik memang tak duduk diam.  Semua tempat dia nak explore....


Sampai KK Airport around 8pm, dari airport nak ke Karambunai amik masa 45 minit ke 1 jam.  Kami sewa Toyota Innova dari staff cawangan tempat aku keje.  Dia dah tunggu and bagi kunci. Adik aku yang perempuan yang drive all the way sepanjang kat sana.  Berpandukan GPS.

Penat letih walhal idok le driving pun kan, tapi dah berlengas.  Check in dan menuju puncak! Ehh masuk bilik la ape lagi. Dari lobby nak ke bilik agak jauh sebab bilik kami facing pantai so kami naik shuttle van dia pegi bilik. Merasalah naik Alphard kejap ekekeke...


Surprise!! Wah baiknya hotel bagi kek ngan fruits.. Happy Honeymoon :)



Tidak ada yang menggembirakan hati Mama bila tengok anak-anak happy.  Sampai-sampai bilik terus naik atas katil pastu lari-lari tak tentu arah. Aku amik 2 bilik, satu lagi bilik untuk Opah, Ucu ngan Mak. Connecting room tapi anak-anak aku lebih kepada pegi bilik Opah dia kat sebelah.  Papa dia suka lah aman... hahahhahahaha



Siap mandi, makan...suruh tido takmo tido.

Sambung citer esok lah ye..