Advert




29 February, 2012

Sabah Trip: 5 - Pulau Manukan & Mamutik

Bersemangat anak-anak kami. Bangun awal, mandi. Sebab dah citer kat diaorang esok kita nak naik bot. Get ready for the beach!


Tapi sebelum tu kena breakfast dulu.  Memandangkan turun awal, still banyak tempat duduk kat cafe. So boleh pilih dok tepi swimming pool dan of course dekat dengan meja buffet. Hahaha. Opah tunggu kat meja je sebab makanan kami yang tukang amik.



Dah kenyang alhamdulillah.  Tunggu van datang pick-up kami around 8am. Van yang sama kami sewa masa kat Karambunai. Pakcik ni offer nak amik dan hantar kat Jesselton Point. 



@Jesselton Point - tempat menunggu bot. Bersebelahan je dengan Pasar Kraftangan KK. Bot ni pun pakcik tadi yang uruskan. Kami tak beli tiket per pax. Kalau per pax, tambang untuk ke pulau-pulau ni RM50 sorang. Tapi kena tunggu bila bot penuh baru boleh jalan. So kami decided amik je lah satu bot. Kami boleh buat cam bot sendiri. Suruh pemandu bot tunggu ikut kesesuaian.  Untuk sewa satu bot kami bayar RM300.  Kami dapat guna jugak life jacket dan google untuk snorkeling.  Kalau tak, kena sewa lain kat pulau.


Berdebar ni nak bawak anak-anak naik bot for the first time.  Kakak ok lagi jenis berani. Adik ni risau sikit sebab mat manja ni.  Cute je life jacket kecik untuk si kecik.




Finally dapat naik bot lagi. Mama teringin sangat nak naik van bot lagi since last naik masa honeymoon dulu. Hehehe suka lah naik bot laju camni. Best giler!  Angin kuat, air pun terpercik sampai terpejam-pejam mata kakak ngan adik.


Nasib baik adik ok. Kakak of course lah excited. Best tak kak? Bestttt! (sambil tunjuk thumbs up)



Yeay! dah sampai di Taman Tun Abdul Rahman.  Terbahagi kepada 3 pulau; Manukan, Mamutik dan Sapi.  Bot akan bawak kita ke 2 pulau, so kena pilihan antara 3 tersebut. Kami telah memilih Manukan dan Mamutik =)



Kat Manukan Island, aktiviti bersnorkeling dan bermandi-manda. Laut dia..Subhanallah sangat cantik dan jernih. Air warna hijau ok.  Nampak ikan-ikan warna-warni tak payah pakai google pun takpe.



Gamba aku takde kan? Maklom la bertugas sebagai photographer amatur, bagi chance dorang bersukaria. Hahaa.. benaunye malas nak mandi. Aku geli sikit air masin sebab nanti badan melekit. Mandi takat pinggang cicah cicah je jadik la.  Lagipun ada peristiwa pahit semasa kecik membuatkan aku trauma. Hehehehe.



Selepas sejam bermandi manda kat Manukan Island, bot pun dah tunggu kat jeti. Kami transfer ke Mamutik Island.  Actually sama je semua pulau. Cantik, kemudahan meja-meja semua ada. Tapi rasanya Manukan yang paling besar kot. Kalo salah tolong betulkan.

Welcome to Mamutik Island bebeh!



Masa ni cuaca dah agak panas. Tapi air laut tetap sejuuuuk. Suami saya ni kurus, so dia dah menggigil  tak nak mandi laut lagi.  Ada jugak aktiviti lain macam parasailing, banana boat, kayak, macam-macam lagi.  Papa nak try parasailing so dia ajak Mama. Kakak ngan adik aku pun nak buat jugak.  Aku pun teruja nak try ni. Kalau nak pegi, kena pegi sekali 4 orang sebab kena pegi dengan bot dulu kat tengah laut. Abis tu, anak-anak sape nak jaga? At least 1/2 jam jugak kena tinggalkan.  Opah takleh nak handle 2 orang sekaligus. So aku kata tak payah lah aku join, korang pegi je lah. Tapi Papa tak nak, dia nak pegi ngan isteri tercinta beliau jugak. Ah sudah. Tak dapek lah kan. Sian Papa terbantut hasrat nak parasailing. Lain kali kita try ye Pa? Suruh buat sorang tak nak.

Kakak ngan adik aku je lah yang parasailing. Syok depa. Boleh cakap kat orang yang jaga parasailing ni...entah ape pulak nak panggil nama dia. Either nak kat atas je, tengah-tengah atau nak rendam sampai pinggang atau nak rendam sampai kepala.


Setengah hari kat pulau, penat letih lapar semua ada. Orang lain takpelah kan lepaskan diri sendiri je. Aku ni nak menyiapkan anak-anak semua lagi..adui penat. Eh termerungut pulak. Tak baiknye.. ishh.

Muka masa balik selepas mandi dah suci murni. Irfan ngan kakak dah siap menyusu masa tunggu orang lain bersiap.  So dah tak risau lapar dah cuma lum makan nasik je semua orang lagi.  Kat darat baru nak carik makan sebab kat pulau restoran agak mahal.



Pastu Papa amik alih pegang Irfan.  Tak sampai seminit, diam je budak ni. Rupa-rupanya tido sudah. Mengantuk+penat mandi laut. Bot berombak pun dah tak heran.



4 comments:

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

best gilerrrrrrrrrrr...
bila la dpt peluang mcm ni...
hari plan tak menjadi...
tiket mahal
huwaaaaaaaaaaaa :(

mama-syira said...

Erin, insyaAllah time tiket murah tu cecepat beli. Hotel takpe anytime leh book.

SyabbyChoc said...

salam.. boleh x kalo saya nk dapatkan no telefon ntok bot tu??

laniey said...

Boleh x nak dptkn no sewa bot?