Hujung-hujung bulan puasa haritu, banyak aktiviti kat sekolah Kakak. Mungkin cikgu pun dah lemau nak ajar anak-anak. Hehe. Gamba-gamba semua pinjam kat FB cikgu dia. Cikgu dia update live thru FB. Hehe. Kecuali gamba aktiviti malam kat bawah entry ni Mama yang captured.
Ni tengah menghafal doa-doa dan takbir raya.
Aktiviti buat biskut raya. Rajin cikgu-cikgu melayan. Petang tu sampai je umah, terus kejar "mama, mama tadi kat sekolah Iyah buat biskut raya.. sorang bawak balik 4, ni Iyah simpankan satu untuk mama, satu untuk papa" Wah terharu tak korang jadik aku? Terharu beb..
Buat kad raya ngan ketupat. Untuk decoration sekitar sekolah.
Ni aktiviti Ihya' ramadhan yang sebenar. Mama encourage lah Syirah join, walaupun dia tak pernah lagi bermalam tanpa mama. Tapi bila lagi nak bagi peluang camni kan? Tanya dia dulu nak ke? Dia nak, beg baju pun dia kemas sendiri ^_^ Tak ramai anak-anak yang join maybe sebab parents tak bagi. Bak kata cousins "malu acik Long, Iyah 5 tahun pun gi qiammulail bagai".
Dimulakan pagi tu dengan solat sunat dhuha. Dah tau niat ngan doa. Mama dulu 5 tahun tak tau pun ada solat dhuha. Kat umah kadang dengar lah dia nyanyi doa dhuha "ya Allah..jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah... " Hehehehhe... sedap plak lagu nya.
Ha time ni Mama dah sampai sekolah kakak, saje nak intai kakak buat apa. Petang after keje tu sempat singgah sebab nak hantar juadah berbuka posa. Potluck dari parents untuk sumbangan anak-anak berbuka nanti. So sambil anta makanan, sambil intai. Masa ni lepas solat Asar, sementara tunggu waktu berbuka.. dengar cikgu bercerita. Masing-masing tak bukak telekung lagi. Kalo bukak telekung pun, sentiasa bertudung je. Alahai..begitu comel sekali. Syirah nampak Mama datang, mula2 pandang pastu buat-buat tak nampak. Puas la Mama senyum kat dia, dia buat derk (mama ko yang over). Hahahaha..
Lepas anta makanan ngan intai kakak, balik umah nak bukak posa suami menunggu tu. After Isya' datang balik bawak Irfan, konon nak solat terawih sama tapi diaorang dah start. Mama lambat. Segan la pulak nak join, tengok takde pun parents datang. Hahahaa.. mama sorang je ke yang beria nak join ni? Hahaha malu jugak ni tapi buat macho je. Anak-anak sedang solat terawikh 8 rakaat, pastu witir. Mama tengokkan aje. Lepas witir, duduk zikir lama ok. Imam tu lama betul zikirnya. Mama yang tua ni pun rasa letih, tapi tengok anak-anak tu ok je duduk lama. Amazing dorang ni boleh behave rupa-rupanya. Cuba dengan mak bapak masing2? Jangan harap...
Syahdu je tengok suasana ni.
Selesai zikir kul 10 malam, cikgu dah janji nak bagi main bunga api. Sorang 6 batang nampaknya cikgu bagi.
Pagi esoknya ada sahur, solat subuh, mandi semua. Start sekolah cam biasa tapi aktiviti nyanyi, bagi hadiah, takbir raya, salam-salam. Balik sekolah awal. Esoknya Jumaat, dah start cuti raya. Alhamdulillah seronok aktiviti camni. Terima kasih cikgu-cikgu.
3 comments:
alhamdulillah...sejuk perut ibu mengandung kan..
bestnya sekolah syirah nih...
uniform cantik..suasana pembelajaran pun baik....
didikan agama semua ada....
alhamdulillah kan....
lapang dada & hati nak hantar anak belajar kat sini kan Farah...
Oja: itu yg semua ibu2 nak. insyaAllah.
Erin:
alhamdulillah. utk syirah yg x penah dok nursery, amik masa gak nak adapt. dulu2 susah nak gi sekolah, after 3-4 bulan baru ok.zaman skrg ni, pikirkan didikan agama tu lah, pilih sekolah ni.
Post a Comment