Gitu tajuknya. Ala-ala singgah sahur. Tapi ni singgah berbuka. Singgah di mana? Di rumah Opah je. Kihkihkih..
Weekend harus lah masak kan. Weekend bukak posa umah Opah. Tapi kena la masak something nak bawak, takkan datang lenggang kangkong terus suap je. Ape dish nak masak ek? Tapi ayam lah bahan utamanya. Yang special sikit.. mari lah menggoogle. Sekali jumpe resipi Buttermilk Chicken. Masa baca resipi pun dah terliur kahkahkah.. eh, nak buat senang bangat!
Masa berbuka tu aku rasa dulu sebelum bagi orang lain makan, sebab malu la kalo tak sedap kan. Nak rasa masa masak pun tak boleh. Masa rasa, ok cukup rasa semua. Sekali bila adik badik lain mengatakan sedap.. alhamdulillah. Lain kali bleh buat lagi. Bila post kat fb, ramai pulak mintak resipi. Kehkehkeh.. *poyo*
Sedap uols..
Macam-macam menu dari pelbagai pelusuk dunia ada di hari kejadian. Masing-masing masak satu dish.
Homemade sushi. Adik yang buat. Aku tak minat sushi so jeling-jeling je lah. Sebenarnya dah 3 hari berturut dorang buat sushi ni. Minat sungguh dorang makan sushi.
Abang masak spegethi alfredo. Western pulok. Bergaduh tak makanan dalam perut.
Tidak ketinggalan, menu dari pantai timur - sata dan otak-otak. Gamba dipinjam kat google sebab terlupa nak snap haritu. Menu yang tu pun homemade! Wah.. Siap bakar belakang rumah lagi. Menu ni girlfriend abang aku yang buat. Sedap meletop kebabom! Makan banyak gile.
Lepas makan tu terfikir, syukur Alhamdulillah dengan rezeki yg Allah bagi. Kadang-kadang tak habis main buang je. Orang lain yang hidup susah, atau yang tengah bekerja keras time waktu orang lain makan beria ni.... apa dorang makan ek?
3 comments:
ape kata ko letak resepi ayam tu sekali dengan spaghetti alfredo..boleh aku pulak tiru! hiksss
Oja, nanti aku letak eh.. tapi spaghetti tu aku tak tau. abang aku yg masak..haha
wah international betul ko punya menu buka puasa... macam2 ado...
sharelah resipi ayam ko tuh
Post a Comment