Advert




17 August, 2012

Ucapan Raya 2012.

Selamat Hari Raya kawan-kawan semua.

Gamba pinjam kat Instagram adik.  Popiah nestum - Opah buat, Dahlia - adik buat, Suji Marble - i buat. Thehehehe. Tu je lah kan biskut raya homemade, better than last year semua biskut 'tunjuk'.



Biskut makmur, family tradition punya biskut. WAJIB buat kerana sedara mara/kwn2 datang umah, baru kat pintu dah tanya "makmur ade?". Siap nak tapau bawak balik ok. Ni kakak yang buat.  Dia dah belajar dari Opah.


Ok hari ni, Jumaat terakhir dlm bulan Ramadhan. Huhuhu. Ramai dah cuti hari ni kan. Eksen ni tak cuti awal..sebab raya kat Klang dulu. Hehehe. Kalo balik Kedah, tentu lah dah cuti awal. Wellllllllllllllllll...

Selamat pergi dan balik ke kampung halaman masing-masing. Make sure rumah tu dah check semua yang patut dicheck.  Tinggalkan umah dengan keadaan selamat.  Kereta pun wajib service sebulan sebelum raya patutnya. Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Jangan happy-happy sangat.  Bila nak happy over tu, ingat kat orang susah, kat orang sakit. Sure kita insaf. Sian kan.

Ramadhan dah nak pegi.. tak pasti Ramadhan tahun depan dapat berjumpa lagi.  Itu yang sedih kan.

Hari Raya ni pada yang dah ada anak-anak, lebih untuk happykan anak-anak je.  Walaupun mereka tak puasa :P Untuk kita, kemenangan selepas sebulan berpuasa dan beribadat. Semoga ibadat kita diterima Allah swt. 

Tahun ni Syirah dah pandai nak mintak maaf, dia dah belajar kat tadika. Hari tu dia practice balik apa yang dia belajar. Tapi cikgu dia ajar Ibu & Ayah. So dia pun sebut Ibu Ayah. Berbunyik begini "Maafkan saya ibu, ampunkan saya ibu, doakan saya ibu". Masa dia cakap tu, nak menitik airmata ni ha. Belum betul2 raya ni. Huwaaa sedihnya Mama dengar Iyah cakap camtu. Dah la suara syahdu masa cakap.  Patut la Opah akan nangis setiap kali Mama salam Opah masa raya :'( Mama dah paham.

Plan raya ni nak ikut suami solat sunat Hari Raya dengan anak-anak. Teringin sangat. Tengok cane.  Kakak insyaAllah boleh behave. Adik tu tak sure.

Selamat Hari Ray Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

4 comments:

AdanyaKauUntukku said...

selamat hari raya Farah
maaf kalau ada salah silap ok

mama-syira said...

Sama2 lah kita KAk Ila. Maaf zahir batin.

Mya said...

selamat hari raya aidilfitri farah.
maaf zahir batin :)

mama-syira said...

Maaf Zahir Batin Mya.
Selamat Hari Raya to u n family..