Advert




23 October, 2012

Birthday Opah & Septemberians.

Quote by Mufti Menk: Married children who live separately from their parents are mostly happier, more appreciated, loved & missed than when they lived together.

I couldn't agree more with this statement. Sejak belum kawen, dah kawen, ada anak sorang..aku dok 'menumpang' dengan mak.  Alhamdulillah masuk anak nombor dua, rezeki dapat beli rumah sendiri dekat pulak dengan rumah mak.  Tak dinafikan, masa duduk dengan mak dulu..selalu nak melawan cakap mak ada je benda yang tak sependapat.  Tapi bila dah duduk umah sendiri, jarang sekali nak melawan sebab dah rindu dengan mak, even hari2 wajib singgah umah mak.  Perasaan tu jadik lain. Kalau u ols penah rasa sama macam aku rasa, kamu mesti paham.

Walaupun cerita di atas ni agak takde kena mengena dengan tajuk, tapi ia masih berkisar tentang MAK.  Alhamdulillah 28 September baru-baru ni, mak (sekarang panggil Opah) diberikan kesempatan untuk diraikan oleh anak-anak menantu-menantu, cucu-cucu sempena usia Opah yang ke 62 tahun.  Kami sekalikan dengan birthday semua Septemberian iaitu Acik Sue, Acik Intan, Mak (kakak aku yg sulung)  dan Opah. 

Bahan utama. Papa punya BBQ set. Dah 4 bulan beli, baru bukak dari kotak nak guna.  


Kami semua berkumpul dekat umah Opah hari Jumaat, 28 September. Nasib baik esoknya weekend.  Bahan-bahan yang diBBQ, yang dibeli, yang dimasak cuma nasik goreng. Hahahaha...  kami tong-tong la adik beradik.


Septemberians.... Acik Intan, Opah, Mak & Acik Sue. Semoga sihat selalu, murah rezeki dan sentiasa dalam perlindungan Allah. Cupcakes mama beli tapi dah cair tulisannya.. sedehhhh..


Gamba lagi satu, bersama dengan cucu-cucu yang baru 2 ketol.  Muka Irfan nak mintak cubitan... grrrrrrrrrrrrrr!

Happy birthday!!!


2 comments:

~♥ OjaAmran ♥~ said...

budak berdua tu mmg pandai je buat muka comel..syirah macam tu..irfan macam ni...mmg nak kena cubitan geram ni..hihi

mama-syira said...

Mcm2 perangai. Tu yg kadang mama sekejap gelak sekejap menjerit.