Kawan-kawan para ibu/bapa dan yang lain-lain. Bagi peluang nak celoteh sikit boleh tak.
Ada orang, sebelum berkahwin mereka memang jenis tak duduk rumah, tak pandai buat kerja rumah, tak suka budak-budak atau lain-lain.
Tapi bila dah berkahwin, insyaAllah semua tu akan berubah. Dari yang tak pandai masak, terus expert provided willing to learn demi nak bagi suami dan anak-anak makan. Kalau dapat suami dan anak-anak yang jenis tak cerewet alhamdulillah masak yang simple-simple pun ok. Kalau dulu tak suka budak-budak, nampak budak-budak nak jegil bijik mata..bila dah ada anak sendiri, dah ada sifat keibuan/kebapaan melebihi segala kasih sayang yg ada dalam dunia ni. Dari yang suka melepak tak tentu hala dan tak tentu masa dengan aktiviti luar, bila dah berkahwin terus tumpu kat rumahtangga. Spend masa dengan isteri / suami dan anak-anak, solat berjemaah sama-sama, tolong isteri buat kerja rumah sama-sama. Kan best tu.
Itu semua akan terjadi kalau masing-masing ada rasa TANGGUNGJAWAB dalam diri. Di dunia, ia tanggungjawab terhadap keluarga lah. Di akhirat kena menjawab jugak dengan Allah. Bila Allah tanya, apa yang dah kita buat untuk keluarga, anak-anak?
Ada orang suka lepaskan atau sambil lewa dengan tanggungjawab. Mentang-mentang si isteri lebih cekap uruskan rumahtangga, si suami buat endah tak endah. Mungkin dalam hati dia kata 'takpe lah biar dia je buat dia tau semua' sambil dia goyang kaki tengok tv. Bukan apa, kalau nak tunggu si suami, alamat kebulur, tonggang terbalik la umah. Dah tau macam tu, tolong lah apa-apa yang patut. Awak tu dah berkahwin, beranak..tak boleh nak goyang kaki sangat. Lagi pulak kalau dapat isteri yang bekerja, tak kesian ke kat bini. Balik keje nak bukak tudung pun tak sempat, macam-macam kerja menanti tapi suami boleh baring tengok tv.
Ada pulak si isteri yang macam permaisuri. Semua suami yang sediakan. Basuh baju, uruskan anak-anak, masak pun tak. Suami yang beli makanan kat kedai. Siap arah-arah suami lagi. Kesian suami.
Lagi sekali nak tekankan, ini semua takkan terjadi kalau ada sikap TANGGUNGJAWAB dalam diri kita. Bila tak buat rasa tak sedap hati kan. Rasa tak complete. Itu sebab kita ada rasa tanggungjawab, betul tak. Kalau takde rasa ni, sah lah anda tidak bertanggunjawab.
Tanggungjawab ni bukan takat sedia duit, makan pakai je. Bukan takat bawak anak makan tempat canggih-canggih, pakai baju branded, makan angin overseas aje. Itu bonus lah.
Banyaklah kalau nak citer. Pendidikan untuk anak-anak tu kadang kita pun sibuk dengan keje nak buat homework sama-sama tak sempat. Takkan semua nak tunggu cikgu. Bila pikir anak pegi balik sekolah pun dah stress sebab risaukan keselamatan dia. Sedih betul tu yang kadang rasa nak benti keje. Argghh...
Tanggungjawab sosial. Cemana kita dedahkan anak kita dengan hidup bermasyarakat. Tengok tv chanel apa, bawak pergi keluar tempat yang macamana, akhlak, kawan-kawan dia, banyak lagi. Sekarang masing-masing ada ipad bagi kat anak-anak. Ok la tu dapat belajar tapi kena tengok gak games apa yang kita download. Kadang rasa nyesal plak bagi ipad sebab time nak tido pun nak bawak ipad. Melampau betul. Tak bagi nangis. Adoi.
Yang paling penting, tanggungjawab rohani. Cukup ke pendidikan akhirat yang kita bagi kat anak-anak. Sebab kita sendiri pun terumbang-ambing lagi. Bila sambil lewa, jadik lah macam-macam hal yang kita sendiri tak nak terjadi kat anak-anak kita. Tapi kita sendiri tak buat apa. Kita sendiri tak betul. Hanya mengharap tak terjadi dan berdoa (kadang-kadang).
Banyak sebenarnya nak taip lagi tapi tetiba kebuntuan.
TANGGUNGJAWAB kita bila dah berkawen dan beranak-pinak ni kena lah tukar dari zaman single dulu. Jangan ingat sedap nak kawen, ada anak-anak je. Tanggungjawab ada lah kata kunci nye! Sama-sama lah kita ye... demi akhirat yang kekal abadi.
Ya Allah bantulah hambaMu ini...