Advert
19 May, 2009
Mulut macam bertih
16 May, 2009
Rezeki lagi
Kul 12pm, kat ofis ada jamuan kesyukuran bersempena bos ku sudah kembali bekerja seperti biasa setelah MC 2 bulan akibat kemalangan jalanraya. Alhamdulillah bos dah sihat cuma sebelah kaki tu macam tak berapa 'sihat' lagi.
Tengok lah menu nya, bisa membuat air liur meleleh, antaranya seperti di bawah...
Ni ahli jemaah yang hadir.. bab makan mana bleh tak hadir...muahahhaha...eh mummysya pun ade.. jemput makan.
Ni ibu merandung, Puan Ila Si White Tulip posing bersama-sama ibu-belum-nak-merandung sedang menunggu makanan tibe. Aku time ni dah kenyang sebab makan kat ofis dulu.. hahahha tapi nak makan lagi, itu mesti.
15 May, 2009
Duit lama RM50
Dengan rasa gumbira aku nak ke Sogo untuk 'melabur' kat sana. Ape nak beli ek? lalallaa....dalam list barang yang nak dibeli lebih banyak dari duit yang dapat. Camno tu? Ish ishish.....
Korang jangan jeles, aku tau korang pun dapat. alahhhh.....
13 May, 2009
Lancome Oscillation Mascara
Bila budak-budak Lancome tu suruh try, aku dengan kawan pun naiklah atas bas tu dan telah dipakaikan mascara tersebut. Yang menarik, mascara tu ada vibration. Bila guna, ko kena tekan button dia pastu dia vibrate so takyah lah tonyoh2 sangat. Untuk lebih lanjut berkenaan vibration mascara ni, sila baca petikan di bawah yang diambil dari sini.
3. Simply press the button for an effortless and controlled lashby- lash application, for beautiful results with no clumping.
Kalau anda semua nak beli, sila pergi ke kaunter-kaunter kosmetik yang berhampiran. Harganya ialah RM120 sebatang.
Aku tak beli pun mascara tu tapi bila dapat barang free, aku happy. Jadi lah kan..leh buat make over pastu amik gambo. yahooooo [sekali sekala nak perasan cun]
11 May, 2009
To all lovely ladies..
Bila jadi mama, baru tahu erti tanggungjawab bila sanggup bersengkang mata, tak tido lena menjaga Syirah. Tak kisah asalkan Syirah sihat. Bila jadi mama, baru tahu rasa risau bila Syirah demam, sakit dan jatuh. Bila jadi mama, baru tahu erti bangga bila perkataan pertama Syirah ialah "Mama". Bila jadi mama, rupa-rupanya teruja bila Syirah pandai berjalan, berlari, membebel, memeluk, mencium...dan semua2. Semoga mamasyira dapat menjadi Mama yang terbaik untuk anak-anaknya.
Happy Mother's Day to all my friend!
07 May, 2009
Barang Lama/Antik/Evergreen
Oklah ni khas untuk tatapan Papa dan peminat barang-barang antik.
05 May, 2009
Mama..pen (plane), kata Syirah
Syirah bila nampak Papa dia dari jauh dah berlari nak kejar. Ala-ala macam jejak kasih pulak. Orang tengok senyum suwit-suwit gitu..ala-ala syahdu campur gembira kot. Hahhaa. On the way tu merengek (Mama) ajak Papa breakfast. Mau tak lapar..kul 5 dah bangun, sampai kul 8.20, mesti la nak makan. Gi Old Town jap.. pastu ada orang tu pi order karipap 2 basket padahal nak order telur setengah masak 2 bijik. Sah mengigau. Gelakkan Papa...ahahhaha...sape nak makan karipap sampai 2 basket??
Alhamdulillah selamat sampai di kampung disambut nenek ngan tok wan. Last, muka budak happy...