Advert




21 April, 2009

Perkara wajib

Tahap kemalasan melampau telah melanda. Idea nak mengarang ayat dah keringggg... kontangg..
So let the gambars do the talking lah ye... explain sikit2 supaya senang paham. Ini adalah perkara-perkara WAJIB dilakukan dan dibeli kalau keluar (ke shopping complex lah kebiasannya, semua perkara menghabiskan duit).


1. Main goyang-goyang
(nama timangan mainan tu, tak tau nak panggil ape- sila tengok gamba)
Papa dia je rajin melayan, Mama gi tengok baju lagi best.



2. Baju Syirah
Kata nak tengok-tengok je kan, mana boleh mesti sesak nafas kalau tak amik selai pun jadik. Baju kami jugak takde.. gitu lah kalo dah ada anak.
(sorry gamba tak rotate, exercise kepala sikit)



3. Makan
Jalan dah 3 jam, takkan tak kebulur.. kali ni kita makan kat MFM pulak.
Syirah ni kalau kat umah susah nak makan, kat luar sampai tak sempat mama nak makan, dia menjerit-jerit nak nasik. anak ku suka makan luar rupanyer.. adeh
lupe pulak nak amik gamba makanannya sebab dah lapo sgt..betul tak tipu.sampai menggigil. haha


4. Donat
kalo pegi Jusco Bukit Tinggi tu, terbau-bau je donat ni. semerbak. arghh Big Apple, kenapa kedai ko ada kat situ? dah la mahal, 6 ketul Rm11++! tapi beli jugak. sedap lah.
mana bleh tahan beb, mesti kena beli pastu tak sabo nak makan.
kalo boleh sambil jalan nak makan tapi mengenangkan bini orang, tak jadi buat gitu.
mau kena jeling dengan sang suami. naya.

5. Gamba keluarga
ni pun wajib esp. kalo tempa tu tak ramai. kalo ramai, Papa Syirah tak nak.
malu katanya. tapi budak sorang tu pandang lain..sian dia lapar.


Itu je lah aktiviti kami di hujung minggu. Dah naik jemu asik2 gi bukit tinggi, tapi itu lah yang dekat. Papa Syirah tengah tak sihat nak gi jalan jauh-jauh.

2 comments:

Ary Arif said...

kalu camtu eaa pn nk ikut lah tiap kali k dna kua..hehehe..yeay!! sonok!!

mama-syira said...

bolehhh tapi kena jaga syirah. hahaha..