Advert




29 April, 2009

Oja turns 29!

Pertama sekali, maaf Oja kerana tajuk terang-terang reveal angka yang agak banyak. Takpe, sebagai reminder untuk kita semua.
Ni muka orang stress ni kena drive sendiri, sebab suami tak join. Tapi takpe, saya ditemani oleh co-driver tau! Dia relaks dok kat sebelah tapi mulut bebel-bebel.


Ni dia, my sweet little companion. Hehe.. teman Mama ye sayang. Jap lagi nak sampai dah tempat yang kita nak pegi. Sila behave tengok tractor kat luar tu. Syirah kan sukee..

Kini menuju ke destinasi yeah yeah.. The Windmill @ Bukit Raja. Awal lagi..takde orang. Macam biasa, aku lah yang the first to reach. Dari zaman belajar sampai dah beranak, aku je yg datang awal. Yang lain tu...tak paham2? Bila nak berubah. Kecuali Anis, dia cepat. Kali ni je lambat sebab kek tertinggal. Hehe.


Tradisi 10 tahun ini diteruskan lagi sempena birthday my dear friend Oja. Kepada Oja, selamat panjang umur dan murah rezeki. Aku malas nak sebut banyak kali, tetiap tahun sama. Still berharap yang tahun depan Azmi ada geng nak join birthday party kita. Kalo tak, dia segan sorang-sorang. Hahahha... eh kek ni sedap gile, secret recipe pun kalah. Blueberry cheese nama dia. Siap mintak container kat abang Windmill sebab nak tapau kek. Mekasih bagi sampai 10, perli ke bang?



Sesi pembahagian hadiah. Memandangkan Kerun n Anis baru balik umrah, semua pun bagi hadiah imported from Mekah. Ni yang aku segan ni, aku punye beli kat KL je. huwaa. Perfume Arab daripada Kerun to Oja. Sweetnyeeeeee botol dia! (Siap tunjuk paperbag Arab..ceh belagak ko eh)



Hadiah daripada Anis ni ada maksudnya tau Oja. Rajin-rajin mengaji. Hehhe. Kaabah dalam ada Al-Quran. Cantik sangat. Memang best lah. Perhatikan Oja macam nak menangis, adakah akibat terharu atau insaf?


Ni malu sangat nak tunjuk hadiah tak seberapa. Kasut je. Tapi aku ikhlas dari sanubari tau. sob sob. Kasut tu cute.. sesuai la dengan kaki Oja yang putih melepak. Korang, cuba tengok Syirah kat sebelah. Adoi anak aku, dia nangis sebab tak bagi paperbag tu kat auntie Oja. Selama hari ni tak heran pun paperbag tetiba tak nak bagi. Terpaksa la bagi kotak je. Syirah start nak cranky masa ni.


Yer lah Syirah. Amik lah paperbag tu...ish.. memang kali ni Syirah buat perangai. Aku nak makan pun tak dapat. Dia taknak dok dalam baby chair pun. Camne? Nampaknya Papa kena ada jugak lah..


The appertizer - mushroom soup & udang. Main course aku amik Spring Chicken. Sorry lah tak dapat bagi review sebab dapat makan pun telan je sebab Syirah sangat-sangat manja. Tiba-tiba semua tak nak, nangis..so Mama pun makan pakai telan je. Nak cepat punya pasal. ahahhaa.. Yang berasap tu Auntie Anis punye dish.




Thanks to Oja for the treat. Next month Anis's turn! Yahoo.. Kat mana pulak eh?


Syirah ku sayang..dia ngantuk sebenarnya tu yang cranky. Dia kan tido awal, time tu dah reach 8pm pun, so on the way balik...dia tido dalam car seat sampai ke pagi esoknya. Sian dia. Memang susah nak bawak dia jalan malam. Busy betul aku time tu, orang semua bergumbira aku busy dengan Syirah yang tiba-tiba very the manja.



2 comments:

Deqna said...

Happy Birthday to Oja.

weh bila kita nak gather sama2.. kita joint venture... lama dah tak jumpa derang tau...

p/s: Anis ngan k-run gi umrah sama2 ker?

mama-syira said...

aku dah usulkan cadangan ko tu pada diaorang lama dah. nanti kita jumpa masa reunion (kalo jadik..hehe). kalo tak, kita buat antara kita je lah.

anis gi awal 2 hari dari kerun. tak jumpe pun kat sana ;)