Advert




06 July, 2009

Melarang tanpa berkata TIDAK

Untuk kaum ibu dan isteri sekalian, mengajar toddler yang berumur setahun setengah ke atas ni memang mencabar. Umur macam ni lah dia sangat cepat mengikut percakapan dan tingkah laku orang dewasa. Memang bahaya kalo nak cakap something yang kasar atau buat perkara yang pelik (pelik?) depan toddler ni. Dia absorb macam span. Macam dalam rumah aku, semua orang dewasa, Syirah satu-satunya budak kecik. Korang boleh imagine lah betapa 'matured' nya Syirah ni.

Satu lagi nak share, penah baca satu artikel tentang gunakan perkataan-perkataan positif dengan anak-anak yang sedang membesar. Kalau boleh perkataan negatif semua ditukarkan menjadi positif. Contoh: "tak boleh panjat" ditukarkan "kalau adik panjat, nanti jatuh". Elakkan guna 'tak boleh' , 'jangan' dan lain-lain.

Mama-Syirah ni sukalah nak berkongsi sedikit perkara yang baru dipraktikkan iaitu, bila kita melarang tanpa berkata NO/TIDAK. Tapi ni untuk anak-anak dah setahun lebih la, sebab time ni dia dah paham cakap kita. Kalo setahun ke bawah tu cakap camne pun still belum faham. Baru-baru ni je Mama-Syirah realize yang lebih mudah explain dengan baik dari kita cakap "Syirah..NO!" Ok lah contoh satu situasi begini. Setiap pagi, memang nak kena bawak Syirah round 1kali kat kawasan rumah before Mama pegi keje. Kalau tak, dia akan menangis gila2 punya. Satu pagi ni, lepas bawak dia round sempat berpesan "Lepas ni Syirah dok umah ngan Opah jangan nakal-nakal ye. Mama nak gi work, cari duit. Nanti nak beli baju Syirah, mainan Syirah". Lepas tu automatically dia angguk dan faham, siap bye bye lagi Mama nak gi work. Macam tak kisah je. Hari-hari berikutnya, bila cakap "mama gi work ye", Syirah terus sambung " li aju..ampers...(beli baju, pampers). Kan mudah tu?

Lagi satu situasi nak share, dengan budak2 ni tak boleh nak rampas je barang dari tangan dia. Kena guna la soft skills sikit. Hari tu Syirah pegang lidi tajam, kan bahaya kan? Mama pun cakap elok2, "eiii nanti lidi ni kalau Syirah bawak lari, cucuk sakit..berdarah". Terus dia bagi lidi tu elok-elok rather than dia lari dari kita tak bagi kita amik.

So kesimpulannya... explain baik-baik, anak-anak akan faham. Kita ajar sebab dan akibat. Ok itu saja segmen Sharing is Caring untuk kali ni. Semoga berjumpa lagi! Daaaaaa...

2 comments:

Mya said...

terima kasih di atas tips ini mama-syira! :)

mama-syira said...

As i said, sharing is caring ;) Tentu mummy Yaya pun penah mengalaminya.