Advert




22 July, 2009

Steambot pulak

Event ni dah berlangsung 2 minggu lepas. Makan-makan di hujung minggu bersama family adalah sesuatu yang biasa apabila masing-masing buat-buat tido, baring, sakit kepala dan sebagainya... ini adalah alasan semata-mata malas masak! Muahaha... sib baik ada orang sudi belanja. Sebelum tu, Ucu jangan jeles ye. Nanti Ucu balik kita pegi lain.

Ke mana kita? Steambot jom! Korang suka makan steambot? Kitaorang suka.. sebab healthy iaitu makanan tak bergoreng pastu masa makan tu pun peluh-peluh macam tengah berbasikal 10km. Kira exercise sambil makan. Lokasi jalan-jalan cari makan kali ni di Yuen Steambot, Sunway. Kalo gi sini ko kena booking awal-awal, kalo tak....nah beratur…pintu tak bukak lagi dah ramai orang beratur!
Makan kat Yuen ni formatnya bayar RM19.80 sorang dan makan sampai muntah! Punya la banyak jenis bahan-bahan untuk di’steambot’kan.. dari macam-macam jenis seafood, sayur-sayuran, dimsum, barang-barang macam dalam yongtaufu tu sehinggalah bermacam jenis mee. Chicken wing pun ade. Tak lupa ada kuih-muih dan aiskrim boleh amik sendiri sebagai pencoci mulut. Kaunter bahan mentah dia panjang.. tu ramai-ramai tengah nak amik..

Kalo orang perut kecik memang rugi lah pegi sini, kalo kuat melantak memang untung lorr... kuah dia macam biasalah plain ngan tomyam. Dengan Syirah pun berpeluh sekali time makan. Antara yang kitaorang amik seperti di bawah tapi aku tak pandai la nak makan benda-benda pelik ni. Aku makan biasa2 je... memang tak adventure.


2 orang pembantu kedai sedang merebus bahan-bahan..hehe

Sebelum diterjah

Selepas dibelasah

Aiskrim boleh pilih nak perisa ape, cedok sendiri..nak lagi sila tambah jangan malu2 ye

Yeay..dah kenyang! Alhamdulillah

Aku lagi prefer Johnnys la dari Yuen Steambot ni. Maybe sebab environment dia. Kat sini ramai sangat kaum lagi satu tu, macam tak selera pulak aku. Tapi kalo korang nak try, apa salahnya.. sebab murah dan makan banyak! Ohh jangan risau, ia halal ;)

3 comments:

Deqna said...

farah, memang eksotik lah makanan2 tu..

mama-syira said...

Derna, yang eksotik aku tak makan..tengok pun seram.. haha.. tapi takpe byk pilihan lain.

Ary Arif said...

huyoo..korang makan ambal yek..menarik nye..nnt eaa balik, bwk eaa plak..