Memandangkan raya pun bakal menjelma, isteri sudah ada hidden agenda iaitu kuar awal sikit boleh pergi cari baju kurung Syirah kat Kompleks PKNS (sebelah PAS). Amik halfday hari Rabu, so kuar dalam kul 4.30pm. Best gi waktu orang bekerja, tak sesak. Maybe orang pun lum dapat gaji kot. Dapat lah sehelai baju kurung Syirah dan sehelai baju kurung untuk Ucu Syirah. Yang lain-lain dah ada baju kurung. Nasib baik sangat berhemah pada hari tersebut tak terjebak beli benda yang bukan-bukan. Nak cari sampin merah untuk Papa, takde yang berkenan.
Lepas shopping, bergerak ke PAS tapi hari masih muda takkan nak dok kat Syed Bistro tu mengadap makanan. Mau berjurai-jurai air liur. Jalan-jalan dulu kat dalam PAS, tapi kan yang aku perasan tak semeriah tahun-tahun sebelum ni, kat Kompleks PKNS ngan PAS tak banyak choice baju. Tak menarik lah pada aku. Berkemungkinan zaman gawat ni orang berjimat-cermat. Emmm... Pastu gi kat tingkat atas sekali, level orang jual handphone. Papa kata nak belikan handphone kat Mama. Dah dapat dah, nanti citer lain kali.
Sebenarnya, sebelum shopping kitaorang dah reserved siap-siap kat Syed Bistro, siap order semua. So senang lah nanti. Dalam kul 7 baru kitaorang gerak ke Syed Bistro. Sampai sana, dah penuh dengan orang! Semua meja full! Wahh. Hebat sangat?
Eii tak puasa ..dah makan dulu
Sementara tunggu waktu berbuka..serius gile muka Papa
Mango Lassi Mama yang punya. Pekat amat tak leh minum, terus take away.
Of course Bukhara kambing pilihan Papa
Mama tak makan kambing, jadi amik Bukhara Ayam
Teka ni sape punya? Minah kenit punya, banyak dia makan
On the way balik, siap2 kan Syirah tukar baju tido sebab kang sampai umah bleh terus tido dalam bilik. No main-main ha..dah malam. Tengok lah ape keje dia. Lantaklah janji diam. Bila nak amik gambo, terus tutup mata. Mengada betul. Ok selamat berbuka puasa kawan-kawan!