Advert




31 January, 2011

Buku baru

Lama dah tak beli buku baru untuk kakak. Naik boring pulak bila dia suruh baca book, balik-balik cerita yang sama. Buku ada lah 10 bijik. Mama pun boring, apetah lagi kakak ye tak. So jom kita gi cari buku baru! Kemain happy dia ingat dapat beli buku Dora, tapi Mama tak beli yang tu..Mama beli buku lain. Hehehe.. sian kakak. Buku Dora tu mahal je lebih tapi takat tekan-tekan keluar suara, tengok je lah Dora hari-hari kat chanel Nickelodeon tu. Beli buku ABC lagi pekdah kak..






Kalau pergi Jusco, playland ni is a MUST. Tak lengkap lah hari anda kiranya kalo tak naik permainan kat sini. Dulu sorang, kini berdua. Papa dah ajak adik berjinak-jinak naik, terlopong siap si Irfan. Fes timer lah katakan. Kakak dah advance.


Jom dik, sementara kakak main tu..kita minum dulu! Nasib baik baby room sebelah je dengan tempat main ni. Masalahnya adik ni kalo kat tempat yang dia tak penah pegi, dia akan jadi tak keruan. Semua nak tengok kiri kanan atas bawah, at last nenen tak sampai 5 minit dah tak nak.

Ok lah jom pegi kat tempat kakak main tadi. Adik gi main dengan kakak ye. Mama nak duduk kat kusi makan donat sambil silang kaki tengok korang main. Muahahhaa..



28 January, 2011

Aku yang kolot

Kolot dalam konteks yang aku nak cakapkan ni melibatkan anak-anak kita lah. But yet, masing-masing ada persepsi sendiri pasal hal ni. Ikut pendapat sendiri. No offense please.

Aku nak cakap pasal bawak anak-anak keluar malam. Korang pecaya tak kalo aku cakap anak-anak aku tak penah kuar malam? Sejak ada Syirah aku berpikiran begini, especially bila anak masih baby lagi. Tapi Syirah tahun ni nak masuk 4 tahun, still tak keluar malam. Sebab tu kalau kawan-kawan nak buat birthday gath tu, dah bagi condition awal-awal kalo boleh buat siang sebab kami ni keluarga tak keluar malam. (hehe.. kan Anis , Oja ?).

Selalunya akan make sure pukul 7 je anak-anak mesti ada dalam rumah. Sebab Maghrib kan syaiton berkeliaran. Tak taulah aku ni memang dah terautomatik.

Tapi bukanlah tak penah keluar malam langsung, penah jugak ada lah dalam 3 kali setahun. Itupun kalo takde pilihan macam on the way balik kampung ke, pegi klinik ke, atau restoran yang nak sangat pegi tu bukak malam saje. Selain dari itu, kalo boleh dielakkan, memang tak keluar lah.

Sebab lain tak bawak anak-anak keluar malam, aku train dorang tido awal. Lepas maghrib dorang ni dah tido. Tapi Syirah sekarang ada kelonggaran, bagi dia main manja-manja dengan mama dulu baru masuk tido, itupun paling lewat kul 10. Selalunya kul 9 dah tido. Lebih dari kul 10 kalu... kena hangkut masuk bilik by hook or by crook. Bab ni bukan lah nak tunjuk tegas ke hape, tapi pikir kang nak sekolah senang (huahuahua jauh punye fikir ni).

Tu lah kadang ada jemputan yang melibatkan waktu malam, akan pikir beratos kali nak pegi. Kang anak dah besor takpelah kot. Sian pulak kat anak-anak, lampu jalan yang cantik-cantik pun tak penah tengok nanti kawan-kawan citer, jakun pulak anak-anak aku.

Sekali lagi, no offense ye ini hanyalah bersifat peribadi. Terpulang pada individu itu sendiri. Tepuk dada, tanya selera.

* Entry ni ditulis kerana next week nak gi cuti-cuti Melaka. Camne nak gi Jonker Street ngan naik cruise malam2 nih? Pakat kena tinggal lah. Huhuhu.

26 January, 2011

Happy Birthday Rayyan

Teman tapi mesra Syirah menginjak ke usia 3 tahun bulan November yang lalu. Sorry lah citer lama ni tapi baru nak update. Mama Rayyan jemput ke birthday party kat rumah dia.

Ape benda tu? Hadiah dari Syirah la..

Sampai-sampai terus berangan jadi tuan puteri


Adik pun nak join main kuda


Doa selamat


Potong kek - yang lain pulak menyebok



Senyum sokmo adik ni - senyum itu sedekah

Yang best bila pegi birthday party, ada ramai budak-budak. Macam-macam perangai la kita dapat tengok. Syirah pun boleh lah belajar berkawan-kawan, selalu kat rumah takde kawan sebaya.

Acara tiup ape ntah nama benda alah tu


Happy lah tu dapat jumpe boyfriend


Geram dengan ini Yana - anak Ila

Ok itu je nak citer. Selamat hari jadi Rayyan Dhanial. Semoga panjang umur dah murah rezeki selalu. Jadi anak soleh tau.. awak kan dah sekolah nanti belajar rajin-rajin ye.

25 January, 2011

Irfan tunggu susu

Tetiap hari bila balik ofis, kelam kabut ni letak beg, simpan susu sebab ada yang sedang menanti penuh harapan dan kehausan. Kalo bagi susu botol, dia takmo minum..nak tunggu gak cap gantung ni.

Kadang sampai tak sempat mandi, tukar baju pun tak sempat. Basuh je lah yang mana patut. Busuk Mama ko ni dik...tapi dah tak sabo punye pasal, busuk pun busuklah (adik kata). Punya lah ketagih tak dapat seharian...menggelupur semacam, minum berpeluh-peluh, posisi pun dah tak macamana ha. Kelaka pulak tengoknya.


Selesai dapat 'candu'...ahhh...leganyaaaa...terima kasih Mama. *Muka kepuasan*. Hahaha.

18 January, 2011

Anak happy tanpa keluar duit

Hari cuti hari untuk anak-anak. Memang best kalau dapat bawak dorang pegi shopping complex, makan-makan kat restoran mahal/fastfood atau zoo/aquaria/planetarium. Semua yang tersebut dah tentu-tentu memerlukan duit. Sesekali ok lah, tapi kalo selalu bankrap.

Tapi ada cara jimat yet simple untuk menggembirakan anak - bawa dorang gi taman permainan lah. Anak happy, ibu gembira!

Syirah dapat pegi playground camni pun dah cukup. Seronok sangat lah pada dia, mana taknya 5 hari dok umah terperap ngan Opah tak ke mana. Sampai dia kata 'conoknyaaa Iya ni". Sian.


Salute kepada semua fully housewife!

Entry ini didedikasikan khas untuk semua surirumah tangga sepenuh masa. Sebab bukan mudah jadi mereka. Kerja yang tak pernah berkesudahan dari pagi hingga ke malam. Orang dah tido, tak tentu mak tido lagi.

Ini last weekend punye lauk - ikan merah lemak kuning, kobis goreng dengan udang besar banyak2 sekali kakak boleh makan, telor masin penambah selera. *Iklan*

Hari bekerja tentu-tentulah balik matahari dah terbenam. Apa je keje yang sempat buat? Semua nak tunggu weekend.

Dapat jadi fully housewife 2 kali seminggu - Sabtu & Ahad. Itupun dah rasa penatnye, bila nak abis keje rumah ni? Pagi bangun buat sarapan (beli lah selalunye..hehe), bagi anak-anak sarapan, sidai kain (sesambil buat air untuk suami), pastu mandikan anak-anak, anak-anak main - lari gi dapur masak lauk tengahari pulak, tetiba anak nangis nak nenen - bagi nenen, tidokan dia, sambung masak balik - kemas dapur lepas masak. Suami makan - (kita tak makan sebab tak lalu), tidokan anak-anak. Ko ingat anak-anak tido boleh tido sekali ke? Ohh tidak, buat kejap keja pagi tadi yang tak sempat contoh sapu sampah. Habis sapu, ingat nak baring.. hek hek..anak bangun dah. HUhu...bagi makan pulak. Main-main, aik tetiba dah petang. Mandikan pulak 2 beradik. Bapaknye mandi sendiri lah. Pastu dah malam. Siap-siapkan beg untuk bawak ke babysitter, botol-botol segala, gosok baju untuk gi keje - layan kakak baca book ke hape. Sampai tertido. *kerja-kerja di atas tidak termasuk keje-keje adhoc spt anak berak, anak demam perlukan lebih attention, anak tumpahkan air, tukar cadar sebab anak muntah, barang pecah, dsb.Aku cerita ikut apa yang aku selalu buat - orang lain tak tau lah camne. Mungkin suami banyak menolong. Suamiku boleh harap part jaga anak-anak je. Hehe ya ampun suami.

At least kan, untuk orang yang bekerja cam aku, dapat gak spend masa untuk diri sendiri di ofis. Lunch hour dapat keluar makan ngan kengkawan, kekadang gi Sogo lah. Yang fully housewife mana nak lari? Sorang cousin aku penah sms 'kak dina, penatnye rasa nak nangis'. Tapi itulah, masa yang mereka dapat spend dengan anak-anak lebih banyak dari kita yang bekerja. Dapat tengok anak membesar depan mata, hantar anak gi balik sekolah. Bestnye kan. Kita ni pegi pagi balik malam, bila masa ntah dapat main ngan anak-anak.

Tahniah kepada semua surirumah tangga sepenuh masa. Anda memang hebat!

13 January, 2011

Bukit Cerakah masih wujud

Bagi yang tak tau, Bukit Cerakah atau dikenali dengan Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam terletak di Shah Alam, Selangor ye kawan-kawan. Dah lama wujudnya, dulu zaman sekolah ada buat rombongan ke sini. Masa tu masih famous lagi, kemudian tempat ni macam hidup segan mati tak mahu. Sekarang sudah kembali bernyawa dan terjaga kawasannya. Sesuai untuk beriadah, berbasikal, menikmati flora dan fauna. Untuk info lanjut, boleh klik sini Bukit Cerakah.

Sekali lagi, Mama ditinggalkan bersama adik Irfan. Syirah bergumbira bersama mak,ucu & friends ke Bukit Cerakah seawal 8 pagi (mengelakkan cuaca panas). Kita tengok je lah aksi anak dara ku beriadah (konon), yang lebihnya berposing tak hengat.


Arrival..konfiden melintas

Bagai anak rusa terlepas kandang

Bersandar di tiang sebentar

Hummm sedapnye bau rumput..


Hahhaa Syirah...syirah..

Ke taman haiwan pulak [Syirah posing kaki bengkok hahaha]
Kuda pun 2 ekor je..ok la dari takde




Posing dedaun kering konsepnya
Ada juga rumah iklim - masa ni musim salji

Selamat datang ke taman tumbuh-tumbuhan

Ni buah ape? Ntah cempedak ke nangka? Sorry kak, mama pun buta pokok
Penat lah, dok jap kat cendawan batu ni


Sekali lagi... sape paling over? Hehe


Dah penat berjalan, kat sini pun boleh duduk


Ok dah balik-balik, Mama dah kol lapanploh kali. Kesimpulannya, hargailah flora dan fauna.


Fasha Sandha

Sesekali update entry tak berilmiah dalam blog boleh kot. Bagi can nak bergossip sikit.

3 hari ni kecoh pasal citer Fasha berbikini di Bali. Pada aku, biasa je kalo dia berbikini di Bali. Fasha Sandha berbikini? Apa yang peliknya? Lain lah kalo Siti Nurhaliza berbikini, aaaa itu ye berita panasSs...

Artis ni kalo kita kata dia 'kurang bijak'..dorang marah. Tapi kenyataannya memang diaorang kurang bijak. Tak semua lah, segelintir dari mereka. Bila ada isu macam ni, ko larikan diri sampai tak datang event yang orang dah plan awal. Bertambah isu lah jadinya. [tetiba amik feel jadik wartawan hiburan].

Pagi ni bila baca sotkabar, ada interview dengan maknya si Fasha. Lagi lah ahkak mau gelak guling-guling. Dalam hati kata "patot la Fasha gitu..".

Ada ke wartawan tanya "Apakah pandangan Mama (panggilan untuk mak Fasha) tentang imej Fasha berbikini?". Baca ni jawapan mak dia "Kalau di sana (Bali) tak kisahlah tetapi jika di Malaysia memang tak bagi pakai. Kami sekeluarga pernah bercuti di Phuket, sebelum ini dan Fasha pakai pakaian yang sama tetapi tidak masuk surat khabar sebab kami tidak memuat naik gambar tersebut."

Nak nangis ke gelak? Gelak lah kejap..hahahahaahaa. Ok dah. Sekarang ni, kesimpulannya dia tak kisah anak dia berbikini lah ye, yang dia marah apesal kawan dia upload gamba2 tu kat facebook. Ingatkan dia nak mintak maaf ke bagi pihak anak dia. Rupa-rupanya tak bagi Fasha kawan dengan budak tu sebab upload gambo dlm facebook. Sukati makcik lah, cuma sedih je baca statement kurang bijak makcik. Sian Fasha, muka cantik.. tapi... tu lah.. emm takmo cakap lelebih tak baik kan. Semoga satu hari dia berubah, kita doakan.

12 January, 2011

Handbag baruuuu

Cer teka...cer teka.. [sila ikot nada Hantu Kak Limah Balik Umah]

Prada?

Gucci?
Coach?
LV?
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Cap Ayam je...hehe..harga 30 hengget
Janji cantik di mata i
Tali pendek utk gi kenduri
Tali panjang leh wat sling

11 January, 2011

Apa jenis makhluk boleh mendera budak?

Korang sure baca berita hari ni pasal budak 3 tahun kena dera oleh mak tiri. Ada 73 kesan luka dan lebam di badannya. Mak kandung budak ni pengsan 3 kali bila tengok mayat anaknya.

Apa jenis makhluk ni? Binatang lebih mulia so nak panggil dia binatang pun tak bleh.

Tak sabar nak tengok muka dia, polis tak dapat tangkap lagi. Kejamnye ko. Kot ye ko tak penah beranak pon, ko kan dijadikan Allah sebagai manusia. Semulia-mulia makhluk. Eh akak aku pun takde anak, sayang gile je kat anak2 aku. Pakcik aku pun ada anak tiri, dia tatang bagai minyak penuh. Tak semestinya. Ko tak nampak ke muka comel seorang budak yang belum faham apa-apa.

Camne eh. Agaknya dari kecik kita kena terapkan naluri keibuan kot? Walaupun anaknya hanyalah seorang Upin.

10 January, 2011

Cerita hujung minggu

Ello! Selamat hari Isnin!

Macam-macam benda nak buat hujung minggu - nak basuh kain budak-budak, tukar cadar, cek kuku, telinga, hidung budak-budak n bersihkan (kesian hari keje tak sempat nak buat), macam-macam lagi lah. Kadang-kadang plan macam-macam tapi tak semua dapat buat. Ingat nak gi servis keta, tak sempat buat asyik tertangguh.

Banyak benda yang jadi hujung minggu lepas:

1. Hari sabtu pergi tengok rumah (insyaAllah semoga dipermudahkan). Rumah kecik je cukuplah untuk kami anak beranak. InsyaAllah ini yang diharapkan, akhirnya Allah makbulkan doa kami untuk duduk sama-sama.

2. Petang Sabtu ada peristiwa kakak gigit kaki adik sekuat hati nya n Mama punya tahap kesabaran memuncak sampai kakak kena pukul pastu Mam angkat, tutup pintu dan biar dia dok luar rumah. Menangis kuat. Tak sampai 5 minit, Opah bukak pintu pujuk dia masuk sambil nangis! Ingat lagi dialog Opah "Itulah, kenapa kakak buat adik, kan Mama dah letak kakak kat luar". Dari 2 orang yang menangis (Syirah & Irfan) bertambah lagi sorang nangis. Susah nak marah Syirah sebab dia ada 'pari-pari'. Hehehe. Tapi ada sedikit kesal di situ bila lepas marah Syirah. Sian dia. :(

3. Ahad seawal 7.45 pagi dah kuar umah berkobar-kobar nak ke Pasar Tani Mega, stadium Shah Alam. Best woo macam-macam barang ada. Nanti kita citer di entry lain.

4. Malam semalam dapat lah tengok AJL. Kakak tido seawal 6.45 petang sebab seharian tak tido. Adik macam biasa, lepas Maghrib dah tido. Alhamdulillah dapat tengok AJL tapi tak aman sangat sebab adik kejap-kejap cari nenen. Tak sedap pun lagu Ana Rafali tu? Kan best kalo aku jadi Nor Khiriah, Faizal Tahir pegang perut dia. Hahaha. Papa jangan marah.


Nama je cuti tapi lagi penat dari hari bekerja. Tapi saya sangat happy bila dapat mengadap anak-anak. Bila nak weekend balik ni?

07 January, 2011

Mulan Jameela Bertudung

Dok google nak cari gamba Noryn Aziz pakai tudung, terjumpa berita ni. Dah lama rupanya tapi aku baru tau yang Mulan Jameela dah bertudung litup.

Mulan Jameela artis Indon yang terkenal dengan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi berduet dengan Maia (isteri Ahmad Dhani). Khabarnya dulu gaduh teruk sebab Mulan ada skandal dengan Ahmad Dhani sampai bercerai dengan Maia. Wallahua'alam. Tak tau kisah sebenar.


Sekarang kisahnya dia dah bertudung litup - gamba kat bawah aku jumpa semasa meng'google'. Gamba tu masa dia melawat adik Ahmad Dhani bersalin. Patut lama tak dengar dia nyanyi..(macam lah aku mengikuti perkembangan artis Indon). Bersih muka dia, sejuk mata memandang. Alhamdulillah semoga perubahan yang berterusan.

Selalunya bila orang berubah menjadi baik akan menjadi lebih baik dari orang yang sememangnya baik tapi tak berubah amalannya. Renungan untuk diri sendiri
.

06 January, 2011

Melentur buluh

Kakak, mama belikan set dapur ni bukan saja-saja tau. Ada sebabnya. Jangan senyum lebey-lebey. Pegi masak sana...



Nanti boleh tolong masakkan untuk Papa, Mama, Opah. Nasik goreng ke, char kuey teow ke, lasagna ke... tapi ajinomoto jangan banyak sangat.. sesedap rasa dah la.



Meh Papa rasa sikit, cukup tak garam?



Adik buat apa? Oooo belajar ABC ye... bagos bagos nanti besar jadi orang berguna. Kakak belajar masak, adik belajar ABC. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Iyo lah..

04 January, 2011

Syirah & Rayyan Outing

Ini kali kedua makan kat Chilis, Empire Subang. Sebenarnya mak-mak yang sibuk nak makan & jalan-jalan tapi anak-anak harus diheret sama. Ye lah kang husband tanya gi mana, ada alasan kukuh - BAWAK ANAK JALAN. Walopun yang over nya....... jawab sendiri ler.
Syirah mana ada kawan lain. Dok umah ngan Opah je kawannya. Rayyan ni je lah kawan dia. Rumah dekat-dekat kat Klang, mak sama-sama tempat keje bestfren, anak-anak pun terus dikawankan. Dikawankan ye bukan dikawenkan...kalo tak sian anak takde social skills. Nak masuk tadika kecik lagi.

Rayyan & Syirah punye

Burger sedap nye lahai.. yang ni mama-mama punye haha
Mama, Syirah & Ucu

Sesambil makan aiskrim tu borak lah pasal sok besar nak study kat ne..

Lepas makan, jalan berpimpinan tangan.
Ni kami tak ajar dorang jalan sendiri2 sambil kami observe
Syirah macam pelik, Rayyan konfiden gile.
Kena lah explain sok takleh wat gini dah

Kebetulan tengah Christmas, adalah salji kat bawak siap ada tren
Syirah macam biasa teruja nak naik, Rayyan takot rupanya tak nak naik

Happy tengok diaorang dapat keluar sekali sekala
Eh tetiba gamba ni...hasil shopping tapi
ketahuilah semua anak2 punya, Mama nan adoo

Lepas makan, jalan-jalan, shopping sikit teruslah pulang ke rumah. Dah dapat arahan dari Pihak Berkuasa Suami. Hahaha... mintak diri, pulang dulu.