Ni citer last. Grand finale aku kata. Sape nak baca, baca. Tak nak takpe. Walaupun dah basi.
Kenapa aku kata MESTI naik cruise ni kalau ke Melaka? Sebab cantik. Nak pegi Venice tah bile-bile kan, dapat naik gondola kat Melaka pun ok ape. Cintailah negara sendiri. Tapi kena lah pegi malam baru view cantik.
Sebenarnya berat nak pegi sebab malam kan nak bawak anak-anak susah sket. Pulak tu Irfan macam nak demam time tu. Dah cakap kat husband nak bawak anak-anak balik hotel tapi dia kata dah sampai, naik je lah. Dah la nak masuk cruise tu kena rebut-rebut. Takde line ok! Ko pandai-pandai nak hidup. Takde sistem langsung. Pihak yang berkenaan, kena amik perhatian sikit bab ni.
Depa 2 beranak duduk depan sekali
Antara views yang sempat snap, ni semua belakang bangunan sepanjang sungai Melaka tu. Kerajaan Negeri bagi bajet rasanya untuk cantikkan. 1st photo ni rasanya cafe nama River Bank. Ramai tourist nampak lepak sini. Rasa macam bukan kat Malaysia.. very nice view.
Dan kita juga akan melalui (nape aku tulis macam tourist guide ha?) satu kampung iaitu Kampung Morten. Cantik sangat sepanjang lalu kat sini. Setiap rumah ada banyak lampu spotlight kat tepi rumah mahupun bumbung rumah, dengarnya kerajaan Melaka bagi RM1k untuk bayar bil elektrik setiap rumah. Macam hari raya... meriah. Ni salah satu rumah kat Kampung Morten. Nampak tak ada makcik dalam rumah tengah duduk kat kerusi? Gamaknya tetiap malam dia tak tido melayan orang datang.
Seperti biasa, Irfan dah tido. Bukan dia paham pun naik ni. Ishh tengok gamba ni menyesal pulak rasa bawak dia, time ni dia dah nak start demam. Dan untuk rekod, selepas naik cruise ni lah kami terpaksa gi emergency kat Mahkota Medical Centre sebab badan Irfan makin panas plus berak-berak. Aku time ni dah peluh-peluh dan sakit perut sebab risau. Dah la outstation kan. Huhu. Ok dah tamo ingat lagi peristiwa itu.
Perjalanan naik cruise ni almost 1 jam jugak. Bila nak turun, Irfan dah terbangun. Ko penah rasa tak perasaan jadi mak yang tak peka? Tengok muka Irfan pun dah tau. Rasa nak ketuk kepala sendiri. Sorry adik Irfan. Sian adik.
Ok lah cuma nak cakap jangan lupa naik cruise, kalo tak ko akan menyesallllll...
4 comments:
bestnye jalan2 melaka
Salam Ibu Qaleesya,
tq sudi singgah. memang best gi jenjalan walopun penat menguruskan anak2. btw, salam perkenalan :)
dah makin cantik permandangan kat river cruise. Dulu saya pegi hampir 3 tahun lepas..takde secantik ni. Harus naik sekali lagi ni. hehehe
Farihah,
harus pegi.. :)
Post a Comment