Advert




01 March, 2011

Wabak demam & batuk

Aku sekarang tengah demam, batuk dan selsema. Berjangkit dari Irfan. Aku batuk sampai sakit satu badan. Nak nafas pun susah sebab kahak. Malam takleh tido lena. But yes, am still working. Huhu. Aku sakit takpe, gagahkan jugak. Doa aku, jangan lah anak-anak sakit.

Rupanya wabak ni tengah hot kat Singapura. Baca ni, dari forwarded email. Korang take care eh!

----------------------------------------------

Dua minggu lepas saya demam dan batuk. Minggu lepas anak perempuan saya pula yang kena. Minggu ni anak lelaki saya. Tempat kerja saya pun sama, seorang demi seorang MC, ada yang masuk wad. Rupa-rupanya di Singapura dah isytihar wabak batuk, selsema dan demam sedang melanda, tapi kenapa tak kecoh di Malaysia? Mungkin semua pihak dan media sedang sibuk di DUN Tenang agaknya.

Kawan saya yang masuk hospital kata, doktor menasihatkan para pesakit jangan sekali-kali makan buah …… yang banyak terdapat sekarang kerana ianya banyak mengandungi bahan kimia dan memburukkan lagi kesihatan kita semua.

Alhamdulillah, anak-anak saya sudah mula pulih. Banyakkan beri minum air kosong yang masak. Air kelapa amat baik untuk demam terbukti sejak dahulu dan secara saintifik, insyaAllah. Ada tanda demam, jumpa doktor terlebih dahulu untuk dapatkan diagnos dan rawatan.

Friday, January 21, 2011
SINGAPURA ISTYIHAR BATUK, SAKIT TEKAK DAN DEMAM SEBAGAI EPIDEMIK: 20,000 PENDUDUK DAPATKAN RAWATAN SETAKAT INI

KENAIKAN mendadak pesakit mengalami batuk, sakit tekak dan demam di Singapura, telah memasuki tahap epidemik atau wabak.

Ini berikutan hampir 20,000 pesakit mendapatkan rawatan di Poliklinik negara itu sehingga kini dan kenaikan mendadak pesakit dikesan apabila angkanya mencecah 3,341 orang sepanjang minggu lalu.

Jumlah itu meningkat berbanding 2,842 orang pada minggu sebelumnya. Di negara itu, jumlah pesakit yang didafttarkan melebihi 17,032 orang bagi satu-satu jenis penyakit akan dikatogerikan sebagai wabak.

Kini angka itu dijangka akan terus meningkat dan Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah perlu menangani wabak Acute Respiratory Infection (ACI) itu yang dikatakan datang menyerang rakyatnya secara tiba-tiba.-ST

2 comments:

AdanyaKauUntukku said...

ngeri akak bila dah ada balik H1N1

mama-syira said...

kan? kita ada anak2 ni lagi lah. adui sakit perut. doa2 lah selalu n banyak minum air.