Advert




31 March, 2011

Sorry sebab ada kawan macam aku

Umur saya bulan Jun nanti masuk 31 tahun. Saya sudah bersuami dan punya 2 orang anak. Alhamdulillah.


Saya ada ramai kawan, sebab saya suka berkawan. Dalam ramai-ramai tu, ada yang kita boleh bergurau, ada yang serius. Kita tak boleh treat orang yang serius dengan lawak jenaka, dan orang suka berlawak saya serius. Paham. Macam pepatah 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemboo' .. lebey kurang lah. Walaupun kita bukan kambing mahupun lembu. Kita manusia. Itu pepatah je lah dun take it seriously.


Adakah kerana kita sudah berkahwin dan beranak pinak tetapi kita tak boleh bergurau?


Seperti bila pergi surau (kat ofis), ada rak tempat letak kasut. Saya nampak kasuit kawan baik saya tersusun kat rak paling bawah. Eh nak bergurau lah, saya pikir. Saya ambik kasuit kawan saya tadi, saya sorok kat rak paling atas. Haha jahat tak saya. Pastu bila dia dah balik ofis, saya tanya 'jumpa tak kasut tadi?". Dia pun reply "hahahhahhha". See, tak marah pun. Kena pilih lah dengan sape nak bergurau dan situasi gurauan itu.

Perkara main-main 'sorok' kasut bukan terjadi sekali dua. Masih berlanjutan sehingga entry ini ditulis. Saya tengah pikir nak beli kasuit lain sebab nanti dia tak kenal kasuit saya (bagi tujuan balas dendam). Paling tragis, saya pernah ambil kasuit kawan yang sama, letak kat display kasuit-kasuit kat Sogo masa dia tengah try kasuit. Sebab saya nak 'uji' ada tak customers nak beli kasuit kawan saya tu (agak lusuh). Kalo ada, maknanya kasuit kawan saya tu cantik lagi lah, takyah beli baru. Malangnya takde. Maka.....(paham-paham sendiri kalo dia baca entry ni). Mesti korang kata saya childish kan.


Kat rumah pun saya suka bergurau. Dengan adik-beradik lagi lah selalu. Dengan anak-anak. Dengan suami saya kalah sebab kalo nak buat lawak dia kata 'tak kelakar pun'. Dia saja sebab nak sakitkan hati. Padahal dalam hati dia tak tahan nak gelak, jangan nak tipu. Pastu saya tarik muka lah merajuk. Konon-konon manja. Puiii.


Tapi..bila time serius, orang kata saya sombong. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, tak semestinya kena bercinta.


Kepada kawan saya itu dan kawan-kawan yang lain yang pernah kenal saya, terima lah saya seadanya. Hahaha. Saya memang kalo gurau tahap korang kata jahat. Tapi sesungguhnya saya suka bergurau.


Peace no war.


*Tetiba nak guna kata ganti diri 'saya' dalam entry ni. Macam karangan UPSR - 'Saya Sebatang Pensel'.


4 comments:

ILa said...

ahahahhahahahahahah
ape ade hal...aku ok je.. (tetibe terasa)
sbb aku pun jahat.. aku mintak mahap gak ko ada kawan gila cam aku.. suke wat lawak smpi gelak kuar air mata.. hahahahahahhahaha..bodo..

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

farah... nape? ada yg komplen ke...
so far.. ok je lawak2 tu semua heheh :D aku pun suke gelak2 what..haha :D

mama-syira said...

Ila: apakah?adakah? bergabung! meletup!

mama-syira said...

Erin: taklah cuma kadang2 terlebih lawak takut org takleh terima pulak. Tapi kalo dengan korang2 yg gojes ni, tak gelak tak sah.