Advert




20 March, 2011

BPA-free

Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi (NO. 3, 6 & 7).
Botol avent lama kakak dan botol pigeon lama adik untuk ditong sampahkan.


Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

Bukan tak boleh pakai yang ada BPA tapi lebih baik lah pakai yang terus terang BPA-free. Sebab kalo yang tak tulis BPA -free, kena kendalikan botol tu betul-betul. Kalo tak bisphenol A dia akan keluar (bila botol tercalar).

Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Botol susu baru kakak dan adik pun tukar,
yang baru macam kaler honey


Korang jangan lupa tukar ye, demi keselamatan anak-anak kita.

No comments: